Alhamdulillah. Akhirnya tamat juga 2 minggu Community Posting di Good Life Pharmacy di Sungai Siput ni. Memang la setakat 2 minggu praktikal apa la sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang praktikalnya ada sampai 2 bulan atau satu sem terus. Tapi kali ni aku boleh tarik nafas lega sebab farmasi aku kali ni dia minta aku stay dari pukul 9 pagi sampai 5 petang (agak penat sikit) kat farmasi dia. Kalau ada kerja tu ok la sebab tak bosan, tapi kalau dah assistant kedai tu pun ada sampai 3 orang yang kerja dalam satu-satu masa, belum tambah lagi dengan pegawai farmasi perempuan ni, aku duduk melangut je la.
Dia suruh stay sampai pukul 5 petang bukan sebab apa, katanya risau dia tak ada masa nak coach aku berdasarkan syllabus yang diberi. Kalau aku stay lama, at least bila dia free boleh dia panggil aku untuk discuss. Yang aku tensionnya bukan sebab apa, kena datang kerja sama macam pekerja lain, lambat 5 minit je dah kena tegur. Bukannya aku tak suka jadi punctual atau malas nak kerja, masalahnya aku lambat sikit masuk dari pukul 9 sebab aku kena pergi buat x-ray la, ada appointment doktor pagi2 buta la berkenaan dengan kesihatan aku. Dan masalah lagi satunya pulak, aku ni 2 minggu kat kedai tu tak dibayar pun, kenapa pulak kena tegur macam pekerja lain yang setiap bulan gajinya dibayar hampir seribu ringgit. Takkan la aku nak kena datang awal untuk buka kedai farmasi pulak kan. Kan..
Bercerita pasal pegawai farmasi aku kali ni pulak, dia ni sporting sikit. Chinese lady. Cumanya biasa la, ada benda yang kita suka dan ada benda yang kita tak suka pasal diri seseorang tu. Yang ok pasal dia ni ialah kita takkan rasa serius memanjang bila bekerja dengan dia sebab dia suka bercerita dan suka berjenaka. Kadang2 tu dia boleh pulak layan game facebook dia tengah2 aku dengan dia discuss pasal ubat. Alasannya untuk melepaskan tension dan menghilangkan rasa bosan sebab bila dia balik rumah kena layan anak dia pulak. Tak mengapa itu hal dia. Yang tak best pulak ialah dia suka merungut tak puas hati. Kalau nak cakap pasal tak puas hati, hampir semua orang ada je benda yang tak puas hati. Tapi rasanya tak perlu sampai nak luah pada orang yang kita tak berapa kenal pun lagi. Ini tidak, aku baru sehari dua jumpa dia, dah dia sibuk bercerita tak puas hati pasal kenaikan harga barang dan ragam pembeli yang begitu berkira (ditujukan kepada orang2 yang selalu tawar-menawar) kat aku. Apa2 je la. Tapi bagi aku tawar-menawar tak salah asalkan dengan cara yang baik dan bukannya memaksa. Dia kena tau yang bukan semua orang mampu untuk membayar ubat-ubatan yang harganya mahal. Awak tu yang gaji beribu2 tiap bulan memang la tak ada masalah kewangan untuk membayar benda yang mahal.
Yang penting sekarang ni syukur ke hadrat tuhan kerana banyak benda yang aku belajar kat farmasi ni. Secara rumusannya, apa yang penting bila mengendalikan kedai farmasi selain dari segi pengurusan, undang2 dan kewangan adalah pengetahuan untuk kauseling pembeli atau pesakit. Semua tu sepatutnya dah ada dalam kepala. Pegawai farmasi kena yakin dengan maklumat yang diberikan dan tidak boleh teragak2. Bagi aku, kemahiran mengendalikan sebuah kedai farmasi banyak bergantung kepada pengalaman. Pengalaman membawa kita untuk mengenali lebih banyak jenis2 pesakit dan pembeli. Di samping itu, kesedaran untuk tidak menjalankan ‘black market’ dengan menjual ubat psikotropik yang tidak mengikut peraturan kementerian yang ditetapkan perlu diterapkan untuk mewujudkan profession yang bersih dan bertanggungjawab.
Ma’as salamah.
p/s: Berjaya mendapatkan Ginkgo Biloba extract keluaran Hovid dengan harga serendah RM3 untuk 1 strip. Harap2 lepas ni memori aku kuat la sekuat nama pokok ni. :)
Bestnye dah buat placement!!!
ReplyDeleteko stat dr pg smpi kul 5 ak stat kul 2 ptg smpi 10 mlm..haha
ReplyDeletesama la kita rostam.. hehe. to faten> placement 2 mggu je. bukan bbulan2.
ReplyDelete