Sunday, May 22, 2011

We’re Proud of You!

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 dan guru2 yang ada wish sempena ulangtahun kelahiran ke-22 baru2 ini. Kebanyakannya melalui facebook dan tak lupa juga ada yang hantar melalui sms. Terima kasih diucapkan. Setahun lagi sudah berlalu, namun apa yang paling penting adalah sejauh mana kita merenungi erti sebenar kehidupan dengan mempertingkatkan amalan kebaikan dan selalu mengingati mati kerana mati itu pasti.

Sedar tak sedar, dah dekat sebulan setengah aku berada kat rumah. Dalam masa yang sama seronok juga dapat mengetahui sebahagian rakan2 yang baru pulang ke tanah air kerana ada program di Beijing, Kemboja, Bangkok dan lain2. Secara jujurnya, siapalah yang x jeles bila dengar semua tu. Tapi itu adalah rezeki masing2 mengikut kemampuan masing2. Kalau kita sentiasa membandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang dan mewah, kita akan mula memberontak dan melahirkan perasaan tidak bersyukur. Tetapi kalau kita sentiasa membandingkan diri kita dengan orang yang lebih susah dari segi kewangan dan harta benda, kita akan jauh lebih bersyukur dengan nikmat tuhan yang kita kecapi kini. Cukuplah dengan menonton program ‘Bersamamu’ di TV3, kita pasti akan lebih bersyukur.


Sebenarnya entri kali ini ingin memperkatakan tentang salah seorang peserta program Imam Muda 2 yang disiarkan di Astro Oasis kini, iaitu Imam Muda Hassan atau nama penuhnya Mohd Hassan Adli bin Yahaya yang berasal dari Ayer Tawar, Perak. Apa yang menariknya adalah beliau merupakan senior sekolahku yang kini menjawat sebagai seorang pensyarah. Kiranya dia pelajar tingkatan 5 waktu aku belajar tingkatan 1 di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Tahun lepas, dia muncul dalam Akademi Al-Quran 4 sebagai antara 12 peserta akhir.


Beliau dulu adalah vokalis pasukan nasyid sekolah aku, kumpulan Soutul Faizin. Memang aku akui vokal dia memang sedap. Lepas habis tingkatan 5 dulu, beliau sempat membentuk sebuah kumpulan nasyid sendiri dan menerbitkan album nasyid. Orangnya pun memang baik dan tersusun kata2nya. Beliau pernah mewakili sekolah dalam Forum Remaja dan memperoleh tempat ketiga peringkat negeri. Sahabatku, Saiful Aqmal memang rajin la bersembang dengan dia kat Musolla sekolah. Dia ni pun memang satu geng la dalam Lembaga Ketua Pelajar dengan saudara Salahudin Harith yang dapat Anugerah Kokurikulum Kulliyyah of Pharmacy tahun lepas (yang nak sambung buat master di University of Copenhagen tu).

Apa2 pun aku sebagai bekas Izzuddinian memang berbangga dengan Imam Muda Hassan. Minggu lepas, beliau menjadi peserta terbaik mingguan dalam kalangan 10 peserta akhir dan memperoleh pakej percutian ke Aceh. Aku ucapkan semoga berjaya dalam program Imam Muda ini. Seseungguhnya anda menjadi kebanggaan guru2 dan pelajar2 Sekolah Izzuddin Shah!

p/s: Aku baru selesai minggu pertama Community Posting. Tak sabar nak habiskan seminggu lagi yang tinggal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...