Wednesday, June 13, 2012

Tahun 3 Melabuhkan Tirai

Salam a'laik.

Exam baru je habis. Tapi aku sejak waktu tengah exam lagi dah sibuk2 fikir program apa nak buat lepas habis exam sebelum semua berangkat balik ke kampung halaman. Ye la, sem ni program batch pun tak banyak. Jadi, nak la ada paling kurang satu program yang boleh dibuat lagi2 nak release semua tekanan2 waktu final exam hari tu.

Kitorang habis last paper petang jumaat lepas (8 jun 2012). Lepas je habis, terus sesi bergambar satu kelas. Nak dijadikan cerita, malam sebelum last paper tu, kitorang brothers dah pakat ramai2 nak pakai smart (berkemeja & bertali leher). Aku yang jadi penyampai hasrat geng2 rumah mad kepada class rep yang comel sangat tu. So, dia pun bagi la arahan. Aku perasan jugak bila masuk exam hall je, ramai jugak sisters yang pandang pelik. Agaknya tertanya2 kenapa smart sangat brothers hari tu. Aku memang jarang la nak pakai smart. Honestly, malas kot nak iron baju lagi2 time sibuk nak exam.


Malam tu, kitorang beberapa orang bro pakat2 nak makan sedap sikit. Aku bagi idea untuk celebrate semua birthday boys bulan 5 dan 6. So, yang join makan2 malam tu adalah aku, mad, rostam, amiruddin, pato dan fawwaz. Tambah 2 orang yg bukan belated birthday boys - yusri dan syak. Plan asal, kitorang nak try makan kat Restoran Lila Wadi (berhampiran kastam/benteng). Tapi lepas survey menu dan harga, macam tak puas la. Mahal dan makanan simple je. Kat situ ada set BBQ (macam steamboat). Itulah tarikan dia. Tapi nak tunggu salai daging2 tu, lama la pulak. Last2, kitorang tukar plan pergi makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Perghh, penuh giler orang. Ye la, jumaat malam sabtu memang la ramai. Disebabkan takde meja kosong, kitorang pun beransur la cari tempat makan lain. Akhirnya singgah la kami di restoran Arowana Ikan Bakar, kat area Tanjung Lumpur jugak.

Kat restoran tu, kitorang sempat pekena pari bakar, siakap stim limau dan kerapu 3 rasa. Memang tibai habis la. Sambil2 makan tu, layan Malaysia lawan Singapura untuk perlawanan pertama. Tapi antara semua2 tu, tom yam dan siakap stim dia la yang sedap. Yang lain2 tu biasa je. Malam tu lepas balik je terus tidur awal. Sebab esoknya risau lambat bangun untuk prepare bekalan untuk picnic bro rx8 kat Teluk Cempedak. Dah siap janji awal2 nak buat sandwich. Haha. Rupa-rupanya bila tengok kat facebook, bro 1st year bercuti kat pulau perhentian. Best betul.

Pagi sabtu tu, lepas2 subuh je terus aku ke dapur siapkan bekalan picnic. Dalam pukul 7.15 pagi, dah siap masak semua, terus bersiap2 dan nak gerakkan member2 yang tengah tidur lagi. Bukan senang nak gerak. Ye la, malam sebelum tu ramai yang pergi tengok perlawanan Euro. Tapi bila dah sampai Teluk Cempedak tu, xde la beraktiviti sangat pun. Sekadar main bola tepi pantai, makan2 dan balik.















Tak kira la apa pandangan lecturers dan pelajar2 batch lain terhadap kami, kami lebih tahu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...