Betul ke? Diam itu emas, bicara itu perak. Sekian lama memikirkannya, kini aku mengakuinya. Sebab apa? Haa.. Tengok ni. Dalam Islam pun ada menyentuh yang banyak bercakap, banyak silapnya dan banyak silap nerakalah tempatnya. Tapi bukan untuk percakapan yang baik-baik. Kalam yang terbaik adalah yang sedikit tapi padat dan bermanfaat. Lidah memang tak bertulang. Kita pernah dengar kan perumpamaan lidah lebih tajam dari mata pedang? Sebab itulah kena jaga percakapan. Kalau tak perlu, tak payah bercakap. Diam sahaja. Buat apa kalau banyak bercakap tapi menyakitkan hati orang dengan mengata, mengutuk dan yang sebagainya?
Ramai orang mungkin menganggap yang orang yang pendiam ni, serba-serbi tak boleh harap dan tak tahu. Memang betul orang jenis ini tak begitu ramah, tapi kita tak tahu personaliti dia yang sebenar. Mungkin dia ada kelebihan lain selain petah berkata-kata. Orang juga mungkin menganggap yang pendiam ni sombong dan serius memanjang. Kalau anda tak berapa kenal dan bertegur sapa dengan baik, takkan la orang jenis ini nak beria-ia ramah tak tentu hala. Jadi jangan menilai orang dengan pandangan pertama dan seketika.
Kadang-kadang orang yang banyak bercakap ni yang sering memperlihatkan kebodohannya dengan jelas dan nyata. Dia memang pandai dalam mempengaruhi orang. Pendek kata, sesuailah untuk jadi marketing people dan ejen insuran. Tapi bila dah selalu bercakap ikut sedap mulut dan tanpa berfikir dahulu, itu yang senang tersilap cakap, terguris hati orang sekeliling. Orang yang pendiam mungkin berfikir dahulu sebelum berkata. Kadangkala juga, orang macam ni boleh jadi ‘lalang’. Hari ni cakap lain, esok lusa bila tukar fikiran (dipengaruhi orang lain), mula cakap lain. Ada yang tak minta maaf pun.
Kesimpulannya, tak kira la pendiam ke, peramah ke, yang penting bila bercakap tu memberi manfaat pada diri dan orang lain. Mengutuk pun ada keharusannya dalam Islam dalam keadaan-keadaan tertentu. Dan yang paling bagus kalau kita dapat membasahkan lidah kita dengan zikrullah. Yang penting, BUAT JANGAN TAK BUAT! –seperti tajuk buku motivasi terbaru dari Dr. Tuah Iskandar.
No comments:
Post a Comment