Assalamualaikum.
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan mengecapi nikmat tuhan yang tidak ternilai di muka bumi ini. Nikmat tuhan berupa iman dan islam, kesihatan yang baik, kehidupan yang selesa dan ketenangan jiwa dan fikiran sudah tentu tidak mampu dibalas oleh setiap insan di muka bumi ini. Hanya dorongan amal ibadah dan kebaikan mampu menjelmakan tanda syukur atas pemberian Tuhan yang Maha Agung.
Sedar tak sedar, dah menghampiri pertengahan semester 2 tahun kedua aku di uia ini. Pelbagai dugaan ditempuh demi menggapai tujuan dan matlamat aku berada di bumi kuantan ini. Diduga dengan ujian kesihatan membuatkan aku tersedar dari lena. Betapa berharganya setiap inci masa kita di muka bumi ini. Betapa pentingnya kita menghargai masa dengan pengisian bermanfaat agar kita bersedia apabila dipanggil menemui-Nya suatu masa nanti.
Post ni tak lain dan tak bukan adalah untuk meng'update' keadaan kesihatan aku. Dalam keadaan aku risau, kaget dan cemas dengan keadaan yang menimpa, tuhan masih memberi aku ruang untuk mengecapi kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kini. Setelah sebulan lebih aku mengambil ubat-ubatan merawat tibi, aku kini lega. Setelah aku membuat pemeriksaan doktor kali kedua pada pertengahan disember yang lepas, doktor memberi petanda bahawa apa yang aku alami adalah scar pada dada/peparu (disebabkan tiada perubahan pada x-ray). Lesion yang sama kekal tanpa sebarang perubahan (merebak atau berkurang). Berat aku naik 4 kilo (selepas cuti sem di rumah - petanda beransur pulih dari simptom tibi), muka aku dah tak cekung, aku dah tak batuk-batuk dan tiada lagi pedih di bahagian dada.
Kata Prof. Noriah, apa yang aku alami berkemungkinan adalah disebabkan tibi yang pasif (hanya aktif bila menerima sebarang bentuk rangsangan). Doktor yang aku jumpa pada temu janji kedua, Prof. How even berkata bahawa bronchoscopy seperti yang dicanangkan oleh doktor India sebelum itu memang tak perlu langsung. Ubat-ubatan aku kini dah dikurangkan daripada 4 jenis kepada 2 jenis sahaja. Kalau dulu berkotak-kotak, kini hanya zipper bag yang kecil sahaja.
Tiada lagi yang mampu aku lahirkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Nya. Namun, ini bukanlah noktah perjuangan dalam hidup ini. Kita akan sentiasa diuji dan diuji bagi mengukur tahap keimanan dan ketaqwaan di sisi Allah. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi iktibar kepada kita semua agar tidak cepat berputus asa dan sentiasa memohon kekuatan daripada-Nya.
alhamdulillah, syafakallah bro, Allah pilih ko utk menerima ujian dari-Nya, ko patut brase bersyukur pada nya..
ReplyDeletesyukur alhamdulillah atas ujian daripada-Nya yang memberi kekuatan dan mendekatkan lagi diri kepada-Nya..
ReplyDeleterasa nikmat & bersyukur bila diuji kan? kdg2 bila hidup kita flat je, kita terlupa utk mensyukuri nikmat2 yg DIA beri..
ReplyDeleteitulah nikmatnya bila diberi ujian. :)
btul tu.. bile kite diuji, kita makin sedar dari kelalaian dan kembali kepada tuhan dalam memohon petunjuk dan perlindungan..
ReplyDelete