Sedar tak sedar dah 9 Syawal pada hari ini. Aidilfitri dah pun berlalu, jadi ramai yang dah bersiap untuk memulakan sama ada sesi persekolahan, pengajian di universiti mahupun kembali bertugas. Sebelum itu, apa kata kita tambah sedikit pengetahuan am dengan mengetahui apakah 10 bangunan tertinggi di dunia beserta ranking terkini:
No. 1Burj Khalifa (Burj Dubai, or Dubai Tower), Dubai, UAE.
Binaannya siap pada tahun 2010. Dengan ketinggian 162 tingkat dan 828 m atau 2,717 kaki, bangunan ini menjadi pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini mengalahkan bangunan Taipei 101 Tower yang diiktiraf bangunan paling tinggi di dunia sebelum ini. Arkiteknya ialah Skidmore, Owings & Merrill.
No. 2
Taipei 101 Tower, Taipei, Taiwan.
Tahun: 2004, 101 tingkat, 509 meter dan 1,670 kaki. Arkitek: C.Y. Lee & Partner
No. 3
Shanghai World Financial Center, China.
Tahun: 2008, mempunyai 101 tingkat, ketinggian: 492 meter atau 1,614 kaki. Arkitek: Kohn Pedersen Fox.
No. 4
Petronas Towers 1 & 2, Kuala Lumpur, Malaysia.
Siap dibina pada tahun 1998. Mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter atau 1,483 kaki. Arkiteknya adalah Cesar Pelli.
No. 5
Willis Tower (formerly Sears Tower), Chicago.
Tahun: 1974, mempunyai 110 tingkat dengan ketinggian 442 meter atau 1,450 kaki. Arkitek: Bruce Graham (SOM).
No. 6
Jin Mao Building, Shanghai.
Tahun: 1999, mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 421 meter atau 1,381 kaki. Arkitek: Skidmore, Owings & Merrill.
No. 7
Two International Finance Centre (IFC), Hong Kong.
Tahun: 2003, mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 414 meter atau 1,362 kaki. Arkitek: Cesar Pelli.
No. 8
CITIC Plaza, China International Trust, Guanzhou.
Tahun: 1997, mempunyai 80 tingkat dengan ketinggian 391 meter atau 1,283 kaki. Arkitek: DLN.
No. 9
Shun Hing Square, Shenzhen, China.
Tahun: 1996, mempunyai 69 tingkat dengan ketinggian 384 meter atau 1,260 kaki. Arkitek: K.Y. Cheung Design Assc.
No. 10
Empire State Building, New York.
Tahun: 1931, mempunyai 102 tingkat dengan ketinggian 381 meter atau 1,250 kaki. Arkitek: Shreve, Lamb and Harmon.
No comments:
Post a Comment