Assalamualaikum w.b.t.
Kali ni nak bercerita mengenai trip backpack kami ke
Indonesia baru-baru ni. Aku, Fakarul dan Saufi membuat keputusan untuk melawat
Indonesia sejak akhir tahun lepas. Sepatutnya Syazwani join sekali. Disebabkan
dia pernah belajar di Universitas Padjajaran, Bandung sebelum ni, jadi kami
berharap dia bolehlah guide kami sepanjang di Bandung. Tapi apakan daya, trip
kami ni kebetulan sama waktu dengan tarikh pertunangan adik dia. Akhirnya
tinggal kami bertiga. Di Surabaya pula, Saufi yang akan guide kami sebab dia
pun pernah belajar di Universitas Airlangga, Surabaya.
Idea untuk jalan2 di Surabaya dan Bandung ni terbit sejak 2
tahun lepas lagi selepas aku menonton rancangan Destinasi AirAsia. Waktu tu
episod yang dtayangkan menampilkan kumpulan pelawak Jambu yang dapat pakej
percutian ke Surabaya. Entah kenapa tertarik dengan aktiviti yang diorang
lakukan terutamanya misi mendaki Gunung Bromo. Kebetulan si Saufi ni merupakan
PRP kat Hospital Queen Elizabeth, jadi aku suarakan la keinginan. Alhamdulillah
dia pun tak keberatan untuk datang semula ke Surabaya dan bawa kami jalan2 kat
sana.
Berdasarkan harga tiket semasa, kami membuat keputusan untuk
mengambil flight direct AirAsia dari Kota Kinabalu ke Jakarta dan seterusnya
dari Jakarta ke Surabaya. Bukan tidak mahu menaiki keretapi dari Jakarta ke
Surabaya, tapi tempoh perjalanannya terlalu lama dan harga tiket flight tidak
la terlalu mahal dibandingkan dengan tiket keretapi. Jadi, kami pun bertolak
dari KK jam 10.10 pagi waktu tempatan dan tiba di Jakarta jam 12.00 tengahari
waktu tempatan. Waktu di sana adalah lambat 1 jam dari Malaysia. Memandangkan
flight seterusnya ke Surabaya adalah pada waktu malam, jadi kami berlegar2
antara terminal 1, 2 dan 3 di Bandara Soekarno-Hatta. Jarak antara terminal2 tu
bukanlah terlalu dekat. Tapi memandangkan shuttle bus adalah free, kami cuba
sehabis baik explore ketiga2 terminal itu yang membezakan penerbangan domestik,
antarabangsa dan AirAsia.
Pada waktu malam, kami tiba di Bandara Juanda, Surabaya, lebih kurang jam 12 tengah malam. Perjalanannya memakan masa 1 jam setengah dari Jakarta. Sampai sahaja di sana, kami diambil oleh supir kami, Pak Kadek, yang memang sebelum ini amat mengenali Saufi. Dengan menggunakan Toyota Avanza, kami dibawa ke kawasan pergunungan Probolinggo melalui Siduardo. Sempat kami singgah sebentar di Siduardo untuk pekena Nasi Rawon yang terkenal di Surabaya. Kami tidak melepaskan peluang untuk melelapkan mata kerana perjalanan mengambil masa 3 jam. Sampai sahaja di kawasan perkampungan berhampiran Probolinggo dan Pasuruan, kami menaiki pula jeep untuk menuju ke Gunung Penanjakan bagi menyaksikan matari terbit. Keluar sahaja dari Avanza terus angin sejuk mencengkam. Kami pun cepat2 mengenakan winter jacket atau windbreaker. Perjalanan ke Gunung Penanjakan itu mengambil masa sejam dengan menempuhi jalan sempit yang berliku.
Alhamdulillah cuaca di Gunung Penanjakan sangat baik. Langit
cerah, tiada kabus tebal yang menyelubungi. Cuma suhu yang terlalu sejuk –
lebih kurang 5-8oC membuatkan tangan terasa beku, hidung mulai berair
dan bibir menjadi kering. Dari puncak Gunung Penanjakan itu kami dapat melihat
Gunung, Batok, Gunung Semeru dan Gunung Bromo dari jauh. Lebih kurang jam 6.30
pagi, kami beredar meninggalkan Penanjakan untuk menuju ke Gunung Bromo. Jip
memberhentikan kereta di kawasan tanah mendatar yang dipenuhi pasir untuk kami
menapak ke kaki Gunung Bromo. Kami seringkali didatangi penunggang kuda yang
menawarkan perkhidmatan menunggang kuda. Tapi kami sekerasnya menolak atas alasan
kami cukup kuat untuk berjalan kaki. Satu perkara yang tak best waktu tu ialah
lutut aku bengkak sejak di Bandara Soekarno Hatta lagi. Tak tau dari mana puncanya.
Tapi aku gagahkan jugak naik turun tangga dan bukit untuk merasai semua
pengalaman tu walaupun terhincut-hincut.
Perjalanan mendaki Gunung Bromo pula tidaklah sesukar mana kerana jalannya jelas dan bertangga. Cuma sedikit tercungap2 la sambil menahan kesejukan. Selepas tiba di puncak, terasa hilang segala kepenatan. Gunung Bromo merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif. Namun buat masa kini tidaklah mengeluarkan lava sebaliknya hanya kepulan asap yang kelihatan. Lebih kurang jam 8.30 pagi, kami bergerak meninggalkan Taman Nasional Bromo Tengger untuk ke destinasi seterusnya – Taman Safari Indonesia II di Prigen!
(bersambung..)
Sabtu 13 Jun 2015 (24 Syaaban 1436H) 6.29 PM