Saturday, February 12, 2011

Sunscreen, Sunglass, Sensitive

Assalamualaikum.
Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bukan hanya kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut hari keputeraan baginda, tetapi jadikanlah amalan berselawat ini sebagai amalan yang berkekalan. Moga-moga kita beroleh syafaat di akhirat kelak.

Selepas beberapa hari mengalami keserabutan disebabkan kelas yang full (termasuk menyiapkan report, assignment, kuiz dan praktikal), hujung minggu ni rasa relaxed sikit. Merehatkan badan dan mengambil masa menyiapkan saki-baki kerja-kerja untuk dihantar pada minggu hadapan menjadikan hujung minggu ini sesuatu yang dinantikan. Dah berapa hari terpaksa tidur lambat. Tambahan dua hari berturut-turut terpaksa attend EAW kelas waktu malam (8.30-11pm).

Bila teringat kelas Dr. Juliana hari rabu yang lepas, mula terfikir tentang sunblock (aka sunscreen) yang dah lama 'tercongok' kat rak meja tulis ni. Buat hiasan gamaknya. 'Banana Boat' adalah jenama yang terpampang kat produk ni. Sebenarnya benda ni aku beli waktu nak bersiap untuk study abroad. Orang kata kena pakai waktu musim panas kat luar negara. Tapi akhirnya jadi hiasan je la. Tapi aku tau yang wanita memang akan pakai benda ni untuk perlindungan daripada cahaya matahari (UV radiation to be specific).

But the important thing is it contains SPF 30. SPF - Sun Protection Factor, memang kena state kat produk macam ni. SPF 30 rasanya agak tinggi keberkesanannya berdasarkan apa yang belajar dalam kelas la. Tapi apa yang lebih penting adalah krim ni perlu dipakai sebelum terdedah kepada matahari dan kalau boleh kena kurangkan la aktiviti tengah panas. Kerap pakai dan kerap jugak berpanas terik bawah matahari, akan gelap juga la. Lagipun lapisan ozon kan dah semakin nipis. So the intensity of UV radiation direct to the skin would become even higher nowadays. Nanti at the end dapat skin cancer.

Itu tentang sunblock. Sunglass pun penting juga. Nak lindungi mata dari mendapat katarak. Katarak adalah pembentukan selaput berwarna putih pada permukaan mata atau kornea. Nak bergaya tu cuma benda sampingan je. Kalau waktu malam nak pakai sunglass bila surrounding gelap, memang tak releven la. Tapi aku sampai sekarang tak ada sunglass lagi. Bukan tak nak beli, tapi selalunya orang yang berkereta dan nak bergaya je yang pakai. Aku just tunggang motor je ke kelas. Balik Perak pun naik bas je. Agaknya tunggu aku kerja nanti baru ada sunglass. Haha.

Tapi kalau bercerita tentang kulit, maaf kulit aku memang sensitif. Kena gigit nyamuk sikit dah inflam dan meninggalkan parut. Mak aku cakap tu tanda aku berdarah manis. Huhu. Nak banding dengan kulit orang lain, memang jauh beza. Sebab tu ada banyak parut. Dan disebabkan aku dah semakin mengecil (dulu waktu budak2 memang kembang), jadi kulit aku dah less stretched. Jadi kesan parut tu makin jelas dan susah nak drastically remove. Dan sekarang ni aku pun sibuk la nak mencari produk yang boleh remove parut kat kulit aku. Nasib baik roomate aku ada yang sudi hulurkan Bio-Oil milik dia (harga dalam RM50 katanya). Boleh tahan mahal. Biasa la, produk kecantikan selalunya mahal-mahal belaka. Tapi keberkesanannya, just wait and see. Tak boleh percaya 100% pun.

Cukup sekadar itu. Ma'as salamah.

Wednesday, January 19, 2011

THE REAL LIFE BEGINS IV

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan mengecapi nikmat tuhan yang tidak ternilai di muka bumi ini. Nikmat tuhan berupa iman dan islam, kesihatan yang baik, kehidupan yang selesa dan ketenangan jiwa dan fikiran sudah tentu tidak mampu dibalas oleh setiap insan di muka bumi ini. Hanya dorongan amal ibadah dan kebaikan mampu menjelmakan tanda syukur atas pemberian Tuhan yang Maha Agung.

Sedar tak sedar, dah menghampiri pertengahan semester 2 tahun kedua aku di uia ini. Pelbagai dugaan ditempuh demi menggapai tujuan dan matlamat aku berada di bumi kuantan ini. Diduga dengan ujian kesihatan membuatkan aku tersedar dari lena. Betapa berharganya setiap inci masa kita di muka bumi ini. Betapa pentingnya kita menghargai masa dengan pengisian bermanfaat agar kita bersedia apabila dipanggil menemui-Nya suatu masa nanti.

Post ni tak lain dan tak bukan adalah untuk meng'update' keadaan kesihatan aku. Dalam keadaan aku risau, kaget dan cemas dengan keadaan yang menimpa, tuhan masih memberi aku ruang untuk mengecapi kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kini. Setelah sebulan lebih aku mengambil ubat-ubatan merawat tibi, aku kini lega. Setelah aku membuat pemeriksaan doktor kali kedua pada pertengahan disember yang lepas, doktor memberi petanda bahawa apa yang aku alami adalah scar pada dada/peparu (disebabkan tiada perubahan pada x-ray). Lesion yang sama kekal tanpa sebarang perubahan (merebak atau berkurang). Berat aku naik 4 kilo (selepas cuti sem di rumah - petanda beransur pulih dari simptom tibi), muka aku dah tak cekung, aku dah tak batuk-batuk dan tiada lagi pedih di bahagian dada.

Kata Prof. Noriah, apa yang aku alami berkemungkinan adalah disebabkan tibi yang pasif (hanya aktif bila menerima sebarang bentuk rangsangan). Doktor yang aku jumpa pada temu janji kedua, Prof. How even berkata bahawa bronchoscopy seperti yang dicanangkan oleh doktor India sebelum itu memang tak perlu langsung. Ubat-ubatan aku kini dah dikurangkan daripada 4 jenis kepada 2 jenis sahaja. Kalau dulu berkotak-kotak, kini hanya zipper bag yang kecil sahaja.

Tiada lagi yang mampu aku lahirkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Nya. Namun, ini bukanlah noktah perjuangan dalam hidup ini. Kita akan sentiasa diuji dan diuji bagi mengukur tahap keimanan dan ketaqwaan di sisi Allah. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi iktibar kepada kita semua agar tidak cepat berputus asa dan sentiasa memohon kekuatan daripada-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...