Thursday, July 19, 2012

Kembara di Bumi Taiwan (Part 3)

Hari pertama simposium dimulakan dengan pengenalan kepada APRO. Program masih lagi bertempat di ballroom hotel tersebut. Pendedahan ini amat penting memandangkan sebahagian daripada pelajar farmasi di rantau Asia ini kurang jelas dengan badan persatuan ini termasuklah aku. Aktiviti pada pagi itu diteruskan pula dengan seminar yang disampaikan oleh 2 orang penceramah dari Taiwan yang memperkatakan mengenai tanggungjawab pegawai farmasi dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan yang selamat oleh orang awam.

Program pagi itu berhenti pada jam 12 tengahari untuk lunch. Kami masih berpuas hati kerana dapat menikmati nasi yang dibungkus dalam kotak kertas untuk makan tengahari walaupun lauknya bukan seperti masakan orang Melayu. Tepat jam 1 tengahari, kami menyambung semula aktiviti pada sebelah petang yang meliputi Pre-PCE Workshop, CSE Workshop dan PPAC. Pada asalnya, memang niat di hati nak sertai Patient Counseling Event (PCE). Dah siap bagi nama dalam borang sejak di Malaysia lagi. Tapi apabila dapat tahu bilangan peserta yang boleh sign in petang tu terhad kepada 17 orang sahaja, aku terus batalkan niat. Clinical Skill Workshop (CSE) pula adalah pertandingan bagi menguji pengetahuan dalam bidang farmasi klinikal. Yang ni pun aku tak join memandangkan pertandingan ni memerlukan ilmu pharmacotherapeutics yang mana subject tu aku akan belajar sem depan. PPAC pula adalah seminar mengenai kempen dalam mempromosi tugas ahli farmasi kepada orang awam. Seminar tersebut disampaikan oleh Melissa, dari Malaysia, yang merupakan executive board IPSF.

Set lunch halal kami pada hari pertama

Poster yang dihasilkan bersama-sama peserta dari Korea

Malam itu, seawal jam 6 petang, kami memulakan langkah ke GIS NTU Convention Center untuk program Auction Night. Pada malam itu, pihak penganjur menjalankan proses melelong barang2 yang disumbangkan oleh para peserta bagi mengisi tabung IPSF untuk menampung perbelanjaan ahli IPSF yang kurang berkemampuan. Memang keadaan pada malam itu meriah dengan para peserta berlumba2 membida barang yang diingini. Pembida paling tinggi pada malam itu jatuh kepada salah seorang executive board IPSF dengan bidaan €105 untuk barang yang khas dibawa dari perancis. Cuma pada malam itu, makan malam kami sedikit mendukacitakan kerana tiada makanan berlabel 'halal'. Rata2 yang dihidangkan adalah sushi, cookies dll. Dengan rasa yakin kami hanya mengambil makanan yang betul2 disahkan vegetarian. 

Apip mengelolakan proses lelongan barang

Takayuki antara yang cuba membida


Esoknya, kami meneruskan lagi program dengan Parallel Symposium pada awal pagi. Ada 4 tajuk seminar yang berbeza yang setiap peserta dikehendaki memilih satu kerana berlangsung serentak. Aku memilih seminar yang bertajuk "Drug-drug, Drug-herb & Drug-food Interactions". Entah kenapa, dalam banyak-banyak tajuk, tajuk tu yang aku pilih. Kalau ikutkan fatt, pelajar Malaysia sepatutnya memilih seminar bertajuk "Drug Relief System" kerana sistem ni masih belum diaplikasi di Malaysia.


Pada sebelah petang, kami dikehendaki berkumpul dalam bilik mengikut kumpulan2 Field Trip & NGO Visiting yang telah kami pilih sewaktu mengisi borang. Aku, nasrin, elina dan fatimah memilih untuk melawat Hospital Bandar Taipei. Walau bagaimanapun, disebabkan hospital tersebut mempunyai banyak cawangan untuk kapakaran yang berbeza, kami mendapat peluang untuk melawat Chinese Medicine Branch. Pengalaman ini merupakan sesuatu yang baru dalam hidup aku kerana di Malaysia, agak sukar menemui hospital yang mengkhususkan pendispensan ubat-ubatan alternatif seperti herba. Di cawangan hospital ini, aku dapat melihat sendiri bagaimana ubat herba dihasilkan bersama2 proses R&D serta bungkusan siap yang akan didispens kepada para pesakit.

Bergambar kenangan bersama pegawai farmasi dan peserta yang lain

Di bilik mesyuarat, Taipei City Hospital

Suasana dalam farmasi

Antara crude herbal product yang disimpan dalam stor

Malam hari kedua tersebut, aku mula berdebar. Mana taknya, malam tu aku dan yang lain2 kena membuat persembahan kebudayaan mewakili negara masing2 untuk Global Village Night. Ini pertama kali dalam hidup aku terpaksa mengajar dikir barat. Dah la aku orang perak, mana la tau kesenian dikir tu sendiri. Jadi, apa lagi.. Demi menolong si Elina untuk persembahan dikir barat ni, aku pun hentam la gaya apa2 pun.. Bak kata Lam, kait wau, dayung sampan, ceduk.. Kait wau, dayung sampan, ceduk.. haha. 


Untuk persembahan dari Malaysia pada malam itu, kami mempersembahkan dikir barat, tarian pelita, tarian kipas dan koir bagi mempamerkan budaya Malaysia yang berbilang kaum. Korean dengan K-pop mereka, indonesian dengan tarian seni yang pelbagai mengikut wilayah mereka, thailand dengan tarian dan demonstrasi Muay thai mereka dan japanese dengan tarian 'comel' mereka sebagai penutup tirai program malam tu di samping mempromosi APPS Japan pada tahun depan. Ada juga persembahan ringan dan funny daripada executive board IPSF & APRO dan Chairperson IPSF, Eric So. 


Persembahan peserta Jepun

Dikir Ulik Mayang dari Malaysia

Koir 'Rasa Sayang Hey'

Peserta Jepun dalam mempromosi APPS Japan 2013

Bergambar bersama peserta Jepun, Indonesia & Korea

Bersama peserta Korea yang mengenakan pakaian tradisi mereka

Nasrin bersama Issei, Yama & Go

Selepas tamat Global Village Night dalam pukul 9.15 malam, kami pulang ke hotel. Memandangkan masih lagi awal, aku dan yang lain merancang untuk jalan2 ke night market. Akhirnya, kami memilih untuk ke Raohe Night Market dengan menaiki teksi. Bercerita mengenai teksi, ini adalah pengalaman pertama aku menaiki teksi di negara orang. Apa yang menarik, di taiwan teksinya merupakan kereta-kereta mewah. Cakap sahaja kereta apa, Toyota Camry, Mazda, Corolla Altis, Toyota Vios dan berbagai lagi boleh dirasai. Itu belum lagi limousine sebagai teksi yang rakan2 lain dapat merasa perjalanan dari airport ke bandar Taipei. Tambangnya pula lebih kurang sama dengan Malaysia malah kadang2 lebih murah lagi. Tambang sehala kami ke Raohe Night Market dalam belas2 ringgit sahaja. Di Raohe, mood shopping kami terbantut memandangkan pasar tersebut lebih banyak menjual makanan daripada cenderahati. Dan yang lebih menyedihkan adalah makanan2 yang dijual kebanyakannya tidak halal.
Teksi2 beratur panjang menunggu penumpang

Di hadapan pintu gerbang Raohe Night Market

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...