"Jika engkau mahukan teman, cukuplah ALLAH sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-Quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat." -Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam-
Monday, December 10, 2012
Rehlah di Kampung Kempadang
Wednesday, June 13, 2012
Tahun 3 Melabuhkan Tirai
Monday, October 3, 2011
Hujung Minggu di Sungkai
Sunday, December 19, 2010
A Moment with Oh Malaysia Blog's Author
Selama beberapa hari yang lepas, kami menerima kunjungan Amirrudin Said ke kediaman kami. Beliau yang sedang bercuti semester selama 3 bulan sudi meluangkan masa ke teratak kami walaupun tiada apa yang menarik. Berkunjung ke kuantan bukanlah suatu perkara yang sukar buat beliau kerana beliau berasal dari kemaman yang berkedudukan lebih kurang sejam dari sini.
Awal tahun hari tu, beliau sudah pun menjejakkan kaki ke rumah kami (sebelum cuti tahun baru Cina). Pada mulanya, mungkin jemputan saya membuatkan beliau risau sama ada dapat diterima atau tidak oleh ahli rumah ini berjumlah 10 orang. Namun, sikapnya yang ramah membuatkan beliau akhirmya membuat keputusan untuk tinggal selama beberapa hari di sini.
Kehadiran beliau ke rumah kami menyerikan lagi keadaan kerana beliau sudi memasak untuk kami. Bukanlah bermaksud kami tak pandai masak tapi kali ini apa kata kita cuba rasa pula penangan pelajar Australia ini. Kalau diteliti blog beliau, beliau juga ada memasukkan entri berkaitan resepi masakan yang menarik.
Jumaat yang lepas, kami sempat meluangkan masa bermain boling di MegaLanes, Berjaya Megamall, Kuantan. Walaupun pada hakikatnya kebanyakan daripada kami (ahli rumah) tak pandai dan jarang bermain, namun apa boleh buat, BALING SAJA LA.. Tapi, dalam tak pandai main tu, ada jugak la yang strike (not bad). Namun bagi Amirrudin, bermain boling bukanlah sesuatu yang asing kerana beliau kerap meluangkan masa bermain sebelum ini walaupun berada di negara orang.


Sunday, July 5, 2009
Memori Tercipta


Bayu berpuput di Pulau Rawa,
Deras menderu dahanan meranti;
Kenangan 5 Sains Tulen '06 menggamit jiwa,
Tetap utuh bersemi di hati.
Menyingkap semula memori di SIS membuatkan diri teringat rakan-rakan sekelas Tingkatan 5 pada ketika itu. Perasaan itu membuatkan hadirnya semangat untuk mendapatkan maklumat rakan-rakan sekelas ketika itu mengenai apa yang dilakukan kini dan di mana. Ini mungkin merupakan sebahagiannya sahaja dan masih lagi menanti maklumat dari rakan-rakan yang lain..
MOHD SYAFIQ BIN SHAMSUDDIN
- Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Islam dan Al-Quran/English/Bahasa Arab
Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah.
MUHAMMAD HAFIZUDDEEN BIN HAZNAN
- Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS)
Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir.
SAIFUL AQMAL BIN SAIFUL AZHAR
- Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh)
Universiti Mansourah, Mansourah, Mesir.
KAMARUL HAZIQ BIN BAHARUDDIN
- Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh)
Universiti Alexandria, Al Iskandariah, Mesir.
MUHAMMAD NAQUIB BIN MOHAMAD TARMIZI
- Bachelor of Science with Islamic Studies
University of Malaya, Kuala Lumpur.
MUHAMMAD HAZWAN BIN ABDUL BASIR
- Bachelor of Mechanical Engineering
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
MUHAMMAD ASYRAF BIN OTHMAN
- Bachelor of Biomedical Engineering
Universiti Malaysia Perlis.
MOHAMED IZZUDIN HILMI BIN RIDZWAN
- Diploma in Medical Laboratory Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia.
REDZUAN BIN HUSSIN
- Bachelor of Biotechnology
Universiti Putra Malaysia.
ALFAHMI BIN ABD. FATAH
- Bachelor of Marine Technology Engineering
Universiti Teknologi Malaysia.
































