Hari terakhir simposium diteruskan dengan sambungan Simposium 2 dan 3 pada sebelah pagi yang disampaikan oleh 4 orang penceramah jemputan, masih lagi bertempat di Taipei Medical University (TMU). Mereka adalah Assoc. Prof. Dr. Mohamed Azmi Hassali dari USM, Sui Yung Chan dari National University Singapore, Angela On dan Yea-Huei Kao Yang dari Taiwan. Pada sebelah petangnya pula, program diteruskan dengan pertandingan akhir Patient Counseling Event (PCE) dan Pharmacy Contest. Lebih kurang pukul 4.15 petang, kami dibenarkan pulang ke hotel untuk bersiap untuk Gala Night pada malam itu. Aku sempat mengambil peluang merakamkan gambar sekitar bangunan universiti ketika pertandingan berlangsung petang tersebut.
Tepat jam 6 petang, kami bertolak menaiki bas ke NTUH International Convention Centre untuk majlis Gala Night. Dewan yang agak grand tersebut disusun atur dengan kemas dengan menempatkan meja banquet yang kecil di tengah sambil dikelilingi meja buffet. Untuk makanan halal malam itu, caterer yang diberi kepercayaan untuk menyediakan makan malam kami adalah Aaleja Restaurant yang menyediakan masakan Pakistan. Memang sedap la. Kami juga disediakan dengan hidangan sushi dll. Walaupun makanan halal yang dihidangkan tak sebanyak makanan yang tak halal, tapi secara keseluruhannya aku memang berpuas hati. Tapi kadang2 geram jugak tengok orang bukan Islam menjamah pelbagai jenis kek. Tapi disebabkan kehalalannya diragui, terpaksa la lupakan niat untuk merasa.
Bersama salah seorang peserta dari Indonesia
Bergambar bersama Takayuki
Masakan pakistan yang disajikan memang menyelerakan
Pelbagai acara diadakan sepanjang Gala Night tersebut. Antaranya adalah cabutan bertuah, majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang semua pertandingan dan Prince & Princess of the Night. Terdapat 7 orang peserta yang memasuki pertandingan Prince & Princess of the Night kesemuanya. Si Nasrin pun salah seorangnya. Setiap peserta dikehendaki membuat persembahan selama 5-10 minit. Antara ramai2 tu, aku paling tertarik dengan peserta lelaki dari Indonesia ni yang menyanyikan secara live lagu 'If I Ain't Got You' dendangan Alicia Keys. Tengok dari rupa biasa2 je. Sekali bila nyanyi lagu Alicia Keys, pergh macam tak percaya lelaki boleh nyanyi lagu artis wanita. Dan memang seperti yang dijangka, dia dinobatkan sebagai Prince of the Night. Princess of the Night pula dirangkul oleh Devi K Suhardi, peserta Indonesia yang kini belajar di Monash University Sunway, Subang Jaya.
Para peserta Prince & Princess of the Night
Antara kenangan yang takkan aku lupakan adalah berjaya menang cabutan bertuah tempat ke-5. Walaupun hadiahnya hanya set glucometer beserta sekotak test strips, namun kalau nak beli, memang harga dia lebih RM100. Hadiah tempat ke-4 adalah berupa iPhone charger, tempat ke-3 dengan iPod Touch, tempat ke-2 dengan kamera digital dan tempat pertama dengan sebuah iPad2. Pemenang tempat pertama yang begitu bertuah tu jatuh kepada peserta wanita dari Indonesia yang kelihatan tergamam seakan tak percaya boleh menang hadiah semahal itu. Malam itu juga, kami dipersembahkan dengan persembahan orkestra daripada universiti tuan rumah dan pertunjukan ahli silap mata. Dari mulanya majlis sehinggalah berakhirnya program pada malam itu, semua orang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Gala Night tersebut diakhiri dengan tarian beramai2 di atas pentas berlatarbelakangkan lagu Taiwan, 'You are A Flower of Me'. Dan aku hanya memerhati dari jauh sahaja. Malam itu selepas pulang ke hotel, aku mula packing barang2 untuk pulang keesokannya.
Pemenang cabutan bertuah tempat ke-5!
Bersama Go
Bersama Tang Han Cheng!
Para peserta bergambar kenang-kenangan di penghujung majlis
Pada hari Isnin (9 Julai 2012), aku dan rakan2 UIA yang lain bertolak ke Taipei Main Station seawal jam 8.30 pagi dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Kami meninggalkan segala beg dan barang2 kami di tempat menyimpan barang di stesen tersebut untuk memulakan pengembaraan ke sekitar bandar Taipei untuk hari terakhir kami di Taiwan. Tempat pertama yang kami pergi adalah restoran halal Ai Jia Qingzhen di Zhongxiao Dunhua bagi merasai keenakan Beef Noodle yang sering digembar-gemburkan sebelum kami tiba di Taiwan. Rupa-rupanya restoran tu pernah didatangi oleh Farah AF bersama2 krew Rasa Halal Orient Astro Oasis untuk shooting. Tapi bagi aku beef noodle dia rasa biasa2 je. Mungkin sebab aku banyak bersembang ketika makan waktu tu, makanan tu jadi kurang sedap bila sejuk. Akhirnya aku tak makan mee dia kerana dah rasa full dan muak. Untuk pengetahuan, mee di kedai itu dibuat sendiri dan bentuknya seakan2 kuetiaw.
Signboard Restoran Ai Jia
Ketika menikmati beef noodle
Plak dari krew penerbitan Rasa Halal Orient Astro Oasis
Selepas tu, dari stesen MRT Zhonxiao Dunhua, kami bertolak ke stesen Ximen untuk merasai suasana membeli-belah di Ximending. Setelah aku menjejakkan kaki ke sana, boleh aku katakan suasananya adalah seperti di Bukit Bintang. Tapi aku hanya jalan2 je la. Nak beli, mahal betul harganya. Akhirnya, windows shopping je la aku waktu tu. Di situ, aku, Elina, Timi & Nasrin terpisah daripada Atiqah, Fatt dan Sarah. Lepas tu memang trip kami terpisah kepada 2 kumpulan. Kumpulan Atiqah mengambil keputusan untuk melawat Danshui District dengan menaiki MRT Tamsui Line. Tempat tersebut terletak di stesen terakhir MRT tersebut iaitu 40 minit dari Main Station. Kumpulan kami pula mengambil keputusan untuk melawat Lin Family Garden yang terletak di Fuzhong. Kami hanya perlu menaiki MRT Bannan Line yang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dari Main Station.
Di Ximending
Di Fuzhong
Di pintu masuk Lin Family Garden
Sejak di Malaysia lagi aku memang teringin nak ke Family Garden ni. Tempatnya indah dengan taman dan kolam mengelilingi rumah yang masih mengekalkan seni bina masyarakat Cina yang lama menjadikan tempat tersebut sesuai untuk para pelawat mengambil gambar. Sebenarnya kawasan ni merupakan tempat kediaman keluarga Lin, atau nama penuhnya keluarga Lin Ben Yuan yang dibina pada tahun 1847. Pada hari tersebut, memandangkan kami tiba agak lewat iaitu pada pukul 4 petang dan kawasan tersebut akan ditutup pada pukul 5 petang, jadi kami tak dapat explore keseluruhan tempat tersebut. Tambahan pula, aku dan yang lain mengambil kesempatan menunaikan solat jama' di perkarangan kawasan tersebut. Kedatangan kami ke tempat tersebut agak bertuah kerana bayaran adalah percuma pada hari itu. Sebenarnya, sebelum kami tiba ke tempat tersebut, dalam perjalanan berjalan kaki dari stesen Fuzhong ke Family Garden, kami sempat singgah di kedai2 di tapak night market yang terdapat di situ. Aku dan yang lain sempat la membeli cenderahati seperti tas tangan, cincin bertatahkan batu jed (murah je) dan perhiasan tanah liat. Sesi membeli-belah menjadi lebih menarik kerana makcik2 yang menjual begitu open untuk kami tawar-menawar. Syukur aku sempat belajar sedikit bahasa mandarin dengan staf2 kedai farmasi tempat praktikal aku hari tu. Jadi dapat la aku sedikit sebanyak berkomunikasi ketika membeli walaupun penjual tak pandai berbahasa Inggeris.
Membeli-belah di pekan Fuzhong
Lebih kurang jam 6.30 petang, kami bertolak dari Main Station ke Taoyuan International Airport dengan menaiki bas. Kumpulan Atiqah tiba lewat sedikit disebabkan terlalu jauh berjalan di Danshui. Dengarnya ramai lagi peserta APPS yang lain ke Danshui. Danshui atau Tamsui District terletak di New Taipei City jauh ke utara Taiwan. Di situ terdapat beberapa tempat menarik seperti Tamsui Old Street, Fisherman's Wharf dan Fort San Domingo. Pendek kata, kawasan tersebut berhampiran dengan pantai dan kawasan perkampungan nelayan. Tapi aku tak menyesal kerana hari tu kaki aku dah melecet teruk dan agak lenguh untuk berjalan. Pukul 8.30 malam, kami check-in luggage dan melalui pemeriksaan imigresen sebelum menaiki pesawat AirAsia X pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 11.35 malam. Kerana terlalu penat, aku tidur je sepanjang perjalanan. Elina yang duduk di sebelah pun komen aku tidur lena sangat sampai tak perasan penumpang lain yang makan dan sebagainya. Lebih kurang jam 4 pagi, kami selamat tiba di LCCT Sepang dan kakak hadir untuk menjemput. Sesungguhnya ini adalah salah satu kenangan termanis yang pernah aku lalui! :)
Cenderahati daripada Go!
Wowo sampai 6 siri! boleh buat drama dah ni, x pun sinetron..
ReplyDelete