Tuesday, July 27, 2010

Tahukah anda

The Vatican City adalah negara yang terkecil di dunia dengan keluasan 0.16 batu persegi.

Memakai headphone untuk tempoh sejam sudah memadai untuk meningkatkan jumlah bakteria di dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.


Udara boleh menjadi cecair pada suhu -190 darjah Celsius.

Bumi sebenarnya bukanlah berbentuk sfera yang bulat, tetapi ia sebenarnya berbentuk seperti buah pear dengan jejari ke kutub utara adalah 44mm lebih panjang dari jejari ke kutub selatan.



Bola keranjang dan bola ragbi diperbuat daripada bahan sintetik. Pada awalnya, bola ragbi diperbuat daripada pundi khinzir.

Mata kita mempunyai saiz yang tidak pernah berubah sejak dari waktu lahir lagi.

Mulut manusia menghasilkan 1 liter air liur setiap hari. (2/3 daripada botol mineral water yang besar!)

Secara purata, setiap orang mengelipkan matanya sebanyak 15 000 kali sehari dan wanita mengelipkan mata mereka 2 kali ganda daripada lelaki.

Kuku jari tangan memanjang 4 kali ganda lebih cepat daripada kuku jari kaki. Selain itu, kuku jari hantu adalah yang paling cepat memanjang.

Tembok Besar China bukanlah satu-satunya ciptaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa. Banyak lagi ciptaan manusia yang dapat dilihat dari angkasa seperti Dutch polder di Belanda.


Sekiranya air di dalam badan anda berkurang sebanyak 1%, ia sudah memadai untuk menyebabkan dahaga.

Golf merupakan satu-satunya sukan yang boleh dimainkan di bulan. Pada 6 Februari 1971, Alan Shepad telah membuat pukulan yang pertama.

Gurun Sahara meluas sebanyak 1 km sebulan.

Sebanyak 55% daripada orang ramai dikatakan menguap dalam masa 5 minit setelah melihat orang lain menguap.

Sumber: didyouknow

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...