Saturday, August 28, 2010

Lelaki Itu

Dia mempunyai warna kulit yang biasa dan semula jadi.
Dia mampu ketawa, tapi di tak mampu menangis kerana tiada air mata yang akan berderai. Sekiranya anda bersikap kurang ajar dengannya, mukanya tidak akan menjadi merah dan berita buruk yang dikhabarkan kepadanya pula tidak akan membuatkan dia kelihatan pucat.
Stokin dan kolar bajunya sentiasa bersih dan tidak berbau.



Dia memakai bengkung dan sekiranya anda menjumpainya di luar,
dia akan kelihatan tidak tenang dan tidak boleh duduk diam
(sewaktu dia memakai bengkung, dia mungkin akan mula pucat dan pitam).
Genggaman tangannya sentiasa panas dan kering.
Keadaannya yang sering tidak boleh duduk diam adalah untuk
memastikan kecekapan aliran darah dari kaki.
Dia tidak suka bercakap banyak melainkan ada sesuatu yang boleh
melembapkan mulut dan tekaknya yang kering.
Dia tidak boleh memfokuskan matanya untuk pandangan jarak dekat dan
senang menjadi buta sekiranya terdedah kepada cahaya yang terlalu terang.
Dia sentiasa bersikap ‘gentlemen’ dan tak pernah sendawa dan tersedu.
Dia mudah merasa sejuk dan sentiasa berkubung.
Kesihatannya baik kerana tidak mendapat penyakit seperti
tekanan darah tinggi dan ulser perut.
Dia kelihatan kurus kerana selera makannya sederhana,
tak pernah merasa lapar yang teramat dan perutnya tidak pernah berkoroncong.
Dia senang mendapat sembelit justeru pengambilan liquid paraffinnya adalah tinggi.
Apabila usianya makin meningkat, dia bakal menderita kencing yang tidak lawas dan mati pucuk tetapi kekerapan dan kesakitan membuang air kecil
bukanlah sesuatu yang dia risaukan.
Orang ramai tidak dapat menduga bila akan berakhir tetapi sekiranya dia tidak berhati-hati dan sentiasa mengurangi makan, dia akan terus merasa sejuk, dan bakal berhadapan koma disebabkan rendah paras gula dalam darah dan akhirnya mati;
kematian yang disebabkan oleh suhu dikenali sebagai “entropy death”.

Lelaki itu adalah "Hexamethonium Man".

p/s: Hexamethonium adalah sejenis ubat (drug) yang memblok ganglion saraf dalam badan manusia.


W.D.M. Paton, Pharm. Rev. 6, 59 (1954)

Tuesday, August 24, 2010

Hapuskan Keraguanmu

Berkenaan entri saya sebelum ini iaitu Hukum ASB, ASN yang saya publish beberapa hari yang lepas, ramai yang memberi respon dan tidak kurang juga menyuarakan pendapat masing-masing secara verbal kepada saya. Perlu diingatkan, saya bukanlah mereka yang belajar ilmu syariah Islamiah secara mendalam seperti mereka yang sedang belajar bidang terbabit di IPT mahupun ustaz-ustaz dan pegawai syariah. Saya hanya mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu perkara dan berusaha untuk tidak berat sebelah. Maklumat yang dinyatakan masih boleh dibincangkan selagi mana fakta dan ilmu yang dinyatakan tidak bertentangan dengan lingkungan syarak. Dalam agama Islam sendiri, ada fatwa atau hukum yang disepakati dan ada yang tidak disepakati oleh para ulamak. Justeru, kita sebagai umat Islam perlu menggunakan nikmat akal yang dikurniakan Allah di samping memperdalamkan ilmu agar kita tidak goyah dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.

Di sini saya nyatakan petikan yang saya peroleh dari laman web Ustaz Zaharuddin mengenai sumber dan pendapat majlis fatwa negeri dan para ulamak mengenai isu ini:

Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi:-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi:-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut:-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.



Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Sebab pengharaman:


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/

Oleh yang demikian, saya berharap para pembaca dapat menilai dengan yakin akan hukum melabur dalam ASB dan ASN ini. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharuskan melabur di ASB dan ASN manakala Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menetapkan bahwa skim ini tidak patuh syariah. Terpulang kepada anda untuk meyakini salah satu daripada ini.

p/s: Akaun Pelaburan-i Al-Awfar Bank Islam dan Takaful Insurans merupakan dua skim pelaburan yang boleh dicuba kerana sumber dan pelaksanaannya diketahui halal kerana membawa konsep Al-Mudharabah.

Friday, August 20, 2010

Hukum ASB, ASN

ASB dan ASN merupakan dua skim amanah saham di bawah kendalian Amanah Saham Berhad. Saya terpanggil untuk meneliti perkara ini apabila terdengar perbualan rakan sekelas yang menyatakan keraguan terhadap sumber dividen skim amanah kendalian Amanah Saham Berhad setelah mendapatkan buku akaun Amanah 1Malaysia yang dibuka dengan percuma kepada setiap pelajar ijazah tahun pertama kemasukan 2009/2010 dengan simpanan RM100 yang diberi oleh kerajaan.

Pada suatu ketika saya berasa lega dengan penerangan pegawai Amanah Saham Berhad cawangan Kuantan yang berceramah tentang skim amanah saham syarikat ini di universiti ini pada awal tahun yang lalu. Beliau menyatakan dan menunjukkan keratan berita mengenai keharusan hukum melabur dalam ASB dan ASN. Namun begitu, setelah mengikuti penerangan dan pandangan daripada Ustaz Zaharuddin melalui laman web beliau, barulah diketahui bahawa hukum harus itu hanyalah pada kemaslahatan pelaburan itu sendiri berikutan ramainya pelabur beragama Islam yang melabur dalam skim simpanan ini. Sebaliknya, kaedah dan implementasinya adalah bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Berikut adalah petikan berita mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharuskan pelaburan dalam ASN dan ASB:

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber - zaharuddin.net

Sebenarnya saya sudah menyimpan wang di ASB (akaun Ting!) sejak di bangku sekolah rendah lagi atas dorongan ibu bapa. Mungkin ketika itu keraguan sumber dan pelaksanaan skim pelaburan ini masih tidak diuar-uarkan secara meluas. Setelah meneliti fakta-fakta mengenai hukum pelaburan ini, saya merasakan adalah lebih baik untuk saya meninggalkan skim pelaburan ini kerana sumber dan pelaksanaannya terdapat keraguan (syubhah). Jika terdapat sebahagian peratusan daripada dividen yang diberi berpunca dari sumber yang haram (contohnya riba), maka wang dividen yang kita guna itu menjadi haram. Justeru, langkah yang terbaik adalah dengan meninggalkannya. Bukankah banyak lagi skim pelaburan lain yang berasaskan Islam yang diketahui kehalalan sumbernya dan diiktiraf Majlis Syariah? Fikir-fikirkanlah..

Friday, August 13, 2010

BENTO for Life (UiTM Penang Visit)

It's been such a great pleasure to receive a special visit from 30 students of Diploma in Pharmacy of UiTM Permatang Pauh, Penang together with their accompanying lecturer on last Saturday (7th August 2010). They came far from Penang just to visit our Kulliyyah of Pharmacy building and gain some knowledge and of course we welcome them deeply from our heart. Unfortunately, we just have last minute preparation that has brought some shortcomings throughout the program. This program is in cooperation between UiTM Society of Pharmacy Students (SOPHYS), Faculty of Pharmacy UiTM Permatang Pauh and Bureau of Public Relations IPhA IIUM. However, we have tried to do the best by conducting some activities so that their visit could be meaningful and exciting. All in all, we hope that they enjoyed the visit and start to set their targets if they wish to further study in Bachelor of Pharmacy in the future.





Tentatives of the program:
  1. Opening Ceremony
  2. Video presentation
  3. Ice breaking
  4. KOP building tour
  5. Talk by the Deputy Dean of Academic Affairs KOP
  6. Talk by IIUM Pharmacy Students Society (IPhA) President (about IPhA)
  7. Talk by Malaysian Pharmaceutical Students Association (MyPSA) President (about MyPSA)
  8. Explorace
  9. Scattered Words
  10. Closing Ceremony

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan yang Dinanti

Akhirnya, bulan Ramadhan yang selama ini ditunggu-tunggu telah pun tiba. Meskipun umat Islam bakal berdepan dengan ujian lapar dan dahaga, namun ianya adalah sebagai pengukur tahap keimanan diri kita. Kita diseru memperbanyakkan amal dalam bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir dan istighfar selain daripada sentiasa memohon keampunan dari Allah atas kesilapan yang lalu. Di samping itu, kita perlu menjaga percakapan dari mengucapkan kata-kata yang tidak baik agar puasa kita tidak menjadi sia-sia. Isikanlah bulan Ramadhan ini dengan program-program bermanfaat seperti khatam Al-Quran, solat tarawikh secara berjemaah, qiamullail dan sebagainya. Selamat berpuasa dan ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]


Saturday, August 7, 2010

Tirmizi Ali Juara Akademi Al-Quran 4

Tekaan bahawa saudara Ahmad Tirmizi Hj. Ali, 25, bakal menjuarai Akademi Al Quran musim keempat telah pun menjadi kenyataan. Beliau dinobatkan sebagai johan mengalahkan pesaing terdekat beliau adik Muhammad bin Ahmad Zahid yang berjaya merangkul tempat kedua. Beliau membawa pulang wang tunai RM 30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej menunaikan umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al-Quran digital sumbangan ENMAC. Saudara Tarmizi Ali mengikut jejak langkah saudara Abdullah Fahmi, saudara Anuar Hasin dan saudara Fakhrul Razi yang masing-masing dinobatkan sebagai johan Akademi Al-Quran musim pertama hingga ketiga.

Sementara itu, adik Muhammad bin Ahmad Zahid yang merangkul naib johan pula berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 15,000. Beliau yang berumur 15 tahun merupakan seorang tahfiz 30 juzuk yang berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa. Manakala tempat ketiga disandang oleh saudara Yahya Hj. Ali, 23, yang juga merupakan adik kepada Ahmad Tirmizi. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000. Seorang lagi peserta akhir Akademi Al-Quran 4, saudara Husni Ali Hassan, 25, berjaya mendapat tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai RM 2,000.

Peringkat akhir Akademi Al-Quran musim keempat ini telah berlangsung pada 6 Ogos yang lalu (Jumaat) bermula jam 9 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejor Jeneral(B), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin. Pertandingan peringkat akhir ini telah dihoskan oleh Ustaz Mohd Zamri Zinuldin, Sharifah Khasif Fadzilah dan Aida, juara Gadis Melayu musim pertama.

Thursday, August 5, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows: Tayangan 2010, 2011

Kepada peminat-peminat siri filem Harry Potter, penantian anda hampir berakhir bagi kemunculan siri terakhir (ke-7) iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows. Walau bagaimanapun, filem ini akan ditayangkan dalam dua bahagian; Bahagian 1 dan Bahagian 2. Bahagian 1 filem ini akan mula ditayangkan pada bulan November ini manakala Bahagian 2 akan menemui anda pada bulan Julai 2011. Filem yang diarahkan oleh David Yates dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint ini bakal menyaksikan klimaks kepada 6 episod yang telah ditayangkan sebelum ini. Novel bagi siri ini telah pun diterbitkan pada Julai 2007 yang lalu.


Berikut adalah sinopsis filem Harry Potter and the Deathly Hallows:

"Berikutan kematian Prof Dumbledore, Voldemort dikatakan telah mencapai tahap tertinggi untuk menguasai dan mengawal Ministry of Magic. Harry, Ron dan Hermione telah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah bagi melaksanakan misi mencari dan menghapuskan tiga lagi Horcruxes milik Voldemort. Mereka berpisah dari keluarga dan rakan-rakan bagi menjamin keselamatan. Mereka sebenarnya tidak berapa mengetahui maklumat tentang Horcruxes selebihnya itu melainkan dua daripadanya adalah objek kepunyaan dua orang perintis Hogwarts - Rowena Ravenclaw dan Helga Hufflepuff, dan yang ketiganya adalah Nagini, ular kepunyaan Voldermort. Lokasi objek kepunyaan kedua-dua pengasas Hogwarts itu masih tidak diketahui dan Nagini berkemungkinan masih berada bersama-sama dengan Voldemort. Sepanjang misi pencarian mereka itu, ketiga-tiga mereka belajar mengenai kisah lampau Dumbledore dan motif sebenar Prof Snape.

Ketiga-tiga mereka akhirnya menjumpai Horcruxes Voldemort yang pertama, loket Salazar Slytherin dengan memecah masuk Ministry of Magic. Mereka juga menjumpai pedang milik Godric Gryffindor - salah satu daripada beberapa objek yang berupaya memusnahkan Horcruxes. Justeru, mereka menggunakannya untuk memusnahkan loket tersebut. Dalam perjalanan, mereka menjumpai suatu simbol yang aneh, iaitu the Deathly Hallows sebagaimana diterangkan oleh seorang ahli sihir bernama Xenophilius Lovegood kepada mereka. The Hallows merupakan tiga objek ajaib; the Resurrection Stone, batu yang mempunyai kuasa menghidupkan sesuatu yang telah mati, the Elder Wand, kayu sakti yang begitu berkuasa dan Invisible Cloak, jubah halimunan yang tidak akan rosak. Harry mendapat tahu bahawa Voldemort dalam misi mendapatkan the Elder Wand itu, tetapi ketiga-tiga mereka berfikiran bahawa mencari Horcruxes adalah lebih penting daripada menggagalkan usaha Voldemort daripada mendapatkan kayu sakti itu. Setelah itu, mereka memecah masuk ruang menyimpan harta milik Bellatrix di Wizarding Bank Gringott bagi mencari sebuah lagi Horcrux berbentuk sebuah piala kepunyaan Helga Hufflepuff. Kemudian, Harry mendapat tahu bahawa sebuah lagi Horcrux tersimpan di dalam Hogwarts justeru Harry, Ron dan Hermione memasuki Hogwarts. Mereka akhirnya menjumpai Horcrux itu, the Diadem of Ravenclaw, lalu berjaya memusnahkan kedua-duanya."

video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...