Entri kali ini bukan untuk bercerita tentang sinopsis filem ‘Devil Wears Prada’ lakonan Anne Hathaway yang kini tengah rancak ditayangkan di Astro Citra. Tapi kali ini penulis berminat untuk mengajak anda memikirkan sikap sesetengah daripada orang kita yang memperuntukkan masa dalam hidupnya dengan segala yang menjadi kebanggaannya tanpa mempertimbangkan keadaan orang lain.
Apa kaitan pulak dengan tajuk entri ni? Ha, bagi peminat dunia fesyen (terutamanya wanita) memiliki kasut berjenama Prada bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga dengan pakaian dan beg tangan yang berjenama seperti Gucci, hanya orang2 yang berada sahaja yang mempu memiliki. Jadi, Prada melambangkan kemewahan di mana pemakainya menggunakan segala yang dimiliki untuk mengaburi mata masyarakat. Namun bukanlah semua yang berjaya menghimpun kekayaan bersikap begitu, tetapi yang ingin ditekankan di sini adalah segelintir daripada mereka.
Tak perlu mengambil contoh orang2 yang ternama. Cukup dengan melihat orang di sekeliling kita. Pernah tak berhadapan dengan individu2 yang memiliki segalanya dan dalam masa yang sama memperlihatkan sikap pemurahnya kepada orang sekeliling? Rata2 daripada kita selalu melihat perkara ini. Alhamdulillah, keadaan ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana orang2 yang susah tidak diabaikan dalam masyarakat. Tambahan pula, salah satu perkara yang menjadi bekal kita apabila berada di alam kubur nanti adalah sedekah jariah yang kita lakukan di dunia ini.
Tapi persoalannya kini, adakah semua daripada mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas atau ianya satu cara memadamkan tanggapan orang lain mengenai perlakuannya yang kadangkala membina kebencian orang ramai? Adakah sedekah tersebut bertujuan untuk menutup mulut penerimanya daripada mempersoalkan perkara2 buruk yang dilakukan oleh si pemurah atau dermawan? Bagi mereka, duit adalah segala-galanya. Duit boleh mengawal orang di sekeliling. Duit juga boleh membina atau memutuskan persaudaraan.
Duit boleh mengubah orang. Duit boleh mencipta permusuhan. Duit boleh menjatuhkan seseorang dan boleh juga menaikkan taraf seseorang. Pendek kata duit adalah segala2nya bagi mereka. Kerana duit boleh memanipulasi semua benda – orang, pangkat, harta dll.
Dan persoalan seterusnya, adakah kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka? Dikurniakan harta kekayaan yang akhirnya mengubah diri kita kearah manusia yang fizikalnya terhormat, berkarisma tinggi tapi hatinya jauh merancang memanipulasi orang sekeliling. Adakah apabila kita sudah berjaya nanti kita akan mempraktikkan apa yang dilakukan oleh golongan2 seperti ini? Di dunia, mereka memiliki segala2nya, tapi di akhirat nanti apakah mereka dijanjikan Allah nikmat syurga?
Janganlah sehingga satu tahap nanti, ‘syaitan bertopengkan manusia’ adalah istilah yang tepat untuk diri kita. Na’uzubillahi min zalik. Memetik isi kandungan buku yang sedang saya baca kini, bukan bermakna orang miskin tidak dapat masuk syurga kerana tidak mempunyai harta untuk disedekahkan pada jalan Allah tetapi semuanya berbalik kepada hati. Sekiranya mentaati perintah Allah, tidak kira miskin atau kaya, kedua2nya berpeluang memasuki syurga Allah.
Oleh itu, bersihkan hati dan bina kehidupan yang cemerlang dengan tidak menjadi ‘syaitan bertopengkan manusia’. Dan jangan biarkan ‘devil wears Prada’!
No comments:
Post a Comment