Sunday, October 23, 2011

Jejak Pertama ke Hospital Kemaman


Pengalaman clinical attachment di hospital yang pertama amat sukar dilupakan. Memang terasa sedikit ketinggalan zaman apabila minggu pertama hanya bertempat di UIA sahaja untuk mendengar penerangan bagaimana untuk kaunseling pesakit berkaitan penggunaan Metered Dose Inhaler (MDI aerosol), powder inhaler, insulin pen dan rawatan atau terapi warfarin sedangkan rakan kumpulan lain sudah merasai pengalaman clerk pesakit di hospital.

Minggu lepas, minggu kedua untuk clinical attachment menempatkan kumpulan aku di Hospital Kemaman. Ditugaskan untuk clerk kes pesakit repiratori membuatkan aku lebih tenang pada malam sebelumnya. Bukan apa, penyakit berkaitan respiratori tidak memerlukan banyak lab test yang rumit untuk ditafsirkan. Walau bagaimanapun, pembacaan yang teliti masih diperlukan.

Untuk dijadikan cerita, kami brothers rx8 kumpulan D difahamkan perlu menaiki bas pukul 6.45 pagi seperti minggu sebelumnya. Tiada mesej dari senior yang mengatakan waktu bertolak diawalkan ke pukul 6.30 pagi. Jadi aku hanya mengikuti ahli bilik yang merupakan ketua kelas merangkap driver untuk ke mahallah maimunah pagi tu. Sehinggalah jam hampir menunjukkan 6.45 pagi, kami menerima panggilan dari br. Hafiz Yunus memberitahu bahawa hanya kami (aku, rezuan dan saufi) yang masih ditunggu oleh penghuni bas. Terdetik juga dalam hati yang senior (brothers terutamanya) akan sumpah seranah atau apa sahaja kerana marah dan tak puas hati. Selepas disoal selidik, barulah kami tahu bahawa mesej tidak disampaikan kepada kami oleh ketua kumpulan D bahawa masa untuk bertolak telah diawalkan (siapa yang salah sekarang? faham2 sendiri). Hanya sister dan senior sahaja yang tahu.

Lagi berita mengejutkan bahawa kami diiringi oleh Sr. Azrin dan bukannya Dr. Haniki. Waktu tu terdetik juga bahawa kumpulan yang ditempatkan di Hospital Temerloh sedang bersorak gembira dengan ketiadaan Sr. Azrin. Bila balik ke kuantan, memang betul pun kumpulan ke temerloh bersuka ria! Rupanya bukan rx8 sahaja yang cuak dengan Sr. Azrin ni bahkan senior pun apa kurangnya (berdasarkan pemerhatian dan pengalaman). Aku juga akui bahawa beliau memang garang, malah lebih garang daripada Prof. Noriah (Prof. Noriah pun tak pernah menggunakan perkataan seperti hempuk, lempang dsb. ketika mengajar). Tetapi hakikat sebenarnya, kegarangan itu memberi manfaat kepada orang yang menuntut ilmu agar lebih berusaha keras untuk berjaya.

Aku akui bahawa Sr. Azrin seorang bukanlah kejam kerana seperti orang lain juga, kalau kita bertanyakan apa2 sahaja soalan yang kita tak tahu jawapannya, beliau akan jawab dengan baik (petua – 1. Jangan diam seribu bahasa ketika beliau bertanya sebaliknya nyatakan tidak tahu dan akan rujuk semula jika memang tak tahu. 2. Jangan bersuara begitu perlahan sampai beliau tak dengar, akan membuatkan beliau tak faham dengan penjelasan kita)

Di Hospital Kemaman, kumpulan aku menerima kes pesakit yang mendapat diagnosis community-acquired pneumonia (CAP), benign prostatic hyperplasia (BPH), anaemia dan COPD. Tapi pesakit dah pun keluar sehari sebelum kami sampai. Jadi hanya bedhead ticket jadi peneman di bilik perbincangan. Disebabkan itu, bahagian family history dan social history banyaklah tak berisi. Waktu presentation, memang gugup sangat bila kena bentang pertama kali depan Sr. Azrin dan preceptor yang lain. Memang kena komen la sebab tak bersedia (kumpulan pertama kena bentang). Harapnya lepas ni dapat buat yang lebih baik lagi.

Minggu depan di Hospital Temerloh pula. Dengarnya kat sana harga makanan berpatutan. Tak seperti di Hospital Kemaman, harga makanan di cafe amatlah mahal! Sekali imbas, kalau nak dibandingkan Hospital Kemaman dengan Hospital Sg. Siput (pekan hometown aku), besar lagi hospital hometown aku rasanya.

2 comments:

  1. clerk case tu apa maksud dia?

    btw wan, banyak2 la citer pasal pharmacy course kat Malaysia. Aku nervous ni nak balik keje nanti, macam tak tau pape je pasal sistem kat Malaysia ni :(

    ReplyDelete
  2. clerk case tu mcm korg attachment kat hospital. jumpa patient and do drug intervention berdasarkan report n dokumen dari doktor.

    kalau nak taw pasal pharmacy course kat malaysia visit la blog2 berkaitan macam http://www.rahsiafarmasi.com/ dan http://ohfarmasi.com/

    Blogger untuk blog kat atas tu senior aku.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...