Thursday, March 24, 2011

SPM dan Masa Depan

17 pelajar terbaik SPM 2010 peringkat Terengganu

Syabas kepada calon-calon SPM 2010 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Keputusan SPM 2010 yang diumumkan semalam memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan. Sekolah Izzuddin Shah juga berbangga dengan peningkatan keputusan yang mencatatkan Gred Purata Keseluruhan 2.52 meningkat berbanding tahun lepas. Namun, apa yang menarik minat aku untuk menulis entri kali ini adalah berita gembira kejayaan adik perempuan salah seorang ROOMATEku kini yang diumumkan sebagai antara pelajar terbaik SPM 2010 peringkat kebangsaan. Bekas pelajar SMKA Tok Jiring tersebut mencatatkan 11A+ bagi keseluruhan mata pelajaran yang diambil. Untuk artikel penuh akhbar Berita Harian, klik di sini. Katanya nak mengikut jejak langkah abang untuk belajar dalm bidang farmasi. Apa2 pun syabas diucapkan! Semoga mendapat peluang belajar di institusi yang terbaik di dalam negara mahupun di luar negara dan meneruskan kecemerlangan.

To be frank, aku mula mengetahui tentang SMKA Tok Jiring ni sejak berada di INTEC. Setelah Izzuddin Jaafar, senior Kulliyyah of Pharmacy IIUM mengharumkan nama sekolahnya sebagai pelajar terbaik akademik bagi kulliyyah ini, kini kisah pelajar terbaik SPM 2010 dari sekolah yang sama pula menyusul. Jadi kesimpulan yang aku boleh buat adalah kalau nak berjaya memang tak kira kat mana. Tak semestinya kena masuk SBP atau MRSM untuk melakar kejayaan dalam akademik. Semuanya berbalik kepada cara kita belajar.

Tapi dinasihatkan kepada calon2 yang dah berjaya, kejayaan takkan kekal selamanya. You yourself must sustain the excellence. Berdasarkan pengalaman, ada segelintir pelajar yang tak mampu mengekalkan kejayaan setelah melangkah ke alam universiti. Bukan kerana kekurangan bahan atau teknikal, tapi mungkin kerana pengaruh dan kebebasan. Kalau dulu kat sekolah asrama segala perancangan dan strategi belajar dibekalkan oleh tenaga pengajar, tapi bila dah belajar di peringkat yang lebih tinggi, semuanya bergantung kepada diri. Bukan semua orang yang berjaya di peringkat sekolah akan terus berjaya seperti Nur Amalina Che Bakri yang saya labelkan sebagai ‘gifted’. Jadi usaha yang berterusan perlu diterapkan.

Cerita mengenai bidang yang diceburi pula, orang yang berjaya dalam SPM selalunya bertuah kerana dapat belajar dalam bidang yang diminati. Justeru, bersyukurlah dengan apa yang dikecapi kerana di luar sana lebih ramai lagi yang terlepas untuk belajar bidang yang dicita-citakan. Aku bersyukur kerana diberi peluang belajar bidang yang diminati sejak di bangku sekolah.

Kalau ditanya tentang perancangan dan impian meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, jawapanku mudah – aku memang tidak merancang kerana target aku adalah untuk bekerja selepas tamat pengajian ijazah pertama dan membantu keadaan sosioekonomi keluarga. Lagipun, aku memang tidak bercita-cita menjadi seorang lecturer yang memerlukan master dan PhD untuk mendapat kedudukan yang lebih baik. Kepada yang bercita-cita tinggi, gapailah impian itu setinggi yang mungkin bagi membina masa depan yang cerah. Apa2 pun, kalau dah berjaya nanti, janganlah bersikap SOMBONG. InsyaAllah orang di sekeliling anda akan turut tumpang gembira.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...