Sunday, December 25, 2011

Life' Brief Candle


To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,
Creeps in this petty pace from day to day
To the last syllable of recorded time,
And all our yesterdays have lighted fools
The way to dusty death. Out, out, brief candle!
Life's but a walking shadow, a poor player
That struts and frets his hour upon the stage
And then is heard no more: it is a tale
Told by an idiot, full of sound and fury,
Signifying nothing.


-William Shakespeare-


About this poem:
The theme of the poem is despair, whereby Macbeth expresses despair over the death of his wife, Lady Macbeth, who committed suicide. This was a result of the guilt she felt after asking her husband to kill the king. At this terrible moment in his life, he describes life as unpredictable, meaningless and uncertain as a brief candle.

Friday, December 23, 2011

Cool sangat ke blackberry?

Salam 'alaik.

Ok, final exam seminggu dari sekarang dan pagi ni aku tertarik pulak nak update entri baru kat blog ni. Kepada rakan-rakanku, semoga berjaya. Aku perasan keputusan kuiz2 aku semester ni agak menurun. Tapi aku tau yang ia bukan kerana aku tak study, tapi memang subjek sem ni agak susah bagi aku. Bagi orang lain, mungkin itu subjek2 favourite mereka. Sebab tu boleh score tinggi melampau. Apa2 pun aku bersyukur dan cuba usaha lagi untuk mempertingkatkan prestasi.

Mungkin ramai tertanya2 dan mempersoalkan mengenai tajuk entri ni. "Ridzuan ni nak menunjuk-nunjuk ke yang dia ada blackberry?". Bukan itu yang aku nak bawakan di sini. Cuma ingin berkongsi keistimewaan telefon pintar (orang panggil smartphone) yang mengandungi banyak applikasi yang membantu dalam kehidupan seharian. Ramai orang hari ni set iPhone, iPad, Galaxy Tab, Galaxy SII dan sebagainya dalam wishlist diorang. Tapi kenapa aku dalam kumpulan minoriti yang berminat dengan Blackberry ni (kalangan pelajar je)? Kakak aku pernah cakap "Blackberry ni orang yang kerja je berminat nak beli, iPhone (smartphone touchscreen semua tu) orang beli sebab nak main game dan sebagainya.

Tak kisah la tentang semua tu. Itu kehendak masing2. Ada duit simpanan lebih, beli la handphone yang diidam2kan. Sebenarnya aku beli smartphone ni pun bukan sebab ada dalam wishlist, tapi sebab kakak aku yang kerja kat menara celcom ni offer yang supervisor dia nak jual Blackberry 9300 3G original dari Celcom dengan harga RM588. Waktu tu dalam pertengahan tahun ni. Harga pasaran waktu dalam Rm900 ke atas. Aku pun tanpa banyak soal terus grab peluang tu. Walaupun duit tu sebenarnya nak simpan untuk buat lesen kereta. Akhirnya end up with sampai sekarang takde lesen kereta. Haha.

Dia jugak cakap tak guna ada smartphone kalau takde internet. Umpama tak bernyawa. Kalau tak nak guna internet, baik pakai handphone biasa2 je. Lepas memikir dua tiga kali, aku pun buat la keputusan untuk set up blackberry internet dari celcom. Tujuan asal untuk sentiasa boleh tengok update facebook & twitter. itu pun kalau nak ym, bbm dan emel pun boleh. So, waktu tu aku guna plan daily social plan RM1/day. maksudnya dalam sebulan aku kena spend RM30 untuk internet blackberry sahaja. Agak terbeban la di situ. Tapi sebab gila nak guna twitter punya pasal, ku turutkan jua.

Blackberry Curve 9300 3G

Tapi sekarang dah beralih arah ke pelan monthly internet untuk semua kegunaan. Rm25/month. Sekarang ni boleh guna semua aplikasi yang menggunakan internet seperti Browsing, Dictionary, BB Map (sekali GPS), dll. Sebenarnya apa yang aku nak cerita kat entri adalah keistimewaan BB berbanding smartphone yang lain.

Pertama, bb ada BBM (blackberry messenger) yang boleh menghubungkan pengguna2 bb. Cuma dapatkan bb pin dari orang lain. Lebih kurang macam ym la. Cuma dia separuh hp. Tak faham? Maksudnya, kalau ym kena sign in and sign out, bbm tak. Dia macam telefon sebab orang sentiasa terima mesej dari orang lain tapi free (kalau ada internet la). Tulis la banyak mana pun, takkan kena extra charge. Aplikasi ni sama je macam Whatsapp. Tapi Whatsapp serius lembap! Ambik masa berjam2 nak sampaikan mesej. Walau apa pun, aku kadang2 guna jugak la Whatsapp untuk berhubung dengan kawan yang belajar kat OZ yang pakai iPhone.

Selain tu, BB ada aplikasi emel yang laju. Memang laju. Up to date. Mungkin smartphone lain ada je. Tapi inilah antara sebab kenapa orang yang bekerja nak beli BB. Sentiasa dapat notification kalau ada emel baru. Memang sangat membantu orang2 yang banyak urusan yang menggunakan emel. Aku akui benda ni banyak membantu aku. Contohnya sebelum ni aku kena handle public relation unit untuk visit ke australia. Kalau ada emel dari wakil sesebuah universiti kat australia yang reply emel aku, walaupun rumah aku kat perak takde internet, aku still boleh tau. "Dr. Uttam dah reply slides seminar dd group kita!". "Eh cik Mud dah reply emel aku la!" haha. Sori Mahmud.

Kadang2 tu sebab emel selalu dapat notification dari facebook aku, selalu aku tau apa yang orang tulis kat fb (lagi2 update kat group Rx8) walaupun aku tengah tidur. "Eh, kelas petang ni cancel la! Masturah yang tulis kat fb". Walaupun si mamat class rep ni pun tidur jugak. Haha. Sori rezuan ahmad. Selain daripada tu, kalau aku malas nak buka laptop, aku ym je dgn kawan2 melalui BB aku. Kadang2 tu tengah meeting pun boleh ym (kalau dah bosan sangat). haha. Lebih cepat dan jimat untuk berhubung. Tak de la kena bawak laptop yang berat tu ke mana2.

Banyak lagi la kalau nak tulis kat sini. Antara yag paling penting ialah rangkaian BBM connection dia, tak ada siapa boleh menceroboh masuk (termasuk la agensi kerajaan atau perisikan) kecuali mempunyai serial code yang hanya pengeluar blackberry (negara kanada) je yang tahu. Negara Arab Saudi sebelum ni pernah mengharamkan penggunaan blackberry sebab kerajaan dia tak boleh nak menyiasat kes jenayah yang menggunakan BBM sebagai perantara (Alqarni la yang cakap).

Tapi aku tau ramai tak nak beli BB sebab banyak benda tak best. Aku pun akui jugak. Antaranya; tak ada game angry birds (haha), skrin dia kecil je kalau nak banding dgn hp touchscreen (tapi aku rasa ok je), tak ada aplikasi radio, senang jammed (macam laptop yang dah berat dgn folder n movies) - so kena sentiasa reboot (restart), kamera 2 mp je (model aku la, model yang mahal besar sikit mp dia), tak ada aplikasi macromedex (tapi medscape ada) dan lain2. Semua aplikasi boleh didapati di Blackberry App World (ada free dan ada yang kena bayar).

Walau apa pun jua alasan, setiap orang tahu keputusan dan keinginan masing2. Aku masih lagi sayang dengan smartphone aku ni. Tak terfikir nak rasa pakai smartphone yang lain. Cuma kalau ada duit lebih masa depan, aku nak try la pakai BB model advanced sikit (Bold 9900 ke). Haha. Gambar pun lagi lawa. Apa2 pun, aku bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang pernah kata "setakat hp je smart tapi orangnya tak smart buat apa?" Nah, sekarang tunjukkan yang pengguna dia pun smart jugak la. Bukan setakat nak main game je. :)

Ma'as salamah. Bittaufiq wannajah fil imtihan.

Friday, December 16, 2011

Mission Impossible 4 selepas debaran AGM IPhA


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Annual Grand Meeting IPhA 2011 dah pun berlangsung semalam. Debaran yang meniup kencang dah pun reda. Lega sangat! Tentang dapat makan free tu, itu dah semestinya aku happy. Yang paling best sekali, keputusan yang memihak kepada aidil untuk jawatan presiden lagi membuatkan aku tenteram dan tidur lena. Bukan apa, banyak benda yang nak difikirkan bila dilantik jadi presiden. Aku bertanding pun atas tiket nak selamatkan nama baik Rx8. Daripada 5 calon dengan undian tertinggi, 3 daripadanya xnak sign. Aku x boleh buat apa la sebab masing2 ada asalan sendiri.

Aku tau yang tugas presiden ipha bukan mudah. Satu tahun aku bersama br. Aizuddin sbg presiden ipha 2009/2010 cukup membuatkan aku 'masak' dengan tugas presiden. Lepas je kena lantik, kena adakan meeting transition (peralihan jawatan orang lama kepada orang baru), nak bincang almanac tahunan la dan sebagainya. Penat seh. Tapi itulah pengorbanan sebagai seorang presiden yang dilantik. Hanya Allah yang mampu membalas. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit (topup contohnya) memang amat menguji la.

Itu belum lagi menyediakan dasar untuk membina sahsiah ahli ipha ni ke tahap yang lebih baik. Orang akan menilai kita dari bawah. Mereka akan mengkritik segala tindak-tanduk kita. Aku xnak la hanya kerana satu jawatan, aku terpaksa berubah sikap secara drastik tanpa keikhlasan, semata-mata nak tutup pandangan negatif orang tentang aku. Itu macam hipokrit dah. Cuma perubahan tu yang paling penting. Nak menggerakkan ahli ipha untuk komited hadir ke program2 yang dianjurkan, bukan mudah. Perlukan keberanian, kesabaran dan keazaman yang tinggi.

Jadi aku rasa pemilihan aidil adalah yang terbaik. Ada sesetengah pihak yang membandingkan aku dengan aidil. Ada yang suka, ada yang tak suka cara kitorg. Tapi, biasa la tu. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sesetengah orang memang terdidik untuk menjadi pemimpin yang berkarisma, berani dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Aku mungkin baru merangkak2 lagi kot. Haha.

Maaf kalau entri kali ni bahasanya agak informal sikit. Ada orang komen bahasa aku kat blog ni skema sangat, macam orang tulis berita je. Haha.


Ok, disebabkan aku gembira dengan keputusan ini, aku pun celebrate hari ni dengan menonton Mission Impossible 4: Ghost Protocol petang tadi di Megamall bersama Mad n Muyo. Cerita ni baru keluar kat panggung wayang semalam. Kalau hari tu aku puas hati menonton Ombak Rindu yang kini telah mencecah kutipan RM12 juta (tinggi tu!), hari ni sekali lagi aku puas hati dengan sekuel MI ni. Naik meremang bulu roma dengan kesan bunyi dalam panggung tadi (letupan dan sbgnya)!

Apa yang aku tertarik sangat untuk tonton cerita ni adalah kerana ada scene di menara tertinggi di dunia (Burj Khalifa) - lihat entri 10 Bangunan tertinggi di Dunia. Tom Cruise berlakon kat tingkat seratus lebih kot. Panjat2 kat cermin tingkap bilik. Kecut perut tengok. Aku yang tengok tingkat bawah dari tingkat lima bangunan KOP pun dah gayat habis. Tapi aksi2 stunt dan meletup sana sini serius best. Aku ni dah la x berapa minat tengok cerita english kat wayang. Tapi sekali aku tertarik nak tengok, maknanya best la cerita tu bagi aku. Nak tau jalan cerita dia camne, pakat2 la tengok. Memang berbaloi walaupun Tom Cruise tu dah agak tua (orang lain la kata).

Wednesday, December 14, 2011

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

-Robert Frost-

p/s: I still remember the time when my teacher asked her students to recite this poem, and I was 16 at that time. Now, this poem becomes the reality.

Wednesday, December 7, 2011

Diabetes Mellitus & Stress

Assalamualaikum.

Today is such a calm day for me without any classes except for the practical this evening. So, I take this opportunity to share with you guys about good medical information that relates with our daily routine. Actually, I look forward to writing this blog post as this is a part of my literature search that people out there should really know and get preventive steps (prophylaxis to be precise) before the prevalence of this disease gets increased from day to day.

Before that, just wanna inform you guys that my topic in this subject connects the idea between stress and diabetes mellitus. It’s not a surprise if most of us get aware how uncontrolled stress may lead to unhealthy lifestyle and diseases. But we usually relate it with hypertension. So how about diabetes? Is it true that stress can also cause diabetes? If that how? Let’s read these facts first.

  1. Stress increases the heart rate and release of catecholamines from adrenal glands.
  2. Stress may also release hormones including growth hormones, thyroid stimulating hormones and glucagon.
  3. Adrenaline (catecholamine) is found to reduce the sensitivity of glucose for insulin action and increase glycogen breakdown and fat mobilization.
  4. Adrenal steroids can increase gluconeogenesis in the liver (generation of glucose from non-carbohydrate carbon substrates).
  5. Cortisol released during stressful condition plays a major role in breakdown of carbohydrates, lipids and proteins to energy to the body.

I bet all medical students understand all the facts above. But for people out there, u need to know that stress may stimulate many biochemical reactions in our body that eventually lead to the increase in blood glucose level. In addition to the unhealthy lifestyle such as excessive intake of high calories diet and less exercise, this condition will worsen and individuals are prone to be diagnosed with type 2 diabetes mellitus in middle age (above 30 years).




So, what are you waiting for? Let’s change our habit to get away from emotional imbalance, ‘moody’ like feeling, uncontrolled tension due to surrounding (people around you especially), so on and so forth. I admit that previously I couldn’t tolerate with angry and stressful circumstances that make me sometimes become depressed. But lately, I struggled so hard to eliminate all those things and let people comment me in their hurting way as long as I know I’m not doing wrong. If there are people don’t like you, just ignore them as there are still many people care about you.

No stress, smile always! :) Ma’as salamah.

Tuesday, November 22, 2011

Legasi Rx Quiz


1st National Pharmacy Quiz 2009

2nd National Pharmacy Quiz 2010


3rd National Pharmacy Quiz 2011

3 tahun berturut-turut menyaksikan IIUM Pharmacy Students Society (IPhA) menganjurkan National Pharmacy Quiz yang merupakan acara tahunan melibatkan pelajar-pelajar fakulti farmasi dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Tahun depan bakal menyaksikan AIMST University menjadi tuan rumah untuk 4th National Pharmacy Quiz 2012 atas kelebihan menjadi juara pertandingan ini pada tahun yang lalu.

Pada tahun 2009, ketika julung-julung kalinya aku terlibat dengan program ini, aku ditugaskan menjadi emcee bahasa melayu bersama2 dengan huda zambry . Pengalaman tersebut banyak mengajar untuk menjadi orang yang lebih berkeyakinan apabila bersuara di hadapan orang ramai. Dan dengan pengalaman itulah aku ditugaskan untuk melatih yang baru bagi tahun kedua dan ketiga pertandingan apabila dilantik sebagai subcommittee untuk unit opening and closing ceremony. Tahun ni tugasan lebih mencabar kerana sama-sama berganding bahu dengan unit multimedia di control room untuk menguruskan susunan muzik latar, play video gimik dan penataan cahaya sepanjang program majlis berlangsung.

Tugasan sebagai pengerusi majlis banyak menitiberatkan soal kelantangan suara dengan intonasi yang menarik agar penonton tidak menjadi bosan dan tertunggu-tunggu. Latihan menyebut nama orang-orang penting berjawatan besar perlu sentiasa dilakukan agar tidak mudah tersasul ketika mengacarakan majlis.

Tahun ini, IIUM merampas semula gelaran juara selepas menjuarainya pada tahun pertama dan ketandusan pada tahun lepas. Piala Tariq yang sentiasa menjadi rebutan adalah piala berprestij yang menobatkan pelajar-pelajar yang berinformasi dalam bidang farmasi sebagai juara. Piala tersebut yang menjadi simbolik kepada program tahunan ini dinamakan sempena nama yang berbahagia dekan Kulliyyah Farmasi IIUM kini, Prof. Dato’ Dr. Tariq Abdul Razak.

Keputusan penuh 3rd National Pharmacy Quiz 2011:

  1. Johan – International Islamic University Malaysia (IIUM)
  2. Naib Johan – International Medical University (IMU)
  3. Tempat Ketiga – Asian Institute of Medical Science & Technology (AIMST) University
  4. Peserta terbaik – Saudari Najihah (IIUM)

IIUM mengalahkan IMU pada pusingan akhir dengan markah 27.5 berbalas 24.

Berikut adalah antara soalan yang diutarakan semasa perlawanan separuh akhir 1 antara AIMST university dan Universiti Sains Malaysia.

  1. What are 2 chemicals used to synthesize aspirin?
  2. What is normal phase liquid chromatography?
  3. State the normal value of partial pressure of CO2 in arterial blood.
  4. State the value of normal renal clearance of glucose.
  5. What is the principle of thin layer chromatography that makes it very useful?
  6. Sulfonylureas are weak acid and poorly water soluble. How this condition is resolved in drug delivery system?
  7. One of the functions of gallbladder is to store bile. What is another function of gallbladder?
  8. State the hormone that can cause contraction of gallbladder.
  9. Why carbidopa is added to levodopa in Parkinson’s disease?
  10. What is a direct method used to study protein binding?
  11. State the type of antibody which is commonly used as a target ligand in drug delivery system.
  12. Why is atropine added to pyridostigmine in patient with myasthenia gravis?
  13. State the method of heat transfer in fluidized bed dryer.
  14. What is an antidote used for paracetamol poisoning?
  15. Chloroquine poisoning is found to cause cardiac arrhythmias. What is the antidote that can be used?
  16. State 2 systems of supplying medication in ward.
  17. Acute coronary syndrome such as in STEMI is managed with dual antiplatelet therapy. State the loading and maintenance dose used.
  18. State 2 classes of antihypertensive agents that exert antiproteinuric action in non-diabetic kidney patients.
  19. Counsel a smoker patient on how to chew 4 mg nicotine gum.

Soalan-soalan di atas nampak macam mudah tetapi apabila ditanya di khalayak ramai dan dikehendaki menjawab secara spontan dalam jangka masa 10 saat sahaja, kebanyakan peserta gagal menjawab dengan betul walaupun soalan adalah terlalu asas dalam silibus pelajar farmasi. Pada pusingan akhir, rata-rata penonton memberikan komen bahawa soalan diajukan agak susah yang menampakkan peserta berhempas pulas memberikan jawapan yang terbaik.

Kepada pasukan IIUM yang berjaya menjadi juara, tahniah diucapkan! Kepada pasukan yang kalah, cuba lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Semoga budaya ilmu akan terus tersemat dalam diri setiap pelajar.

Sunday, October 23, 2011

Jejak Pertama ke Hospital Kemaman


Pengalaman clinical attachment di hospital yang pertama amat sukar dilupakan. Memang terasa sedikit ketinggalan zaman apabila minggu pertama hanya bertempat di UIA sahaja untuk mendengar penerangan bagaimana untuk kaunseling pesakit berkaitan penggunaan Metered Dose Inhaler (MDI aerosol), powder inhaler, insulin pen dan rawatan atau terapi warfarin sedangkan rakan kumpulan lain sudah merasai pengalaman clerk pesakit di hospital.

Minggu lepas, minggu kedua untuk clinical attachment menempatkan kumpulan aku di Hospital Kemaman. Ditugaskan untuk clerk kes pesakit repiratori membuatkan aku lebih tenang pada malam sebelumnya. Bukan apa, penyakit berkaitan respiratori tidak memerlukan banyak lab test yang rumit untuk ditafsirkan. Walau bagaimanapun, pembacaan yang teliti masih diperlukan.

Untuk dijadikan cerita, kami brothers rx8 kumpulan D difahamkan perlu menaiki bas pukul 6.45 pagi seperti minggu sebelumnya. Tiada mesej dari senior yang mengatakan waktu bertolak diawalkan ke pukul 6.30 pagi. Jadi aku hanya mengikuti ahli bilik yang merupakan ketua kelas merangkap driver untuk ke mahallah maimunah pagi tu. Sehinggalah jam hampir menunjukkan 6.45 pagi, kami menerima panggilan dari br. Hafiz Yunus memberitahu bahawa hanya kami (aku, rezuan dan saufi) yang masih ditunggu oleh penghuni bas. Terdetik juga dalam hati yang senior (brothers terutamanya) akan sumpah seranah atau apa sahaja kerana marah dan tak puas hati. Selepas disoal selidik, barulah kami tahu bahawa mesej tidak disampaikan kepada kami oleh ketua kumpulan D bahawa masa untuk bertolak telah diawalkan (siapa yang salah sekarang? faham2 sendiri). Hanya sister dan senior sahaja yang tahu.

Lagi berita mengejutkan bahawa kami diiringi oleh Sr. Azrin dan bukannya Dr. Haniki. Waktu tu terdetik juga bahawa kumpulan yang ditempatkan di Hospital Temerloh sedang bersorak gembira dengan ketiadaan Sr. Azrin. Bila balik ke kuantan, memang betul pun kumpulan ke temerloh bersuka ria! Rupanya bukan rx8 sahaja yang cuak dengan Sr. Azrin ni bahkan senior pun apa kurangnya (berdasarkan pemerhatian dan pengalaman). Aku juga akui bahawa beliau memang garang, malah lebih garang daripada Prof. Noriah (Prof. Noriah pun tak pernah menggunakan perkataan seperti hempuk, lempang dsb. ketika mengajar). Tetapi hakikat sebenarnya, kegarangan itu memberi manfaat kepada orang yang menuntut ilmu agar lebih berusaha keras untuk berjaya.

Aku akui bahawa Sr. Azrin seorang bukanlah kejam kerana seperti orang lain juga, kalau kita bertanyakan apa2 sahaja soalan yang kita tak tahu jawapannya, beliau akan jawab dengan baik (petua – 1. Jangan diam seribu bahasa ketika beliau bertanya sebaliknya nyatakan tidak tahu dan akan rujuk semula jika memang tak tahu. 2. Jangan bersuara begitu perlahan sampai beliau tak dengar, akan membuatkan beliau tak faham dengan penjelasan kita)

Di Hospital Kemaman, kumpulan aku menerima kes pesakit yang mendapat diagnosis community-acquired pneumonia (CAP), benign prostatic hyperplasia (BPH), anaemia dan COPD. Tapi pesakit dah pun keluar sehari sebelum kami sampai. Jadi hanya bedhead ticket jadi peneman di bilik perbincangan. Disebabkan itu, bahagian family history dan social history banyaklah tak berisi. Waktu presentation, memang gugup sangat bila kena bentang pertama kali depan Sr. Azrin dan preceptor yang lain. Memang kena komen la sebab tak bersedia (kumpulan pertama kena bentang). Harapnya lepas ni dapat buat yang lebih baik lagi.

Minggu depan di Hospital Temerloh pula. Dengarnya kat sana harga makanan berpatutan. Tak seperti di Hospital Kemaman, harga makanan di cafe amatlah mahal! Sekali imbas, kalau nak dibandingkan Hospital Kemaman dengan Hospital Sg. Siput (pekan hometown aku), besar lagi hospital hometown aku rasanya.

Monday, October 3, 2011

Hujung Minggu di Sungkai

Lembaran bulan Oktober 2011 dibuka dengan perjalanan ke majlis perkahwinan rakan sekolah kepada rakan sebilik aku, Rezuan. Pada sabtu yang lalu (1 Oktober 2011), kami berangkat dari Kuantan ke Felda Residence, Sungkai melalui jalan singkat Genting Highland untuk menghadiri majlis tersebut. Dengan menaiki Proton Persona, kami berlima bertolak dari Kuantan jam 8.30 pagi. Walaupun aku dilihat seperti pulang ke negeri sendiri, tapi sebenarnya Sungkai dengan Sungai Siput (U) bukanlah dekat. Ia mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke kampung halamanku jika bertolak dari Sungkai.


Majlis tersebut yang menyaksikan dua pasang mempelai (adik-beradik) bersanding dilihat begitu unik dan meriah. Dari segi kos mengadakan majlis tersebut, ia pastinya lebih menjimatkan berbanding mengadakan dua majlis perkahwinan yang berlainan tarikh. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di felda resort, trolak, majlis tersebut berjalan dengan ceria. Terima kasih kepada tuan rumah yang mengalu-alukan kedatangan kami.Majlis ini juga dilihat sebagai medan reunion bagi pelajar SMK Sungai Kruit (batch 2002-2004) yang terdiri dari anak-anak atau cucu-cucu peneroka felda.

Pada sebelah petang, kami berpeluang untuk mandi kolam air panas di Sungai Klah Hot Spring. Ini merupakan kali kedua aku bersauna di Sg. Klah ini selepas pertama kali menjejakkan kaki ke sini sewaktu tingkatan 4 ketika mengikuti kursus kepimpinan pelajar di Kem Nur Ni'man (berhampiran dengan Sg. Klah Hot Spring). Kali ini tempat pelancongan ini menampakkan pembaharuan apabila terdapat satu kolam yang besar (bukan kolam air panas) yang sudah siap dibina untuk orang ramai mandi-manda. Sesungguhnya, sauna bagus untuk kesihatan kulit. Alhamdulillah, kami selamat pulang pada malam tersebut meskipun berlaku satu kemalangan yang membabitkan trailer dan sebuah kereta kancil ketika melalui jalan lama dari Tanjung Malim ke Kuala Kubu Bharu.


Saturday, October 1, 2011

Biar Papa Asal Bergaya

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, rupanya bulan Ramadan dan Syawal dah pun berlalu. Dan selama dua bulan itulah saya tak menulis sebarang entri untuk blog ini. Ketiadaan internet di rumah (Perak) merupakan salah satu sebab. Dan bila dah balik kuantan bagi memulakan semester yang baru, sibuk pula menguruskan banyak perkara berkaitan pelajaran dan kewangan. 

Kali ini saya berminat untuk bercerita tentang fesyen pakaian dan kehidupan seharian. Persoalannya, penting ke nak berfesyen? Bagi mereka yang metroseksual, jawapannya pasti 'penting'. Manakala bagi mereka yang bukan jenis itu, jawapan mereka boleh jadi 'penting' ataupun 'tidak penting'. Saya pun sebenarnya bukanlah orang yang pandai berfesyen.Sebenarnya berfesyen itu tidak salah selagi tidak melanggar batas2 agama. Berfesyen menjadikan kita kreatif dan tidak menjadikan orang di sekeliling kita berasa jemu melihat perkara yang sama.

Kebanyakan orang yang menitik-beratkan soal aurat akan berpendapat berfesyen boleh melanggar syariat dalam berpakaian. Ia terpulang kepada pemakai itu sendiri. Contohnya, wanita yang berfesyen tetapi masih menutup aurat dan tidak berpakaian ketat, pada saya tidak menjadi masalah. Tak perlulah saya bercerita apakah yang meliputi soal aurat perempuan. Berfesyen menutup rambut tetapi masih menampakkan leher dan cuping telinga masih dikira belum menutup aurat. Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah fesyen secara umum tidak kira lelaki atau perempuan.

Kadang-kadang saya terfikir, orang (lelaki khususnya) yang kelihatan smart, trendy dan berkeyakinan pasti mengeluarkan wang yang banyak untuk bergaya sama ada ketika keluar rumah mahupun sewaktu bekerja ataupun belajar. Perkara ini adalah realiti yang saya lalui ketika cuba membeli-belah pakaian yang baru. Pakaian yang bergaya terlalu banyak untuk dipilih tetapi ketika membelek-belek tanda harga, mula mengambil keputusan untuk membatalkan niat nak beli. Pakaian yang bergaya itu terlalu tinggi nilainya berdasarkan harga yang dipaparkan meskipun setelah dikenakan potongan diskaun.


Persoalannya kini, adakah orang yang mempunyai bajet yang rendah untuk berbelanja dalam berpakaian berdasarkan faktor sosio-ekonomi berpeluang bergaya seperti orang lain? Sampai bila mereka akan terus dicap sebagai SELEKEH? Pernah terdetik dalam hati saya mengatakan 'kalaulah aku diberi wang yang banyak untuk berbelanja dalam berpakaian, akan aku tukar penampilan dengan pakaian yang bergaya dan menyerikan mata selagi ianya menutup aurat'. Namun realitinya, orang yang mampu membeli kasut, baju dan seluar ratusan ringgit adalah mereka yang mampu berbelanja besar. Selalunya pakaian yang murah sering berdepan masalah kurang berkualiti seperti cepat luntur dan koyak dan terlalu plain. Mungkin anda ada jawapan terbaik untuk soalan ini, mana tahu?

Sunday, July 24, 2011

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah.

Syukur kerana masih dapat bernafas dengan nikmat kurniaan Allah s.w.t. ini. Moga-moga kita dilimpahkan rahmat dengan meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya. Sedar tak sedar kita sudah hampir dengan bulan Ramadhan yang mulia dengan berbaki beberapa hari lagi di bulan Syaaban ini. Semua orang menunggu ketibaan bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini. Walaupun umat Islam bakal diduga dengan amalan berpuasa selama sebulan, namun balasan yang diterima bagi setiap amalan adalah berganda berbanding dengan bulan-bulan Islam yang lain.

Apabila umur sudah mencecah 20-an ini, pastinya banyak kenangan tentang bulan Ramadhan yang lepas yang saya ingin ceritakan. Terus terang saya katakan untuk berpuasa sebulan penuh bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi saya ini seorang yang mudah penat. Namun, rukun Islam ketiga ini wajib dilakukan oleh setiap Muslim bagi membuktikan keimanannya dalam menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya. Sebenarnya, bulan puasa banyak membuka ruang untuk setiap Muslim mengurangkan dari berbuat dosa, lebih-lebih lagi yang melibatkan percakapan. Lidah adalah alat yang paling tajam dalam menebarkan fitnah, melemparkan kutukan dan sebagainya yang mengundang dosa. Namun, apabila tiba bulan Ramadhan, kita kurang bercakap dan mengambil peluang membanyakkan ibadah seperti solat sunat dan membaca al-quran.

Sesungguhnya, banyak kenangan saya dalam bulan mulia ini. Masih saya ingat lagi pada tahun 2008, trial examination dari SSABSA (AUSMAT program) dijalankan pada bulan Ramadhan. Yang membuatkan saya tak boleh lupa adalah kerana peperiksaan tersebut dijalankan pada pukul 7 pagi (9 pagi waktu Australia) bagi mangikut arahan pengelola dari Australia untuk menjalankannya serentak di seluruh dunia. Tak dapat bayangkan betapa kami terpaksa rushingselepas bersahur dan solat subuh untuk menaiki bas dari Seksyen 18 (Kolej Cemara - asrama) ke Seksyen 17 (INTEC). Seawal 6.30 pagi (gelap lagi) kami sudah beratur di luar Dewan Serbaguna INTEC. Memang pengalaman ini takkan dapat dilupakan. Satu lagi perkara yang takkan saya lupa apabila belajar dengan orang bukan Islam di INTEC adalah melihat mereka membawa bungkusan makanan yg dibeli di café dan dibawa ke kelas dalam bulan Ramadhan. Dugaan juga. Tapi bila dah belajar di UIA ni, tak nampak lagi suasana begitu.


Disebabkan cuti semester mulai tahun ini dilewatkan disekalikan dengan bulan ramadhan dan Aidilfitri, pastinya pelajar ijazah tidak lagi berkesempatan merasai suasana berpuasa di bulan Ramadhan ketika belajar. Sehinggalah saya menamatkan program ini dalam masa 2 tahun dari sekarang insyaAllah, pasti suasana berbuka puasa dengan rakan-rakan di masjid berhampiran dirindui. Suka untuk saya katakan, selain dari makanan yang disediakan memang sedap dan lengkap, berbuka puasa di masjid adalah salah satu aktiviti berjemaah dan boleh menjimatkan wang belanja pelajar. Kalau di sekolah menengah dulu, pelajar asrama kebiasaannya tidak menghadapi masalah untuk membeli makanan untuk berbuka kerana segalanya disediakan oleh pihak dewan makan.

Aktiviti bersahur juga apa kurangnya. Kadangkala ada rakan serumah yang masak dan kadangkala keluar bersahur di restoran2 yang dibuka termasuklah restoran francais yang terkenal. Ada juga yang jenis berat bangun awal pagi, jadi bersahur pun entah ke mana. Sedangkan berkat bersahur itu amat banyak termasuklah dapat menahan lapar sehingga waktu berbuka. Yang mana terlupa untuk bangun bersahur, mulalah di pagi harinya menyesal tak sudah.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya tidak sempurna bulan Ramadhan jika aktiviti-aktiviti ibadah tidak ditingkatkan. Antaranya, tadarus Al-quran (termasuklah khatam al-quran dalam masa sebulan), qiamullail, tarawikh dan sebagainya menerbitkan peluang bagi umat Islam menambahkan pahala dan meningkatkan ketaqwaan. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan itu terdapat malam lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan yang ditunggu2 oleh orang-orang yang beriman.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)


Saturday, July 2, 2011

Tahniah Hassan, Langkawi Menarik!

Assalamualaikum.

Rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmat di atas muka bumi ini. Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada Imam Muda Hassan yang berjaya menjadi juara program Imam Muda musim kedua yang berakhir semalam. Sesungguhnya, beliau layak menerima trofi tersebut berkat kegigihan beliau menuntut ilmu dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Justeru, tika beliau dinobatkan sebagai juara, ramai yang membuka mata untuk terus mengangkat keagungan agama Islam sebagai agama yang suci ini. Semoga beliau lebih bersedia dalam menyampaikan dakwah dan menjadi contoh yang baik buat golongan muda pada masa kini.


Kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman merasai keindahan khazanah bumi langkawi. Bertarikh 24 hingga 26 jun 2011, penulis berkesempatan untuk mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi dan Padang Besar yang dianjurkan oleh KEMAS FELDA Lasah. Mengikuti rombongan yang rata-rata disertai oleh warga emas memang sesuatu yang unik. Justeru, saya dapat mengamati gelagat mereka yang sama sekali bertentangan dengan gelagat remaja.

Antara tempat-tempat yang dikunjungi adalah Padang Matsirat, Kilim Geoforest, Kota Mahsuri dan Kilang Minyak Gamat. Mungkin bagi mereka yang sudah banyak kali pergi, tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Tetapi pada yang baru pertama kali melangkah masuk ke pulau helang itu, segala peluang untuk merasai tempat-tempat menarik tidak dipersiakan. Namun begitu, rombongan kali ini lebih kepada ‘shopping tour’ dan bukannya ‘holiday tour’. Banyak tempat-tempat yang dilawati adalah untuk membeli-belah. Duty Free island la katakan.. Bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat diambil.


Gua Kelawar

Kilang & Kedai Minyak Gamat

Kilim Geoforest Park

Nampak tak 'baby face'?

Helang berterbangan


Ikan dalam sangkar

Foreigner bersama belangkas

Saturday, June 4, 2011

Nak Sihat atau Obes?

Mungkin ada yang yang berasa sensitif apabila bercakap mengenai obesiti atau kegemukan. Sebenarnya membincangkan topik seperti ini adalah penting kerana ianya berkait rapat dengan gaya hidup sihat. Menjadi gemuk bukanlah permintaan setiap daripada kita. Akan tetapi, gaya hidup dan cara pemakanan kita yang menyumbang kepada masalah seperti ini. Apa yang saya dapati di Malaysia, kebanyakan masalah obesiti melanda orang Melayu berbanding dengan orang Cina. Di negara-negara barat juga, ramai yang mengalami masalah ini jika hendak dibandingkan dengan penduduk negara2 timur seperti Jepun, China dan Korea.

Hendak menyalahkan individu itu sendiri tidak boleh juga. Hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak makan secara sihat pun tidak boleh juga. Sebenarnya, banyak faktor yang menyumbang ke arah kegemukan. Misalnya, orang Melayu menikmati banyak juadah lauk-pauk yang mengandungi santan dan minyak seperti kari, gulai masak lemak, masak kurma dan segala yang bergoreng. Sedangkan jika anda menonton rancangan discovery mengenai makanan2 orang Cina, Jepun dan Korea, mereka kebanyakannya makan makanan yang dikukus dan direbus seperti sup dan seafood.

Jadi, adakah makanan orang Melayu ini dikategorikan sebagai ‘teruk’? Tidak sebenarnya. Makanan setiap bangsa menjadi lambang keistimewaan kaum mereka. Tak salah kalau nak makan makanan berlemak, tetapi jangan berlebihan. Tak salah kalau nak makan asalkan senaman dan bersukan tidak ditinggalkan. Ramai yang ada memikirkan bahaya kolesterol dalam lauk-pauk yang dimakan. Kolesterol memang bahaya kerana menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyumbang kepada penyakit seperti serangan jantung dan strok. Namun begitu anda perlu tahu bahawa kolesterol dibahagikan kepada kolesterol jahat (LDL) dan kolesterol baik (HDL). Kolesterol jahat yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit manakala kolesterol baik membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol jahat dari badan. Berdasarkan fakta, senaman mampu meningkatkan tahap kolesterol baik dalam darah.

Sesetengah orang mengalami kegemukan disebabkan jadual kerja harian yang padat sehingga tiada waktu bersenam. Namun begitu, terdapat banyak alternatif untuk mengelakkan kegemukan seperti bersenam di rumah asalkan badan kita dapat berpeluh dan menggunakan tenaga. Untuk pengetahuan, kegemukan di awal usia boleh meyumbang ke arah penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis di lewat usia 30an. Hal ini kerana tabiat makan yang banyak dan berkarbohidrat tinggi menyebabkan hyperinsulinemia iaitu kandungan insulin yang tinggi dalam darah untuk membolehkan gula dapat ditukarkan kepada tenaga oleh sel2 badan. Namun, semakin usia meningkat, pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk kandungan gula yang tinggi dalam darah. Seterusnya, individu akan mendapat diabetes mellitus kesan daripada obesiti di awal usia.


Walk of Life 2008, Taman Tasik Titiwangsa

Penulis bukanlah seorang yang kurus sejak dari kecil. Di bangku sekolah rendah, penulis mengalami masalah kegemukan disebabkan cara pemakanan yang tidak betul. Ditambah dengan kurangnya bersenam, penulis mengalami masalah obesiti sewaktu zaman kanak2. Apabila usia meningkat ke alam sekolah menengah, penulis berhasrat mengurangkan makan. Dalam pada itu, disebabkan kawasan sekolah asrama yang agak luas menyebabkan penulis banyak berjalan dari asrama ke kelas setiap hari. Ditambah dengan tekanan dari suara2 ejekan dan perli yang tidak sedap didengar, penulis berazam untuk mengurangkan berat badan. Alhamdulillah, walaupun tidak sekurus orang lain kini, berat badan sekitar 70kg (normal untuk dewasa) adalah ideal untuk seseorang yang berketinggian 175cm. Justeru, keazaman yang tinggi memungkinkan segala harapan yang mungkin pada awalnya dilihat mustahil.

Ada juga rakan2 yang mengesyorkan meal replacement tetapi penulis sedaya upaya menolaknya. Meal replacement seperti herbalife sebenarnya bagus cuma kosnya agak tinggi hingga mencecah ratusan ringgit. Bagi mereka yang berasal dari keluarga yang mampu, ianya bukan masalah. Penulis percaya bahawa sekalipun terdapat banyak produk yang diambil untuk kurus tetapi ikhtiar untuk makan secara sihat (tidak berlebihan) tidak dipupuk, tiada kesan yang positif dapat dilihat.

Oleh itu, setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengawal pemakanan anda sebaiknya. Jangan makan mengikut hawa nafsu sehingga menyukarkan pernafasan. Ingatlah bahawa ‘you are what you eat’ dan punca pelbagai penyakit adalah dari perut dan makananlah yang menentukannya. Konsep untuk kurus mudah, iaitu sekiranya kalori yang digunakan (dibakar) melebihi daripada jumlah kalori yang diambil (dimakan), kegemukan tidak akan berlaku. Namun begitu, melaksanakannya bukanlah mudah. Ianya memerlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi. Semoga input ini akan dapat membentuk masyarakat yang sihat.

Saturday, May 28, 2011

Hari-hariku di Kedai Farmasi

Alhamdulillah. Akhirnya tamat juga 2 minggu Community Posting di Good Life Pharmacy di Sungai Siput ni. Memang la setakat 2 minggu praktikal apa la sangat nak dibandingkan dengan orang lain yang praktikalnya ada sampai 2 bulan atau satu sem terus. Tapi kali ni aku boleh tarik nafas lega sebab farmasi aku kali ni dia minta aku stay dari pukul 9 pagi sampai 5 petang (agak penat sikit) kat farmasi dia. Kalau ada kerja tu ok la sebab tak bosan, tapi kalau dah assistant kedai tu pun ada sampai 3 orang yang kerja dalam satu-satu masa, belum tambah lagi dengan pegawai farmasi perempuan ni, aku duduk melangut je la.

Dia suruh stay sampai pukul 5 petang bukan sebab apa, katanya risau dia tak ada masa nak coach aku berdasarkan syllabus yang diberi. Kalau aku stay lama, at least bila dia free boleh dia panggil aku untuk discuss. Yang aku tensionnya bukan sebab apa, kena datang kerja sama macam pekerja lain, lambat 5 minit je dah kena tegur. Bukannya aku tak suka jadi punctual atau malas nak kerja, masalahnya aku lambat sikit masuk dari pukul 9 sebab aku kena pergi buat x-ray la, ada appointment doktor pagi2 buta la berkenaan dengan kesihatan aku. Dan masalah lagi satunya pulak, aku ni 2 minggu kat kedai tu tak dibayar pun, kenapa pulak kena tegur macam pekerja lain yang setiap bulan gajinya dibayar hampir seribu ringgit. Takkan la aku nak kena datang awal untuk buka kedai farmasi pulak kan. Kan..

Bercerita pasal pegawai farmasi aku kali ni pulak, dia ni sporting sikit. Chinese lady. Cumanya biasa la, ada benda yang kita suka dan ada benda yang kita tak suka pasal diri seseorang tu. Yang ok pasal dia ni ialah kita takkan rasa serius memanjang bila bekerja dengan dia sebab dia suka bercerita dan suka berjenaka. Kadang2 tu dia boleh pulak layan game facebook dia tengah2 aku dengan dia discuss pasal ubat. Alasannya untuk melepaskan tension dan menghilangkan rasa bosan sebab bila dia balik rumah kena layan anak dia pulak. Tak mengapa itu hal dia. Yang tak best pulak ialah dia suka merungut tak puas hati. Kalau nak cakap pasal tak puas hati, hampir semua orang ada je benda yang tak puas hati. Tapi rasanya tak perlu sampai nak luah pada orang yang kita tak berapa kenal pun lagi. Ini tidak, aku baru sehari dua jumpa dia, dah dia sibuk bercerita tak puas hati pasal kenaikan harga barang dan ragam pembeli yang begitu berkira (ditujukan kepada orang2 yang selalu tawar-menawar) kat aku. Apa2 je la. Tapi bagi aku tawar-menawar tak salah asalkan dengan cara yang baik dan bukannya memaksa. Dia kena tau yang bukan semua orang mampu untuk membayar ubat-ubatan yang harganya mahal. Awak tu yang gaji beribu2 tiap bulan memang la tak ada masalah kewangan untuk membayar benda yang mahal.


Yang penting sekarang ni syukur ke hadrat tuhan kerana banyak benda yang aku belajar kat farmasi ni. Secara rumusannya, apa yang penting bila mengendalikan kedai farmasi selain dari segi pengurusan, undang2 dan kewangan adalah pengetahuan untuk kauseling pembeli atau pesakit. Semua tu sepatutnya dah ada dalam kepala. Pegawai farmasi kena yakin dengan maklumat yang diberikan dan tidak boleh teragak2. Bagi aku, kemahiran mengendalikan sebuah kedai farmasi banyak bergantung kepada pengalaman. Pengalaman membawa kita untuk mengenali lebih banyak jenis2 pesakit dan pembeli. Di samping itu, kesedaran untuk tidak menjalankan ‘black market’ dengan menjual ubat psikotropik yang tidak mengikut peraturan kementerian yang ditetapkan perlu diterapkan untuk mewujudkan profession yang bersih dan bertanggungjawab.

Ma’as salamah.

p/s: Berjaya mendapatkan Ginkgo Biloba extract keluaran Hovid dengan harga serendah RM3 untuk 1 strip. Harap2 lepas ni memori aku kuat la sekuat nama pokok ni. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...