“Kegagalan merupakan kunci kepada kejayaan”. Selalu kita dengar kata-kata sebegini. Kata-kata motivasi yang memberi semangat kepada setiap insan yang gagal dan jatuh tersungkur di pertengahan jalan kehidupan ini. Moga-moga tidak akan terus rebah dan berusaha untuk bangkit semula membina kejayaan.
Keputusan exam baru sahaja diumumkan secara online. Semester ini betul-betul menguji ketabahan dalam berdepan dengan subjek yang susah. Memang terlalu banyak penurunan berbanding semester lepas. Sedih. Tapi tak bermakna akan selama-lamanya gagal. Betul juga. Mungkin ini ujian dari tuhan agar aku tidak leka dengan kemudahan yang ada. Aku akui banyak faktor penyebab kejatuhan ini berpunca dari diri sendiri. Kini aku mula membina kekuatan kembali untuk bangkit menggapai kejayaan.Bila lihat prospektus, wah rupanya next sem aku akan bertemu dgn subjek2 seperti pharmaco, pathology, pharma prac 2, basic medicinal chem dan lain2. 7 teras, 1 elektif ntuk kulliyyah requirement.
Sedar tak sedar, sudah setahun aku berada di institusi ini. Banyak pengalaman menarik dikongsi bersama rakan-rakan. Rakan-rakan memang mempengaruhi segenap kehidupan ini. Mereka menceriakan, menyedarkan, memberi semangat, teladan dan tak lupa juga boleh membawa kelalaian. Hatilah yang perlu kebal menepis segala yang melalaikan agar terus mengekalkan mahmudah dalam diri.
Tempoh setahun ini juga memperlihatkan kematangan yang mula bercambah. Banyak orang yang baik hatinya telah aku jumpa. Dan banyak jenis manusia juga yang telah aku lihat dan selami kehidupan mereka meskipun terlalu jauh bezanya dengan kehidupanku. Keyakinanku terhadap peribahasa Inggeris “don’t judge a book by its cover” semakin kuat. Bukan semua orang yang secara fizikalnya nampak tak baik adalah tak baik pada kita dan sebaliknya. Sebetulnya, selami dan dekati dulu setiap insan di sekeliling kita untuk memahami mereka.
Aku kini makin faham dengan kesibukan, tanggungjawab, keutamaan, disiplin, prinsip, hormat dan sebagainya. Aku sudah mula faham bahawa manusia pada hari ini begitu memandang tinggi orang yang berilmu dan berbudi bahasa.
Untuk tiga bulan cuti semester ini, pelbagai perkara bakal berlangsung bagi warga Kulliyyah Farmasi ini. Antaranya, lawatan sambil belajar pelajar tahun ketiga dan keempat ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah. Selain itu, terdapat lawatan sambil belajar pelajar tahun kedua ke Yogyakarta, Indonesia dalam masa terdekat ini. Pada bulan Mei ini, akan diadakan National Gathering for Pharmacy Students (NoGAPs) di AIMST, Kedah manakala pada bulan Julai nanti akan diadakan Asia Pacific Pharmaceutical Symposium (APPS) di Seoul National University, South Korea. Tapi aku tak join program-program ni. Just stay di rumah untuk ‘abiskan’ community posting je.
yes...gagal itu bkn slmenyer...=)
ReplyDelete