Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri.
Petang tu kami berarak ke dari TMU ke Chianti Road Plaza yang terletak berhampiran dengan Menara Taipei 101. Tugas kami pada petang tu adalah untuk berkempen kepada orang awam untuk mempromosi da menimbulkan kesedaran mengenai tugas pegawai farmasi. Jadi, misi kami pada petang itu adalah untuk mendapatkan tandatangan orang awam selepas mereka diterangkan tentang peri pentingnya pegawai farmasi dalam memastikan ubat-ubatan yang diambil adalah selamat. Apa yang menarik adalah kami semua diajar untuk melaungkan "Yun yau wen yau shi" (rasa2nya macam ni kot ejaan) kepada orang awam sebelum mereka menurunkan tandatangan. Selain daripada tugas kempen kami, memang di dataran tersebut berlangsung pelbagai program dan booth yang dianjurkan oleh Taipei Pharmacists Association dan RC APPS Taiwan untuk menarik minat orang ramai bagi mengetahui selok-belok tugas pegawai farmasi. Banyak aktiviti yang dijalankan. Sambutan orang ramai juga amat menggalakkan.
Berarak dari TMU ke Chianti Road Plaza
Bergambar sebelum berkempen
Ketika sesi berkempen
Go dan Asa bersama belon doraemon yang mereka lukis ^^
Setelah misi tercapai, lebih kurang jam empat petang, kami dibenarkan untuk ke mana2 sahaja memandangkan malam tersebut adalah free night. Jadi, aku dan rakan2 UIA yang lain (bersama2 Neneng Mustika Sari, peserta dari Indonesia) mengambil keputusan untuk mengorak langkah ke Menara Taipei 101. Memang sejak hari pertama lagi kami sudah berhajat untuk naik ke puncak menara tersebut. Dengan bayaran NT$450 (RM45), kami merasai pengalaman menaiki lif ke puncak dengan kelajuan 1.01 km seminit. Memang berulangkali la aku menelan air liur untuk melawan ketidakseimbangan tekanan di luar dan dalam telinga. :) Kami berada di atas menara Taipei 101 sehinggalah matahari terbenam. Peluang untuk mengambil gambar bandar Taipei ketika sunset tidak dilepaskan.
Malam itu, kami dinner di Subway dalam bangunan menara tersebut. Memang tiada rezeki, malam tu aku dan Nasrin hanya dapat menikmati roti berintikan lobster yang sedikit mahal berbanding roti tuna yang sempat dibeli oleh sister UIA yang lain sebelum habis. Aduh, dah la aku tak berapa pandai makan roti kat Subway tu, boleh pulak dia letak wasabi dalam inti lobster tu. Berair jugak la mata bila makan. Last2, tak habis jugak aku makan. Tapi sebelum dinner, aku sempat shopping jumper kat kedai ZARA. Wow, 1st time aku tau ada kedai nama macam tu. Kata sister yang lain, kat KL pun ada banyak cawangan ZARA tu. Aku hanya ikut diorang masuk untuk tengok2 je. Last2, aku pulak la yang sorang je beli. Memang tertarik dengan jumper yang ada hoody tu. Tengah ada diskaun. Kalau harga asal NT$1190 (RM120). Tapi hari tu harga dia jadi NT$690 (RM70). Walaupun nampak macam agak mahal, tapi lawa dan berjenama. Kat Malaysia dah puas aku cari yang plain tanpa corak tapi susah nak jumpa. Yang ada corak pulak harga dalam RM40-RM50 tapi takde jenama la. Kesimpulannya, aku memang puas hati dapat beli jumper tu! ^^
Lepas dinner kami meneruskan langkah ke Shilin Night Market dengan menaiki MRT Tamsui Line. Rupa2nya ramai juga peserta APPS yang jalan2 kat sana. Dah terlalu banyak terserempak dengan peserta dari Indonesia. Sebenarnya, kata orang Taiwan, Shilin Night Market merupakan pasar malam terbesar di Taiwan. Bila dah sampai sana, memang betul la apa yang kami dapat tahu. Harga barang pun lebih murah jika dibandingkan dengan Raohe Night Market. Kaki dah sampai tak larat nak melangkah. Rasa macam nak tercabut. Dah la pakai kemeja je dari pagi sampai malam. Tu la siapa suruh gatal pergi pakai kemeja waktu Regional Meeting tadi. Dah tak sempat balik untuk tukar baju. Tapi disebabkan rambang mata untuk membeli-belah dan misi untuk mencari souvenir masih belum tercapai, aku gagahkan juga la.
Kat Shilin Night Market, t-shirt 'I love Taiwan' adalah serendah NT$200 (RM20), tas tangan yang bermacam-macam bentuk pula boleh dapat serendah NT$100 (RM10). Tapi bila cuba mencari keychain, aduh susahnya nak jumpa. Akhirnya dapat juga la jumpa dengan satu-satunya kedai menjual keychain dalam sebesar2 pasar tu. Agaknya memang orang Taiwan tak suka beli keychain kot. Haha. Harga pun tak semurah di Malaysia. Tapi disebabkan aku sempat search dari internet tentang bagaimana untuk tawar-menawar di Taiwan, alhamdulillah berjaya walaupun orang tempatan tak berapa pandai berbahasa Inggeris. Siap aku tanya lagi, kalau dah beli banyak2 tu takde ke free gift. Haha last2 ada jugak dia bagi. Syukur. :)
Tapi antara yang aku tak boleh lupa adalah bila beli buah-buahan campuran. Harga untuk 40g adalah NT$100. Memang mula2 terasa mahal. Tapi bila beli, memang puas hati. Aku beli buah jambu madu dan mangga yang dipotong besar. Lepas timbang dan bayar, dia siap tambah lagi beberapa potong tembikai for free! Ada jugak buah-buahan yang dia potong kecik-kecik untuk dirasa percuma. Sempat rasa buah peach yang segar. Boleh dikatakan buah-buahan diorang besar2 saiznya. Kata Elina, sebelum tu ada lagi buah peach yang dia jumpa lagi besar saiznya! Balik tu aku simpan buah2 tu dalam peti ais kat bilik untuk dimakan esoknya.
Jumpa lagi dalam entri akan datang. ^^ Selamat berpuasa dan salam Ramadan!
Di hadapan pintu masuk Menara Taipei 101
Lif bergerak dengan kelajuan 1.01km dalam masa seminit!
Bergambar di puncak menara
Go pun ada!
Pemandangan bandar Taipei pada waktu senja
Butik Zara di kompleks membeli-belah Taipei 101
Kat Shilin Night Market, t-shirt 'I love Taiwan' adalah serendah NT$200 (RM20), tas tangan yang bermacam-macam bentuk pula boleh dapat serendah NT$100 (RM10). Tapi bila cuba mencari keychain, aduh susahnya nak jumpa. Akhirnya dapat juga la jumpa dengan satu-satunya kedai menjual keychain dalam sebesar2 pasar tu. Agaknya memang orang Taiwan tak suka beli keychain kot. Haha. Harga pun tak semurah di Malaysia. Tapi disebabkan aku sempat search dari internet tentang bagaimana untuk tawar-menawar di Taiwan, alhamdulillah berjaya walaupun orang tempatan tak berapa pandai berbahasa Inggeris. Siap aku tanya lagi, kalau dah beli banyak2 tu takde ke free gift. Haha last2 ada jugak dia bagi. Syukur. :)
Di hadapan bangunan Shilin Market
Tapi antara yang aku tak boleh lupa adalah bila beli buah-buahan campuran. Harga untuk 40g adalah NT$100. Memang mula2 terasa mahal. Tapi bila beli, memang puas hati. Aku beli buah jambu madu dan mangga yang dipotong besar. Lepas timbang dan bayar, dia siap tambah lagi beberapa potong tembikai for free! Ada jugak buah-buahan yang dia potong kecik-kecik untuk dirasa percuma. Sempat rasa buah peach yang segar. Boleh dikatakan buah-buahan diorang besar2 saiznya. Kata Elina, sebelum tu ada lagi buah peach yang dia jumpa lagi besar saiznya! Balik tu aku simpan buah2 tu dalam peti ais kat bilik untuk dimakan esoknya.
jumper tu mnde?
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5398] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.