Sunday, July 22, 2012

Kembara di Bumi Taiwan (Part 4)



Hari ketiga simposium, kami dibawa melawat ke tempat2 menarik sekitar bandar Taipei.
Bermula dengan melawat National Palace Museum, diikuti dengan Taipei Pavilion Floral
Park, Chiang Kai Shek Memorial Hall dan berakhir dengan party 'Sky Lantern' di Pingxi.
Memang seharian kami di luar tanpa sebarang aktiviti indoor. Pada pagi tu, kami berkumpul
di lobi hotel mengikut kumpulan masing2 seperti yang ditentukan sewaktu pendaftaran.
Nombor 7 adalah nombor kumpulan bertuahku. Dalam kumpulan 7 jugalah aku berkenalan
dengan Sin Nah, pelajar Monash University, Sunway.

Ditakdirkan dalam kumpulan aku ada 4 korean dan 2 japanese. Salah seorangnya adalah
Go Terata. Uish, sejak Auction Night lagi dia dah menarik perhatian ramai orang sebab
menang salah satu bidaan. Kami menaiki bas pagi tu mengikut kumpulan. Kumpulan 7 dapat
satu bas sekali dengan kumpulan 8. Dalam bas tu aku berkesempatan duduk sebelah Go.
Banyak betul yang disembangkan. Bukan senang dapat berkenalan dengan orang jepun ni.
Yang peliknya, benda2 yang aku sendiri tak minat macam manga, drama2 jepun dan produk2
jepun pun boleh terkeluar dari mulut. Peserta2 jepun ni memang ramah. Aku juga sempat
berkenalan dengan Haruka Suzuki, Vice Chairperson untuk program APPS 2013 di Jepun
pada tahun depan. Kalau nak recall balik, suasana dalam bas tu dah macam kat pasar kerana
semua orang tak nak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan rakan berlainan negara.
Itu belum lagi macam2 bahasa yang digunakan bila bersembang dengan rakan sebangsa.
Memang riuh!


Pagi tu, aku begitu gembira kerana dapat melawat muzium yang menempatkan khazanah2
sejarah dinasti China sejak berkurun2 lamanya. Memang aku excited sebab bila masuk je
muzium tu, terbayang drama2 TVB dari Hong Kong yang pernah aku tonton di TV3 setiap
petang waktu zaman sekolah. Mula la aku terbayangkan drama2 yang berlatarbelakangkan
zaman Dinasti Song dll yang mana ada banyak adegan kungfu dan ahli sihir. Haha. Antara
khazanah2 yang disimpan di muzium tersebut termasuklah jed pelbagai bentuk dan warna,
tembikar, alat memburu dan barang2 hiasan dari zaman Dinasti Song, Dinasti Qing, Dinasti
Ming dan Dinasti Zhou. Muzium tersebut juga dikatakan antara yang terbesar di Asia. Lebih
kurang jam 11.30 pagi, kami keluar dari muzium tersebut untuk bergambar di hadapan
bangunan yang indah itu walaupun panas membahang selepas sempat membeli sedikit
cenderahati.




Bergambar di hadapan National Palace Museum

Waktu tengahari tu, kami bertolak ke Taipei Floral Park yang indah dipenuhi pokok bunga
berwarna-warni. Tempat ini baru sahaja dirasmikan dalam usaha untuk menarik para pelancong
dari dalam dan luar negara. Kami sempat lunch di taman tersebut yang disediakan oleh pihak
penganjur. Namun, tiada nasi yang disediakan melainkan satu set sushi dan tomaki yang
hanya mampu mengalas perut yang lapar. Bila ditanya kepada pelajar jepun mengenai rasa
sushi yang diberi itu, kata mereka rasanya biasa2 sahaja, tak seperti di negara mereka. selepas
lunch, kami diberi masa untuk bersiar2 di sekitar floral park untuk bergambar. Kalau nak
ikutkan hati, nak je duduk rehat di bawah pokok kerana cuaca terlalu panas. Tapi disebabkan
keinginan untuk tidak melepaskan peluang bergambar di tengah2 taman berlanskap menarik lebih
tinggi, panas pun panas la. Haha. Nasib baik sempat apply sunblock yang diberi oleh Atiqah.

Di dataran Taipei Floral Park

Di taman bunga
Keunikan salah satu gubahan pokok di Floral Park




Keindahan Pavilion

'Mengecas tenaga' di salah sebuah stesen

Bersama Go selepas selesai pengembaraan dalam Pavilion

Dalam pukul 2.30 petang, kami berkumpul di luar Pavilion sebelum dibenarkan masuk ke
dalam mengikut kumpulan. Pavilion adalah sebuah tempat yang menggunakan teknologi tinggi
untuk membuatkan pengunjung merasai suasana keindahan alam semula jadi. Setiap daripada
kami diberikan tas tangan berbentuk seperti jam yang mana pada stesen2 tertentu kami
dikehendaki mengecas atau memberikan kesuburan bunga khas untuk setiap dari kami.
Memang ini adalah suatu pengalaman baru buat aku. Keseluruhannya, memang tak sama
kalau nak dibandingkan dengan Petrosains.

Lebih kurang jam 4 petang, kami bertolak ke Chiang Kai Shek Memorial Hall yang
begitu luas dengan bangunan yang begitu besar. Pada aku, tak lengkap rombongan
pelancong luar ke Taiwan kalau tak melawat tempat ni untuk bergambar. Melihat
kepada pintu gerbang sahaja sudah cukup besar. Disebabkan bas kumpulan kami
tiba agak lambat, aku terlepas peluang untuk memasuki Memorial Hall. Dengarnya
ada pertunjukan perbarisan dari pasukan keselamatan. Dah hampir lewat petang,
badan pun dah terasa penat.

Berlatarbelakangkan Memorial Hall

Bersama pelajar2 dari Malaysia yang lain

Pintu gerbang yang tersergam indah dari jauh


Di hadapan salah sebuah tokong bersebelahan Memorial Hall

Bergambar kenang-kenangan bersama ahli kumpulan 7 & 8

Malam tu, aku ingatkan kami dibenarkan pulang ke bilik. Rupa-rupanya, ada 'party'
di Pingxi. Aku tak berapa jelas di manakah kedudukan Pingxi tu sebenarnya memandangkan
aku tertidur kepenatan sepanjang perjalanan dari Chiang Kai Shek Memorial Hall ke Pingxi
yang mengambil masa lebih dari sejam. Langit pun dah gelap apabila kami tiba di sana.
Melihatkan kawasan sekeliling, aku andaikan yang Pingxi berada jauh dari bandar
Taipei kerana kami dikelilingi bukit-bukau. Setelah lama berteka-teki, akhirnya baru
aku tau yang kami di Pingxi untuk merasai pengalaman melepaskan sky lantern ke udara.
Di Malaysia, aku takde pulak nampak aktiviti seperti ini dalam kalangan orang Cina.
Jadi, ini juga merupakan pengalaman baru bagi aku yang patut dirasai oleh setiap
pelancong yang melancong ke Taiwan.

Sky lantern kami!

RC melepaskan sky lantern terbesar mewakili komiti APPS 2012 Taiwan

Bersama Ian Praditya, Pengerusi Pelajar Farmasi Universitas Gadjah Mada

Sky lantern di udara

Sebelum melepaskan sky lantern, kami diminta menulis hajat dan impian di atas kertas
lantern tersebut. Mungkin ini adalah kepercayaan masyarakat Taiwan dalam merealisasikan
 impian mereka. Sebenarnya, upacara melepaskan sky lantern ni sekejap sahaja. Yang
lamanya adalah aktiviti sebelum tu. Tapi aku tak berapa berminat untuk menceritakannya
kerana aktiviti 'sosial' seperti tu tak patut berlaku dalam kalangan Muslim. Selepas tamat
program seharian Explore Taiwan tu, kami pulang ke hotel dalam keadaan yang penat.
Tapi, kepenatan kami sedikit terubat apabila pihak penganjur mengagihkan satu mangkuk
besar taufu fa ketika di lobi. Sampai sahaja di bilik, aku simpan taufu fa tu dalam peti
ais untuk dimakan esoknya. Perghh, memang puas hati bila makan!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...