Profil Penulis


Penulis yang memiliki nama sebenar MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD NOOR ZAIDI dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 20 Mei 1989.

Merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Putera kepada En. Mohd Noor Zaidi bin Zainon dan Pn. Sa'iddiah binti Ahmat. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Mendapat pendidikan awal di:
- Tadika KEMAS Flat PKNS Jalan Kuching, Kuala Lumpur
- Sekolah Kebangsaan Taiping, Perak
- Sekolah Kebangsaan Methodist, Sg. Siput (U), Perak
- Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh

 Meneruskan pengajian ke peringkat persediaan pengajian luar negara di:
- International Education Centre (INTEC, UiTM) menerusi Australian Matriculation (AUSMAT) program

Gagal menyambung pelajaran ke luar negara atas faktor kesihatan.
Seterusnya menyambung pengajian ijazah sarjana muda di International Islamic University Malaysia (IIUM), Kampus Kuantan, dalam bidang Farmasi (2009-2013).

Memulakan alam pekerjaan sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, sejak November 2013 sehingga kini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...