Awalnya aku asyik terfikir2 dan tertanya2 kenapa lecturer pilih aku untuk wakil IIUM dalam pertandingan Rx Quiz kali ni. Sedangkan result aku biasa2 je dan ramai lagi sis atau classmate perempuan yang result lagi tinggi. Akhirnya sempat aku tanya Amiirah Rosli, HC PR IPhA pasal ni. Dia jawab, ada sebab kenapa Madam Halimah pilih aku. Katanya dalam kalangan classmate lelaki, result aku paling tinggi dan katanya lagi cara lelaki berfikir lain berbanding perempuan. Tapi aku rasa aku ni jenis lambat pick up. Tu yang lemah tu. Huhu.
Bermula
pada tahun 2009 (1st Rx Quiz), aku dipilih sebagai pengacara majlis untuk
majlis penutup. Sempat la aku tengok grand finale antara team IIUM (A) dan IIUM
(B). Memang bro izzuddin jaafar & solahudin hebat la. Yang paling penting,
kak Nali dan bro Azwadi banyak beri tunjuk ajar dalam mengacarakan majlis
besar. Tahun berikutnya, aku selaku committee opening & closing ceremony
bawah kelolaan Rostam selaku HC. Memang aku nak unit ni sebab aku boleh melatih
emcee baru (mad, amiirah, & alqarni) dan tengok perlawanan akhir kuiz
farmasi. Pada tahun 2011, aku sekali lagi memegang jawatan yang sama. Tapi kali
ni ketua aku Aidil. So boleh Nampak perbezaan kepimpinan. Hehe. Tapi nak
diceritakan, setiap kali soalan ditanya oleh juri kepada peserta, aku cuba
sedaya upaya dengar baik2 dan jawab dalam hati kalau tahu. Yang masih
membuatkan aku kecewa sampai sekarang adalah tak dapat peluang membawa
persembahan kebudayaan UIA Gombak (sama ada zapin, gamelan, caklempong atau
angklung) ke Kulliyyah of Pharmacy untuk persembahan penutup Rx Quiz. Tahun ni,
tuan rumah bertukar tangan dan AIMST diberi mandat untuk menganjurkannya.
Umpama jiwa yang tak dapat berpisah dari jasad selagi belum sampai ajal, Rx
Quiz ni aku anggap seperti jiwa yang hanya akan terpisah apabila tuan badan
meninggalkan program Bachelor of Pharmacy ni.
Kami
bertolak ke AIMST University pada pagi jumaat (1 Mac 2013). Perjalanan 8-9 jam dari Kuantan
ke Sungai Petani dirasakan terlalu lama. Namun sebelum berangkat, kami menatap
semua coretan kata2 hikmat dari warga Rx8 yang menjadi pembakar semangat kami
berlima. Setiap pesanan yang ditulis, kami baca satu persatu. Ada yang
menggelikan hati dan ada juga yang membuat kami tersentuh dengan keprihatinan
dan doa yang diberikan. Sampai2 sahaja di sana, kami daftar dan terus check-in
tempat penginapan (asrama apartment). Yang bestnya, goody bag dia ada macam2 barang. Itulah antara benda yang paling aku excited bila menghadiri sesuatu program. Haha.
Esoknya,
kami bersiap awal pagi untuk breakfast, campus tour dan opening ceremony. Memang
aku bersetuju dengan Prof Dr. Baidi, Deputy Vice Chancellor AIMST University yang
sempat mengajar subjek clinical nutrition kami sem lepas. Katanya bangunan
kampus AIMST setaraf yang luar negara. Memang besar yang amat. Bajet kewangan
tinggi sangat kot. Chancellor dia Dato’ Seri S. Samy Vellu. Opppsss aku pergi
AIMST sebab aku datang dari Sungai Siput ke? Ada kaitan? Haha. Pukul 11 pagi, kami start
dengan exam MCQ (12 soalan, True False, minus marking). Soalan yang awal2 tu
aku yakin la nak jawab. Masuk soalan2 pharmaceutical technology & clinical pharmacy, arghhh xtau
nak jawab apa. SDS-PAGE for sizing protein?? So, teknik cuba jawab mana yang
yakin sikit dan tinggalkan yang tak yakin langsung diaplikasikan. Hahaha.
Petang tu
dalam pukul 2, kami sambung dengan preliminary round. IIUM ditempatkan bersama2
USM, Taylor’s College, IMU dan MSU dalam bilik B. Soalan yang ditanya berkonsepkan
one best answer (OBA)/MCQ dan short open answer. Soalan yang ditanyakan ada
yang susah dan ada yang senang. USM bagi kami terlalu hebat bila menjawab
MCQ/OBA. Walaupun soalan susah, diorang still dapat jawab betul untuk cubaan
pertama (5 markah). Cubaan kedua oleh peserta yang lain dalam kumpulan yang
sama dapat 3 markah kalau betul. Tapi bila diteliti dan dibandingkan dengan
mutu penghakiman antara AIMST dan IIUM selaku tuan rumah, rasa seperti kali ni
punya dipertikaikan. Sebabnya, kali ni moderator yang memegang skema jawapan
yang menentukan jawapan betul atau salah. Tiada peluang untuk perbaiki jawapan
seperti di IIUM dahulu. Juri hanya menjadi pemerhati dan mula berbincang
sekiranya terdapat keraguan. Ada je jawapan yang memerlukan expalanation yang
hampir2 betul. Tapi disebabkan moderator rasakan jawapan peserta tak sebijik
macam skema jawapan, maka terus disalahkan. Untuk preliminary round, markah kami di belakang USM dan IMU. Dan untuk mara ke separuh akhir, markah saringan adalah 20% MCQ dan 80% preliminary round.
bersambung...
No comments:
Post a Comment