Berserak indah bunga melati,
Tersemat kuntuman bersimbah cahaya,
Segala puji bagi Ilahi,
Nikmat di dunia tiada terhingga.
Agak sebulan juga menanti untuk post kali ini. Memang aku mencari masa yang sesuai untuk update blog ni tetapi kekangan masa membatasi. Melihatkan tajuk di atas, barangkali semua orang dapat mengagak apakah yang nak diceritakan di sini.
Pertengahan bulan februari yang lalu, aku buat kesekian kalinya hadir ke klinik respiratori HTAA. Kali ni staff nurse tak minta aku buat sputum AFB. Katanya tak perlu dah. Cuma dia minta aku buat chest x-ray. Kalau nak dikirakan, aku pun dah tak terkira berapa puluh kali dah aku buat chest x-ray semenjak tahun 2008. Pendek kata, lepas jumpa doktor tu aku pun dah discharge dari klinik respiratori tu. Cuma doktor pesan kalau ada lagi timbul simptom2 yang sama seperti sebelum ni, dia minta aku datang balik klinik tu.

Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Apa yang Kau rancang adalah yang terbaik. Cuma hamba-Mu yang lemah ini gagal menafsirkannya dari mula. Sem ni memang banyak belajar tentang penyakit TB. Siap aku yang kena present tajuk penyakit ni under Lower Respiratory Tract Infection untuk seminar Anti-infective & Cytotoxic Agents. Subject Clinical Pharmacy II pun tak kurang jugak. Kena belajar signs & symptoms of TB. Tu yang menyebabkan aku lebih memahami dengan 'kawan' aku ni.
Lepas belajar, apa yang aku boleh simpulkan tentang apa yang telah aku lalui ialah aku bermula dengan dormant TB, tiada simptom yang dapat dikesan waktu aku buat chest x-ray ketika aku membuat permohonan visa pelajar untuk belajar di luar negara (2008). Tapi selepas 2 tahun (2010), simptom2 mula timbul. Mungkin disebabkan sistem imun berkurang waktu tu. TB berbahaya tapi kalau langkah pencegahan diambil, insyaAllah penularan jangkitan ini dapat diatasi. Sewaktu temujanji dengan doktor kali terakhir hari tu, memang chest x-ray yang kali ni jauh lebih berbeza dengan yang 2 tahun lepas. Kali ni apa yang boleh aku cakap, x-ray peparu aku sebelah kiri dah clear.
Kita merancang, Tuhan juga merancang. Dan rancangan-Nya adalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment