Thursday, November 15, 2012

2 Days 2 Nights 'Jongkakow' in Perak



Baru2 ni aku sempat hadir ke majlis walimah abang yang diadakan dua hari berturut2 (majlis pihak perempuan dan lelaki). Memang nak buat terus je berturut2 sebab rumah kedua2 pihak dekat je. Alhamdulillah pasangan mempelai berjaya diijabkabulkan pada khamis (8 November 2012) dan majlis diadakan pada 10.11.12 dan 11.11.12. Kali ni aku rasa bertuah sebab 4 orang rakan sanggup ikut datang. Mad la yang beriya2 dari awal lagi nak datang ke perak. Dalam masa yang sama aku ajak la yang lain kalau2 sudi ikut.

Alhamdulillah kami berlima (aku, mad, syak, amir n pato) selamat bertolak dari Kuantan dan tiba di rumah aku jumaat malam tu. Memang antara ramai2 ahli keluarga, aku seorang je yang takde waktu akad nikah. Dan disebabkan rumah aku agak sempit untuk kami berlima tidur, aku tolong check in diorang kat motel berhampiran. Haa suka betul sebab ada wi-fi. Lepas check in, aku balik rumah semula untuk sambung buat kerja.

Sabtu tu aku dan ahli keluarga bersiap nak ke majlis pihak perempuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Sungai Siput. Memang grand la nampak dari makanan, hiasan dalaman hingga la ke susun atur majlis. Tapi sebab dah bawa member, kena la tunggu masuk dengan diorang sekali. Aiskrim & kambing golek pun ada! Harap2 diorang puas hati la. Tapi pagi tu sebelum majlis, penat jugak la aku. Kena ikut pergi pasar beli barang dan tolong naikkan tiang cermin yang berat giler kat pelamin atas pentas tu.. Penangan nak grand sangat.. Haha.









Lepas majlis tu, aku cepat2 bersiap nak keluar dari dewan tu untuk bagi laluan member2 nak solat dan bergerak ke Taiping. Asalnya mak tak bagi aku ikut. Tapi lepas pujuk elok2 dapat jugak aku ikut. Siap janji lagi nak balik sebelum malam. Tapi terlajak jugak. Tebal jugak la muka aku nak bagi alasan kat sedara2 n keluarga pihak perempuan sebab apa nak beransur cepat. Memang aku terlepas nak tengok sesi potong kek dan bergambar di pelamin.

Petang tu kami bergerak ke Taiping untuk melawat pak sedara mad. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di sekolah mad. Ni la kali pertama aku melangkah masuk ke MCKK walaupun dah banyak kali ulang-alik ke Kuala Kangsar. Memang sesuai la pelajar2 yang cemerlang dengan kemudahan yang canggih disediakan walaupun masih mengekalkan senibina lama. Lepas puas melawat banyak bangunan di MCKK tu (termasuk la kelas mad), kami bergerak ke Taiping menggunakan highway. Rupa2nya rumah pak sedara dia belakang rumah aku yang dulu je. Sekarang dah ada orang menyewa. Memang menggamit nostalgia la. Tahun 1996 hingga 1999. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Padang permainan depan rumah mad tu la tempat aku main petang2 dengan abang. Kadang2 main layang2 dan rounders (betul ke eja?) atau besbol kat situ. Lapangan terbang lama pun tak kurang juga. Aku pernah ikut abang join latihan bola sepak kat situ. Semuanya tinggal kenangan..




Seusai melawat pak sedara mad, kami sempat pusing bandar Taiping kejap. Sempat melihat Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping dari luar. Waktu tu pun dah gelap nak Maghrib. Memang tak sempat nak rasa jalan2 ke banyak tempat waktu tu. Jadi waktu Maghrib tu kami singgah di Changkat Jering @ Bukit Berapit untuk solat Maghrib dan beli durian sikit. Masing2 pakat mengidam. J






Esoknya hari yang memang dinanti2kan sebab majlis kat rumah aku. Malam sebelum tu sibuk mengisi barang2 cenderahati untuk tetamu ke dalam beg sampai ke awal pagi. Badan penat sangat. Mak pun sempat tidur sekejap je. Kawan2 yang lain tak dapat nak tolong sebab plan nak pergi Lost World of Tambun. Jadi sepanjang hari tu boleh kata penat sikit la aku. Sakit dah bahu ni mengangkat lauk2 dalam periuk besar dari atas lori. Itu belum lagi nasi minyak yang beratnya 100 kilo dalam box tu. Waktu sibuk2 n penat tu ramai jugak yang tanya mana kawan2.  Aku hanya mampu senyum je.






Tapi seronok jugak la tengok pasangan pengantin lelaki mengenakan uniform Maritim serba putih. Warna baju pengantin perempuan pun matching je. Tapi yang tak bestnya kena berarak dalam hujan renyai2. Cuaca tak berapa cantik tengahari tu. Petang tu diorang yang pergi Tambun balik. Ingatkan semua dah penat. Lagi2 driver kena la rehat sebelum drive. Lepas makan dan solat, waktu dah ready ambil aku untuk balik Kuantan, rupanya diorang offer diri nak ber’jongkakow’! Haa nak sangat jongkakow kan. Kan dah kena basuh semua periuk, kawah n pinggan. Alhamdulillah kami bertolak balik dari rumah aku sebelum jam 11 malam dan selamat tiba di Kuantan 5 pagi esoknya. Terima kasih kerana sudi hadir ke Perak! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...