Year 3 dah habis!
Banyak benda berlaku sepanjang semester ni. Dan syukur alhamdulillah, berakhir juga semester ni. Memegang jawatan penting memang memenatkan. Tapi itu sebahagian dari kehidupan. Sebab tu bila lapang, kena sentiasa sedar yang waktu sempit pasti akan tiba.
Permainan emosi memang memenatkan. Berhadapan dengan ramai orang yang berbagai ragam, membuatkan kita kadang2 geram dan hampir berputus asa. Tapi, pengakhirannya nanti kita akan berasa bersyukur kerana masih ada lagi insan2 yang memahami orang lain dan tidak bertindak mengikut kepentingan diri.
Setelah NPSC berlalu, aku ditugaskan untuk mengetuai committee untuk dinner batch Rx8. Dinner ni memang patut dibuat setiap tahun. Tapi kali ni berlainan. Selalunya program AGD ni dibuat di hotel2, tapi kali ni hanya dibuat di lobi kulliyyah. Sewaktu mengambil keputusan untuk lokasi AGD ni, aku tahu ramai yang akan condemn dan bangkang dengan keputusan ni. Tapi aku mengambil kira banyak faktor.
Satu, program di hotel menelan belanja yang besar. Lagipun, sem ni duit kelas pun kurang kerana digunakan untuk perkara lain. Kedua, year 3 students memang mempunyai banyak kekangan masa. Aku sendiri pun kelam kabut nak study untuk kuiz dan buat assignment. Kadang2 tu sampai buat meeting ikut sempat je. Ketiga, aku tahu year 3 student ni mempunyai bajet yang terhad. Sebab masing2 ada perancangan sepanjang cuti 3 bulan ni. Ada yang nak buat industrial attachment, ada yang join class trip ke Canberra and Melbourne, Australia dan tak kurangnya yang ke Asia Pacific Pharmaceutical Symposium (APPS) di Taipei (aku la salah seorang peserta). Semua program tu memerlukan duit.
Sebab tu la aku tak fikir yang AGD year 3 perlu buat di hotel macam
batch2 lain. Aku nak batch ni reserve untuk makan mewah dan bergaya
sakan waktu graduating dinner final year nanti. That time will come.
Kena tunggu je.
10 exam paper dah pun berlalu. Aku cuma berharap xde la subject yang aku kena repeat. Harap2 semua lulus. Sekarang tengah memikirkan pelan cuti 3 bulan ni. Memang agak penuh la. Tapi duit pun cukup2 je. Balik ni nak start community posting 2 minggu. Lepas tu berangkat ke Taiwan selama seminggu. Lepas tu balik dah bulan ramadhan. Boleh la tolong mak jual2 kuih waktu petang dalam bulan puasa. Lepas tu raya. Oh, cuti kali ni mungkin tak terasa bosan macam tahun2 sebelum ni.
Cuti 3 bulan ni jugak aku nak ambil lesen memandu. Rasanya macam aku seorang je takde lesen kereta dalam ramai2 brothers ni. Berpeluh jugak pegang stereng. Tapi takpe, benda boleh belajar. Apa2 pun, sekarang tengah sibuk key in maklumat questionnaire Research Project aku yang ditangguh ke semester depan. Dah kena recall balik ilmu SPSS dalam kelas hari tu + apa yang aku belajar waktu analisis CORP year 1 dulu. Dan sekarang ni pun tengah sibuk fikir nak packing apa untuk bawa ke Taiwan. Dengar kata hampir setiap malam ada Grand Dinner. Kena la melaram untuk jumpa gadis2 pelajar dari Korea dan Jepun. Ahha!
Amboih sakan melancong sampai ke Taiwan! Bila yang nak datang Melbourne tu sampai ?
ReplyDeleteHappy holiday! Aku 2 paper lagi ni T_T