Saturday, July 24, 2010

Bahaya Leptospirosis

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan berita seorang remaja perempuan yang lumpuh separuh badan ke bawah akibat jangkitan kuman daripada air kencing tikus, beberapa hari yang lepas kita dikejutkan sekali lagi dengan berita kematian 6 orang penduduk kampung dalam tempoh seminggu selepas operasi menyelamatkan seorang mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang akibat jangkitan yang sama. Kejadian ini menyebabkan Hutan Lipur Lubuk Yu diarahkan ditutup pada 10 Julai yang lepas sehingga kerja-kerja pembersihan dijalankan dan sungai tersebut disahkan selamat kepada orang ramai. Bakteria spirochete, Leptospira spp., yang disahkan penyebab kematian 6 orang penduduk kampung tersebut berpunca daripada air kencing haiwan pembawa seperti tikus, anjing, arnab dll. Kejadian tersebut mungkin berlaku disebabkan air sungai di hutan lipur tersebut dicemari najis dari haiwan-haiwan pembawa tersebut.

Usaha pembersihan Pusat Rekreasi Lubuk Yu bermula

Fakta mengenai bacteria Leptospira spp. dan jangkitan leptospirosis:

  1. Orang ramai mudah dijangkiti penyakit ini menerusi pendedahan terhadap air, makanan dan tanah yang dicemari air kencing haiwan tersebut sama ada melalui sentuhan atau makan makanan yang tercemar. Bakteria ini boleh berpindah dari seseorang individu dengan individu yang lain dan perenang dan peluncur adalah golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan ini.
  2. Antara simptom-simptom penyakit ini adalah demam, sakit kepala yang teruk, sakit sendi, muntah, sakit perut dan cirit-birit.
  3. Komplikasi jangkitan ini termasuklah meningitis, hilang pendengaran dan kegagalan buah pinggang dan hati.
  4. Rawatan yang perlu dijalankan ke atas pesakit adalah dengan memberikan antibiotik seperti cefotaxime, ampicillin dan amoxicillin kepada pesakit. Deoxycycline boleh digunakan sebagai langkah pencegahan. Setakat ini, tiada vaksin untuk orang ramai bagi penyakit ini.

Leptospirosis spp.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan baru-baru ini bahawa 10 daripada 19 mangsa yang terbabit dalam operasi menyelamat mangsa lemas di hutan lipur tersebut dijangkiti wabak Melioidosis selain Leptospirosis. Meliodosis disebabkan jangkitan bacteria gram-negatif Burkholderia pseudomallei yang sedikit berbeza daripada bacteria leptospira. Ia dijumpai di permukaan air dan di dalam tanah. Antara simptom-simptom jangkitan ini adalah demam, sakit dada yang berkemungkinan kerana penyakit pneumonia dan osteomyelitis (sakit tulang dan sendi). Penyakit ini boleh dirawat dengan Intravenous Ceftazidime.

Burkholderia pseudomallei

Berdasarkan kejadian yang berlaku, kita perlu sedar bahawa kebersihan itu penting dari segala sudut termasuklah makanan dan minuman, tempat tinggal dan persekitaran kita. Sikap berdegil anak-anak untuk mandi sungai bersama rakan-rakan tanpa pengetahuan ibu bapa boleh mengundang musibah. Walau apa jua keadaan sekali pun, kematian adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah dan kita yang masih hidup perlu mengambil pedoman terhadap apa yang terjadi.

3 comments:

  1. tq for the info.. SIHAT SELALU blog kesihatan yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. thanks for the info.ade jugak kwn meninggal sebab leptospirosis ni.disebabkn doc lmbt diagnose disease ni coz confuse ngan simptom yg similar dgn meningitis, so arwah x dpt dislmtkn.bgs la ramai dah tau bahayenye penyakit nih.every1 should beware dgn simptom2 penyakit ni.thanks ridzuan.

    ReplyDelete
  3. to ayeena.. thanx. ape sahaja info yang boleh dikongsi, aku akan cuba post kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...