Tuesday, June 29, 2010

Mengimbau..


Lebih kurang setahun yang lepas, aku berada dalam kesibukan mendaftarkan diri di UIA. Tapi bukan UIA Kuantan – tempat aku belajar, sebaliknya UIA Gombak. Memang menjadi tanda tanya kepada kami (budak2 direct intake) ketika itu kenapa perlu mendaftar di kampus induk. Dah la mendaftar 2 minggu lebih awal sebelum kelas bermula, waktu mendaftar pun digabungkan dengan pelajar international. Ada yang dari Thailand, Indonesia, Singapura, negara-negara timur tengah dan ada juga yang dari benua Afrika. Minggu pertama Taaruf Week memang tak ada banyak aktiviti sangat. Nasib baik la ada Fawwaz. Tak de la aku bosan sangat. Tapi memang kesian sangat la dia. Kitorang terpaksa menyeberangi dua batang sungai sebelum sampai ke tempat aktiviti (Cultural Activity Centre, Main Auditorium etc.). Penat jugak la kitorang. Kadang2 dia sampai surrender sebab tak nak ikut aku pergi ke sesuatu venue contohnya CELPAD untuk sesuatu urusan sebab tak larat berjalan kaki.

Minggu pertama kitorang kena jalani ujian Tilawah, ujian Bahasa Arab, ujian Fardu Ain dll. Beberapa hari selepas ujian dah boleh tengok result secara online. Minggu kedua, baru la kena jalani real Taaruf Week yang berlangsung selama 3 hari bersama-sama pelajar ex-CFS. Ada juga tak puas hati sebab kena attend talk yang hanya untuk pelajar di Gombak je. Contohnya taklimat untuk PALAPES dan SUKSIS.


Setelah selesai semuanya, kitorang yang akan belajar di kampus Kuantan ni pun berangkat la pada hari Jumaatnya ke Kuantan menaiki bas UIA yang disediakan. Waktu tu aku tak berapa kenal pun lagi dengan Amirudin, Syahmi, Fathu dan yang lain2. Sampai2 je kitorang pergi la melawat bangunan Kulliyyah Farmasi yang baru tu dulu sebelum berangkat ke asrama. Terkejut jugak bila tau yang asrama lelaki di luar kampus (bangunan kedai). Lepas tu, bermula la episod sebagai pelajar farmasi di kampus Kuantan ni. Aku mula berkenalan dengan rakan sekelas yang lain. Alkisahnya..

Sekarang ni dah nak masuk tahun kedua dah pun. Dah faham sikit dengan selok-belok UIA ni. Dah ‘clear’ sangat dengan cara belajar orang Melayu kita. Penangan SUBSIDI dan KESELESAAN. Dah faham kenapa pelajar perempuan begitu struggle dan ada yang begitu cemerlang. Dah jelas yang pelajar bertudung labuh bukan semuanya berhati lembut. Dah masak dengan permainan ‘menguasai’ orang lain untuk kepentingan sendiri. Semuanya dah nyata kini.

Wednesday, June 16, 2010

Diam itu emas?

Betul ke? Diam itu emas, bicara itu perak. Sekian lama memikirkannya, kini aku mengakuinya. Sebab apa? Haa.. Tengok ni. Dalam Islam pun ada menyentuh yang banyak bercakap, banyak silapnya dan banyak silap nerakalah tempatnya. Tapi bukan untuk percakapan yang baik-baik. Kalam yang terbaik adalah yang sedikit tapi padat dan bermanfaat. Lidah memang tak bertulang. Kita pernah dengar kan perumpamaan lidah lebih tajam dari mata pedang? Sebab itulah kena jaga percakapan. Kalau tak perlu, tak payah bercakap. Diam sahaja. Buat apa kalau banyak bercakap tapi menyakitkan hati orang dengan mengata, mengutuk dan yang sebagainya?


Ramai orang mungkin menganggap yang orang yang pendiam ni, serba-serbi tak boleh harap dan tak tahu. Memang betul orang jenis ini tak begitu ramah, tapi kita tak tahu personaliti dia yang sebenar. Mungkin dia ada kelebihan lain selain petah berkata-kata. Orang juga mungkin menganggap yang pendiam ni sombong dan serius memanjang. Kalau anda tak berapa kenal dan bertegur sapa dengan baik, takkan la orang jenis ini nak beria-ia ramah tak tentu hala. Jadi jangan menilai orang dengan pandangan pertama dan seketika.

Kadang-kadang orang yang banyak bercakap ni yang sering memperlihatkan kebodohannya dengan jelas dan nyata. Dia memang pandai dalam mempengaruhi orang. Pendek kata, sesuailah untuk jadi marketing people dan ejen insuran. Tapi bila dah selalu bercakap ikut sedap mulut dan tanpa berfikir dahulu, itu yang senang tersilap cakap, terguris hati orang sekeliling. Orang yang pendiam mungkin berfikir dahulu sebelum berkata. Kadangkala juga, orang macam ni boleh jadi ‘lalang’. Hari ni cakap lain, esok lusa bila tukar fikiran (dipengaruhi orang lain), mula cakap lain. Ada yang tak minta maaf pun.

Kesimpulannya, tak kira la pendiam ke, peramah ke, yang penting bila bercakap tu memberi manfaat pada diri dan orang lain. Mengutuk pun ada keharusannya dalam Islam dalam keadaan-keadaan tertentu. Dan yang paling bagus kalau kita dapat membasahkan lidah kita dengan zikrullah. Yang penting, BUAT JANGAN TAK BUAT! –seperti tajuk buku motivasi terbaru dari Dr. Tuah Iskandar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...