Wednesday, March 9, 2011

Is that me?

Semester ini hampir melabuhkan tirainya. Minggu ni merupakan minggu kedua terakhir sesi lecture sebelum study week dan final exam bermula. Then, aku akan bercuti 4 bulan setengah sebelum memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun ketiga di UIA nanti.

Dalam sibuk2 menyiapkan assignment, report dan study untuk kuiz, aku pun tengah merancang aktiviti cuti semester nanti. Kalau orang lain melancong bersama keluarga dan sibuk mencari kerja, aku tak kot. Mak aku nak sangat aku ada kat rumah tolong apa yang patut untuk wedding kakak aku. Tapi tengok la camne..

Kelmarin (7 mac), telah berlangsung dinner Rx8 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Seronok jugak malam tu. Walaupun kecewa dengan layanan pihak hotel, tapi dengan bayaran RM10 seorang berbaloi rasanya. Apa yang menarik perhatian adalah reaksi orang ramai bila aku melangkah masuk ke dalam dewan. dah la ramai sister belaka. Aduss, rasa segan bila semua orang pandang. Semuanya gara-gara pakaian aku. Bright sangat kot. Ye la, aku dah la pergi kelas dengan baju yang dull je, sekali datang dinner dengan sesuatu yang lain. Mana tak terkejut semua orang.

Pelan asal nak pakai je jubah yang dipinjam dari Alqarni sebab tema dia international. Tapi, rasa tertarik pulak untuk mencari baju yang lebih smart. Maklum la, dulu waktu AUSMAT Grand Dinner kat Grand Blue Wave Hotel, tak nak pulak bergaya sakan. Pakai kemeja putih je. Sekarang baru ada peluang nak bergaya. Memang mengidam nak pakai vest. Walaupun dinner ni baru untuk tahun kedua je. Belum final year lagi.

Apa2 pun, waktu persembahan la paling tak boleh lupa. Ade ke kena karaoke atas pentas? Dah la suara tak sedap. Idea asal aku nak suruh berqasidah je, tapi apakan daya.. idea ditolak. Las2 aku pilih jugak la lagu warisan nyanyian sudirman sebab sesuai dengan tone suara aku yang besar.

Bila aku pergi kelas semalam dan hari ni, ramai yang bertanya mana aku yang 'different' pada malam tu? Jawapan aku senang je, cinderella (putera cinderella la kan) muncul pada satu malam je.. haha.















AUSMAT Grand Dinner 2008

Annual Grand Dinner Rx8 2011





6 comments:

  1. sure i am. why? kay, may i know who r u specifically? penah jmpe kt intec ke?

    ReplyDelete
  2. Salam Wan...

    Waaa, bkn main lagi sekarang....how's study?eh korang nanti ada placement tak?

    Sape Kay?Macam kenal, tapi macam tak kenal jugak. Selamat berkenalan. :)

    ReplyDelete
  3. faten, placement ape tu? klau wat PRP (provisional registered pharmacist), mmg sume studen jpa akan wat kt hospital lpas abes blja.

    x kenal la aku sape kay ni. tp rsenye blja kt oz. ape2 pon kat cni aku knal schoolmate ko - maisarah. nape studen skolah korg pndai2 blka erk?? :)

    ReplyDelete
  4. bukan yg PRP tu, yang masa belajar ni..pegi community hospital pharmacy. macam buat practical gitu. ade x?

    ramai ke student skolah aku ko kenal? :)

    ReplyDelete
  5. owh, yg wktu cuti wat community posting kt kedai pmacy.
    wktu 3rd yr nnt bru ade subj clinical pharm. wktu tu stp mggu gi hospital rasenye. tp yg btol2 slama satu sem dok prktikal kt hospital je xde plak as i know..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...