Maaf kalau entri kali ini menyentuh hati mana-mana pihak. Tetapi ini adalah cara untuk memperbetulkan kesilapan kita yang mungkin kita kurang sedar. Kita terlalu obses dengan matlamat dan hala tuju sehingga tidak nampak ruang kesilapan yang kita lakukan. Teguran ini khas buat diri saya dan rakan pelajar yang lain.
Cuba kita renung, apakah bererti andai kita berjaya menggenggam segulung ijazah andai dalam masa beberapa tahun akademik ini kita menempuhnya dengan tidak jujur. Dengan erti kata yang lain, adakah anda puas hati dengan kejayaan anda - lebih-lebih lagi berjaya menempatkan diri dalam kalangan pelajar terbaik - e.g. pointer atas 3.00, sedangkan apabila exam anda tidak jujur, apabila hantar assignment, anda tidak menyumbang sepenuhnya (hanya pada nama) dan apabila menyiapkan report, anda copy paste bulat-bulat (sama ada dari internet mahupun mengambil report rakan lain dan ubah nama, font dan sedikit isi sahaja).
Di mana usaha kita untuk berjaya itu? Kita terlalu mengejar matlamat sehingga guna jalan yang tidak betul. Kita sibuk membicarakan tentang perjuangan sehingga aspek kejujuran pada diri dan orang lain tidak dilaksanakan. Kita sibuk mencari, mengkritik dan memperbetulkan kesalahan orang lain tapi kita tipu diri sendiri, masyarakat dan tuhan yang menciptakan kita. Itukah yang dinamakan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya?
Pengalaman begitu mengajar. Apa yang dibanggakan dengan markah yang tinggi tapi semuanya hasil dari perbincangan dengan rakan-rakan ketika dalam dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula? Ada yang terkejar-kejar untuk masuk awal ke dalam dewan peperiksaan (ingatkan mereka terlalu bersedia dengan peperiksaan dan apa jua soalan yang ditanya - membuatkan saya berasa teruk kerana selalu masuk lambat kerana kurang bersedia). Rupanya ada udang di sebalik batu. Membuka kertas soalan walaupun ditegaskan dengan arahan "you are not allowed to open this booklet until you are told to do so". Beberapa minit sebelum peperiksaan pun bermula - yang mana tak tahu, tanya pada yang tahu. Yang mana tahu, berkongsi pada yang tak tahu.
Kalau begitu, lebih baik tak payah buat kuiz atau peperiksaan. Kita cadangkan buat tutorial yang ada markah. Kalau nak bincang banyak pun tak kisah sebab bukan peperiksaan. Jadi andai kata anda peroleh markah sedikit tetapi anda jujur, hasil usaha anda dan bukannya orang lain, tidak perlu rasa susah hati. Yang penting anda berusaha secukupnya. Itu lebih baik dari mendapat markah yang terlalu tinggi tapi hanya kerana nasib dapat tanya pada yang tahu. Selamat (katanya..).
Begitu juga pada anda yang menjadi mangsa copy paste report (kawan pinjam dan hantar 'sebijik' report anda), jangan rasa susah hati kerana anda berusaha menyiapkannya. Anda telah berusaha untuk berjaya. Cuma ada insan yang suka ambil mudah dan mempergunakan anda. Lebih sakit jika orang yang meminjam report anda dapat markah report lebih tinggi dari anda. Yang penting markah yang anda dapat adalah hasil usaha anda (walaupun sedikit). Perkara ini mengingatkan saya pada kenyataan Dr. Tuah Iskandar bahawa generasi pada hari ini adalah kebanyakannya generasi 'copy and paste'. Bila mereka berada di alam pekerjaan, mereka mungkin membawa masalah (mungkin dari segi aplikasi ilmu). Sebab itu, sesetengah professional (contohnya pensyarah) yang betul-betul berjaya adalah mereka yang mengajar berdasarkan ilmu yang didalami dan tersimpan dalam kotak fikiran mereka dan tidak terlalu bersandarkan kepada bahan mengajar (e.g. powerpoint).
Moga-moga kita mula berfikir dan merenung perkara ini.
Selamat menempuh peperiksaan yang mendatang. Bittaufiq wannajah.

sangat setuju dengan entry ni.
ReplyDeletesbb prkara ni adalah realiti yang berlaku.
ReplyDeletejd masing2 kne la sntiasa muhasabah diri.
yes. that's right. like what dr razak said. "matlamat tak menghalakan cara". let's be a person that others can rely and trust.
ReplyDeletenice post.. but i have a suggestion.. nape x post jer entry ni kat blog kelas.. alang2 menegur, biar la org yg berkaitan bace..
ReplyDeletebkn xnak post kt blog klas..
ReplyDeleteni pndapat peribadi. klau post kt blog klas akn mnyebabkn org fikir bhwa
pnulis bniat mnegur sseorg scara x direct.
sdangkan perkara ni blaku hmpir2 smua dpd kita.
dn mgkn pnulis pun x tkecuali (moga2 brubah la cpat2 klau ada).
ape2 pun thanx for the suggestion.
Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. ~an-Nahl:127
ReplyDelete