Tuesday, June 29, 2010

Mengimbau..


Lebih kurang setahun yang lepas, aku berada dalam kesibukan mendaftarkan diri di UIA. Tapi bukan UIA Kuantan – tempat aku belajar, sebaliknya UIA Gombak. Memang menjadi tanda tanya kepada kami (budak2 direct intake) ketika itu kenapa perlu mendaftar di kampus induk. Dah la mendaftar 2 minggu lebih awal sebelum kelas bermula, waktu mendaftar pun digabungkan dengan pelajar international. Ada yang dari Thailand, Indonesia, Singapura, negara-negara timur tengah dan ada juga yang dari benua Afrika. Minggu pertama Taaruf Week memang tak ada banyak aktiviti sangat. Nasib baik la ada Fawwaz. Tak de la aku bosan sangat. Tapi memang kesian sangat la dia. Kitorang terpaksa menyeberangi dua batang sungai sebelum sampai ke tempat aktiviti (Cultural Activity Centre, Main Auditorium etc.). Penat jugak la kitorang. Kadang2 dia sampai surrender sebab tak nak ikut aku pergi ke sesuatu venue contohnya CELPAD untuk sesuatu urusan sebab tak larat berjalan kaki.

Minggu pertama kitorang kena jalani ujian Tilawah, ujian Bahasa Arab, ujian Fardu Ain dll. Beberapa hari selepas ujian dah boleh tengok result secara online. Minggu kedua, baru la kena jalani real Taaruf Week yang berlangsung selama 3 hari bersama-sama pelajar ex-CFS. Ada juga tak puas hati sebab kena attend talk yang hanya untuk pelajar di Gombak je. Contohnya taklimat untuk PALAPES dan SUKSIS.


Setelah selesai semuanya, kitorang yang akan belajar di kampus Kuantan ni pun berangkat la pada hari Jumaatnya ke Kuantan menaiki bas UIA yang disediakan. Waktu tu aku tak berapa kenal pun lagi dengan Amirudin, Syahmi, Fathu dan yang lain2. Sampai2 je kitorang pergi la melawat bangunan Kulliyyah Farmasi yang baru tu dulu sebelum berangkat ke asrama. Terkejut jugak bila tau yang asrama lelaki di luar kampus (bangunan kedai). Lepas tu, bermula la episod sebagai pelajar farmasi di kampus Kuantan ni. Aku mula berkenalan dengan rakan sekelas yang lain. Alkisahnya..

Sekarang ni dah nak masuk tahun kedua dah pun. Dah faham sikit dengan selok-belok UIA ni. Dah ‘clear’ sangat dengan cara belajar orang Melayu kita. Penangan SUBSIDI dan KESELESAAN. Dah faham kenapa pelajar perempuan begitu struggle dan ada yang begitu cemerlang. Dah jelas yang pelajar bertudung labuh bukan semuanya berhati lembut. Dah masak dengan permainan ‘menguasai’ orang lain untuk kepentingan sendiri. Semuanya dah nyata kini.

3 comments:

  1. salam, nak tumpang tanya eh. Kalu budak direct intake, diorang kena ambik EPT and APT kan? kalau kena ambil arabic class, ada specific period of time ke kena study arab? and kalau belajar arab ni, sekali belajar dengan kulliyah yang kita dapat atau memang that one sem is specifically to study arab only?

    Sorry soalan panjang benor. Thanks! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...