Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Liburan di Indonesia (Part I) - Surabaya, Jawa Timur Indonesia

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni nak bercerita mengenai trip backpack kami ke Indonesia baru-baru ni. Aku, Fakarul dan Saufi membuat keputusan untuk melawat Indonesia sejak akhir tahun lepas. Sepatutnya Syazwani join sekali. Disebabkan dia pernah belajar di Universitas Padjajaran, Bandung sebelum ni, jadi kami berharap dia bolehlah guide kami sepanjang di Bandung. Tapi apakan daya, trip kami ni kebetulan sama waktu dengan tarikh pertunangan adik dia. Akhirnya tinggal kami bertiga. Di Surabaya pula, Saufi yang akan guide kami sebab dia pun pernah belajar di Universitas Airlangga, Surabaya.
Idea untuk jalan2 di Surabaya dan Bandung ni terbit sejak 2 tahun lepas lagi selepas aku menonton rancangan Destinasi AirAsia. Waktu tu episod yang dtayangkan menampilkan kumpulan pelawak Jambu yang dapat pakej percutian ke Surabaya. Entah kenapa tertarik dengan aktiviti yang diorang lakukan terutamanya misi mendaki Gunung Bromo. Kebetulan si Saufi ni merupakan PRP kat Hospital Queen Elizabeth, jadi aku suarakan la keinginan. Alhamdulillah dia pun tak keberatan untuk datang semula ke Surabaya dan bawa kami jalan2 kat sana.

Berdasarkan harga tiket semasa, kami membuat keputusan untuk mengambil flight direct AirAsia dari Kota Kinabalu ke Jakarta dan seterusnya dari Jakarta ke Surabaya. Bukan tidak mahu menaiki keretapi dari Jakarta ke Surabaya, tapi tempoh perjalanannya terlalu lama dan harga tiket flight tidak la terlalu mahal dibandingkan dengan tiket keretapi. Jadi, kami pun bertolak dari KK jam 10.10 pagi waktu tempatan dan tiba di Jakarta jam 12.00 tengahari waktu tempatan. Waktu di sana adalah lambat 1 jam dari Malaysia. Memandangkan flight seterusnya ke Surabaya adalah pada waktu malam, jadi kami berlegar2 antara terminal 1, 2 dan 3 di Bandara Soekarno-Hatta. Jarak antara terminal2 tu bukanlah terlalu dekat. Tapi memandangkan shuttle bus adalah free, kami cuba sehabis baik explore ketiga2 terminal itu yang membezakan penerbangan domestik, antarabangsa dan AirAsia.


Pada waktu malam, kami tiba di Bandara Juanda, Surabaya, lebih kurang jam 12 tengah malam. Perjalanannya memakan masa 1 jam setengah dari Jakarta. Sampai sahaja di sana, kami diambil oleh supir kami, Pak Kadek, yang memang sebelum ini amat mengenali Saufi. Dengan menggunakan Toyota Avanza, kami dibawa ke kawasan pergunungan Probolinggo melalui Siduardo. Sempat kami singgah sebentar di Siduardo untuk pekena Nasi Rawon yang terkenal di Surabaya. Kami tidak melepaskan peluang untuk melelapkan mata kerana perjalanan mengambil masa 3 jam. Sampai sahaja di kawasan perkampungan berhampiran Probolinggo dan Pasuruan, kami menaiki pula jeep untuk menuju ke Gunung Penanjakan bagi menyaksikan matari terbit. Keluar sahaja dari Avanza terus angin sejuk mencengkam. Kami pun cepat2 mengenakan winter jacket atau windbreaker. Perjalanan ke Gunung Penanjakan itu mengambil masa sejam dengan menempuhi jalan sempit yang berliku.

Alhamdulillah cuaca di Gunung Penanjakan sangat baik. Langit cerah, tiada kabus tebal yang menyelubungi. Cuma suhu yang terlalu sejuk – lebih kurang 5-8oC membuatkan tangan terasa beku, hidung mulai berair dan bibir menjadi kering. Dari puncak Gunung Penanjakan itu kami dapat melihat Gunung, Batok, Gunung Semeru dan Gunung Bromo dari jauh. Lebih kurang jam 6.30 pagi, kami beredar meninggalkan Penanjakan untuk menuju ke Gunung Bromo. Jip memberhentikan kereta di kawasan tanah mendatar yang dipenuhi pasir untuk kami menapak ke kaki Gunung Bromo. Kami seringkali didatangi penunggang kuda yang menawarkan perkhidmatan menunggang kuda. Tapi kami sekerasnya menolak atas alasan kami cukup kuat untuk berjalan kaki. Satu perkara yang tak best waktu tu ialah lutut aku bengkak sejak di Bandara Soekarno Hatta lagi. Tak tau dari mana puncanya. Tapi aku gagahkan jugak naik turun tangga dan bukit untuk merasai semua pengalaman tu walaupun terhincut-hincut.


 



 



Perjalanan mendaki Gunung Bromo pula tidaklah sesukar mana kerana jalannya jelas dan bertangga. Cuma sedikit tercungap2 la sambil menahan kesejukan. Selepas tiba di puncak, terasa hilang segala kepenatan. Gunung Bromo merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif. Namun buat masa kini tidaklah mengeluarkan lava sebaliknya hanya kepulan asap yang kelihatan. Lebih kurang jam 8.30 pagi, kami bergerak meninggalkan Taman Nasional Bromo Tengger untuk ke destinasi seterusnya – Taman Safari Indonesia II di Prigen!

(bersambung..)

Sabtu 13 Jun 2015 (24 Syaaban 1436H) 6.29 PM

Saturday, January 10, 2015

Pros & Cons Bekerja di Sabah

Assalamualaikum warahmatullah.

Selamat tahun baru! Jom sama2 perbaharui azam kali ini. Semoga dapat mempertingkatkan iman dan amal seterusnya menuju ke arah kebaikan.

Kali ni nak cerita sedikit tentang pengalaman bekerja di negeri di bawah bayu ni. Masuk hari ni, dah setahun 2 bulan kira2 aku dah bekerja kat Sabah. Dah banyak kali dah dihujani soalan yang sama, "memang mintak kerja kat sabah ke? atau kena campak?". Tapi secara jujurnya memang aku tak terasa pun dengan soalan tu. Sebab memang aku mintak kerja kat sini. Aku letak pilihan ketiga. Kalau ikutkan hati memang nak kerja kat semenanjung je. Tapi mak yang beriya2 suruh aku mintak Sabah. Aku pun letak la sebagai pilihan ketiga dalam borang penempatan pilihan. Ramai je yang kata mak aku macam tak sayang aku. Tapi aku peduli apa. Yang penting gaji kat sini lebih sikit untuk aku bagi mak dan abah. Mak ayah orang lain tu ramai yang senang. Tu yang tak kisah pasal ni.

Kalau nak diingatkan balik waktu pertama kali aku sampai sini, memang tak keruan jugak. Ye la, baru nak memulakan kerja. Gaji pun tak dapat lagi. Tapi syukur alhamdulillah ada senior2 yang baik hati bagi menginap kat rumah diorang dulu sementara nak cari rumah sewa. Dan untuk transport, ada yang bagi pinjam motosikal diorang yang diorang tak berapa guna untuk aku guna sampai aku ada motosikal sendiri. Syukur la nakkk...

Sebenarnya untuk satu bulan pertama, aku memang agak culture shock. Mana taknya, gaji belum ada, kat tempat kerja pun baru kenal beberapa orang. Bos pun kebanyakannya serius dan ada yang garang. Kadang2 rasa malas untuk bangun tidur dan pergi kerja sebab takde motivasi. Tak seronok nak kerja. Tambahan pulak aku dapat unit perolehan dan stor untuk attachment pertama. Lagi la bosan. Tak habis2 dok tengok jam kat dinding. Tak sabar nak balik.

Kebetulan time aku start kerja tu, kat sabah ni cepat siang dan cepat malam. Pukul 6 pagi dah muncul matahari, pukul 6 petang dah maghrib. So bila balik kerja tu dah nak gelap. Tak dapat nak enjoy waktu petang. Tunggu weekend je la nampaknya. Makanan satu hal lagi. Dah la makanan kat sini lain sikit jenisnya. Mahal pulak tu. Air lagi la. Teh 'O ais paling murah pun RM2. Memang minum air kosong je la sampai dapat gaji. Haha. Tapi hari demi hari aku pun dah boleh biasakan dengan makanan kat Sabah ni.

Dekat 2 bulan jugak la baru aku betul2 boleh enjoy kerja kat Sabah. Waktu tu 1st gaji pun dah dapat. Terus aku beli motosikal cash. Tak nak bayar bulan2 yang jadi lebih mahal. Waktu tu pun dah kerja kat farmasi pesakit luar. Dah mula kena ramai PPF dan pegawai. Ada yang garang dan ada yang boleh buat geng. Kawan PRP pun lebih ramai sebab batch kedua dah lapor diri time tu. 

Hakikatnya kerja kat Sabah ni lebih ok berbanding di semenanjung. Ramai yang stress kerja kat semenanjung. Sebab pegawai ramai yang lebih garang. Dan pesakit di semenanjung lebih demand dan kurang adab. Orang Sabah ni jenis cakap lembut2 je. Ada la segelintir yang memang nak kena makan pelempang. Yang tu jenis dah banyak duit, tapi demand lebih2. Nak susahkan kita je. Kau ingat kau tu dah kaya and educated, semua kemudahan kau boleh dapat..





Sabah ni anugerah Allah yang tidak ternilai. Contohnya aku kat KK ni, nak tenangkan fikiran boleh pergi pantai Tanjung Aru atau Teluk Likas, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, atau boleh ke kundasang yang sejuk tu. Tak berapa nak jauh dari sini. Kalau yang jenis suka shopping ada dalam 5-6 shopping mall yang besar kat sini kalau nak jalan2. Ada 4 panggung wayang. Ada beberapa pasar tamu kalau nak beli barang2 dapur. Pendek kata semuanya ada kat sini. Cuma kos sara hidup tinggi sikit la. Harga rumah untuk disewa atau dibeli mahal. Barang2 runcit pun mahal. Tapi kalau dah dapat elaun lebih tu kira ok la kan. Tapi paling penting kat sini takde tol. Haa kan lebih jimat berbanding kat KL atau Selangor.

Sehingga berjumpa lagi. Ma'as salamah.

10 JANUARI 2015 (19 RABI'UL AWAL 1436H) 2.46 PM

Saturday, December 27, 2014

I'm back! Naa itu la tu..


Assalamualaikum warahmatullah.

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging, akhirnya aku kembali. Yeahh!! Bukan tak mahu lagi update blog, tapi kekangan masa sebagai PRP (provisionally registered pharmacist) membuatkan blog ni diabaikan sementara waktu. Banyak perkara nak diceritakan sebenarnya. Bermula dari hari melapor diri sebagai penjawat awam sehingga la sekarang ni. Alhamdulillah, dah tamat pun zaman PRP yang 'like hell' dan sekarang dah pun menjadi FRP (fully registered pharmacist).

Bila kerja kat bumi di bawah bayu ni, ramai la yang bertanya "minta kerja kat sabah ke? atau kena campak?". Dan jawapan cliche aku, "memang mintak pun. asalnya nak kerja kat semenanjung je. tapi mak yang beriya2 suruh kerja jauh2 sikit." Of course la ramai terkejut bila dengar ada mak yang cakap macam tu. Ada yang siap cakap lagi, "mak ko tak sayang ko ke?" amboi kuajaq naa.. Habis tu kalau mak ayah hantar anak ke sekolah asrama yang jauh2 tu maksudnya tak sayang anak dah ke? haha. Tapi ada juga yang bagi respon positif, "mak ridzuan ni mesti berfikiran terbuka". Entah la. Walaupun mak aku ni sekadar ada SRP, tapi pendapat dia bagi aku dah setanding orang yang ada segulung ijazah. Meskipun pendapat dia kita pada awalnya tak suka, tapi bila diikutkan, ianya adalah yang terbaik buat kita. Sebab mak ayah lebih dahulu makan garam dari kita (banyak pengalaman).

Nak adapt dengan kehidupan di Sabah ni ambil masa sikit. Aku mengaku la yang aku ambil masa 2 bulan untuk betul2 membiasakan diri dengan kelainan cara hidup, bahasa, makanan dan tradisi masyarakat sabah ni. Tapi lama-kelamaan rasa seronok pulak tinggal kat sini (maksud aku kota konabalu la, tempat lain tak pasti). Ye la.. tol x ada, subuh awal sejam, ada banyak shopping complex dan bank2, dekat dengan pantai, pulau dan gunung.. Kat semenanjung tu kat mana je ada tempat macam ni. Pergi kerja pun dalam 10-15 minit dah sampai (untuk aku yang naik motor la). Kesesakan lalu lintas tu memang ada tapi tak seteruk kat KL.

Sekarang ni bila dah habis PRP rasa lega sikit. Kalau tak, macam xde life. Pagi pergi kerja then petang balik kerja untuk siapkan logbook waktu malam. Apa2 pun lagi kesian la tengok houseman bekerja. Aku datang pagi, diorang dah kelam kabut ada kat dalam wad untuk prepare for ward round. Aku balik pukul 5 petang tu pun ada ward round yang tak habis lagi. Dengarnya diorang datang keje sebelum pukul 6 pagi dan balik lepas pukul 10 malam. Tak dapat bayangkan camne diorang rasa. Bersyukur sangat aku kerja sebagai pharmacist je.

Berbalik kepada cerita negeri Sabah ni, perkara pertama yang perlu prepare sebelum bekerja kat sini ialah untuk belajar beberapa perkataan sabah yang lain sikit dari orang semenanjung. Tapi x banyak la yang beza kalau nak banding dengan sarawak. Cuma ada beberapa perkataan kena biasakan supaya senang nak kaunseling kat pesakit. Contohnya asma - ampus, gastrik - dugal, punggung - pantat, letak - simpan, merata-rata - ampai2, sorok - tapuk, terlepas - limpas dll. Maaf kalau ada perkataan yang censored. Tapi itulah bahasa orang Sabah ni. Sebenarnya susunan ayat semasa bercakap tu yang penting. Apa2 pun practice makes perfect. Haha.

Cukup la sekadar itu dulu buat masa ni. InsyaAllah ada ruang masa lagi kita ketemu dalam dunia blog ini. Ma'as salamah.

Ahmad Ammar dalam kenangan

27 Disember 2014M (5 Rabiul Awal 1436H) 5.28 pagi

Monday, August 19, 2013

'Awesome 2013 Awaits'

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya, marilah kita doakan kesejahteraan pejuang2 Islam di Mesir yang kian hari bertambah bilangan yang mati syahid. Mereka (pengikut2 Dr. Morsi dan ahli ikhwanul muslimin) berjuang bagi menumbangkan pemerintahan yang zalim dan rakus yang mengorbankan banyak nyawa. Mungkin kita tidak mampu membantu dari aspek fizikal, namun paling kurang sokongan berbentuk doa amat2 diperlukan. Justeru, marilah kita sama2 membaca doa qunut nazilah pada rakaat terakhir setiap kali solat. Semoga Allah membantu mereka menegakkan Islam di bumi yang padanya mengalir Sungai Nil.


Masih belum terlambat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’ buat semua umat Islam khususnya yang mengenali diri ini. Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan selama sebulan. Semoga ibadah kita diterima Allah hendaknya.

Aku terpanggil untuk menulis pada waktu ni kerana teringat sebuah gambar yang diambil berhampiran Pantai Chenang, Pulau Langkawi (belakang chalet tempat kami tinggal sewaktu bercuti di sana) awal tahun ini. Terpampang ‘Awesome 2013 Awaits’ yang sempat aku coretkan pada pasir pantai tersebut. Bila terkenang semula perkara2 yang berlaku sepanjang tahun ini, aku tersenyum. Sebenarnya, itu hanyalah sekadar harapan. Siapa2 pun boleh berharap. Tapi untuk mengecapi apa jua harapan atau impian bukan sesuatu yang senang.


Bermula dengan Kuiz Farmasi Kebangsaan yang berlangsung di Semerling, Kedah, pada awal Mac yang lalu. Memang tak pernah sangka boleh menang naib johan. Memang kami sepasukan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mengharumkan nama UIA. Alhamdulillah, berkat usaha group discussion setiap minggu dan doa yang tak putus2 dari semua warga KOP, kami berjaya walaupun Piala Tariq dah bertukar tangan. Aku tau, sumbangan aku dalam kumpulan tak berapa banyak kalau nak dibandingkan dengan ahli yang lain. Tapi paling kurang ada sedikit kenangan manis yang sempat berkongsi dengan diorang. Melalui program ni jugak, aku jadi rapat dengan Sr. Khadijah Edueng & Dr. Amira selaku guru pengiring.


2 minggu selepas tu, aku sekali lagi menggalas tugas berat untuk membentangkan hasil kajian bersama pensyarah aku dari Myanmar yang merangkap supervisor, Dr. May Khin Soe dalam 8th International Medical Education Conference di IMU Bukit Jalil. Debaran memang terasa la dari awal. Bukan calang2 punya conference. Ni yang antarabangsa punya. Bila tengok senarai nama peserta, hampir kesemuanya adalah professor dan pendidik dari serata dunia (ada yang dari UK, US, Sweden, Belanda, Afrika Selatan, Arab Saudi, Korea, Indonesia, Australia, India dll.). Sewaktu pembentangan, ada 3 juri yang menilai – Ray Peterson (Australia), N.G. Patil (Hong Kong) & Gary Mires (UK). Memang gugup habis. Tapi tak letak harapan pun untuk menang sebab kajian yang aku buat simple je. Tapi, peluang untuk dapat sertai program macam tu (sijil disertakan), yuran (RM450) yang dibiayai penuh oleh Kulliyyah dan kos perjalanan ditanggung supervisor bukan semua orang dapat. Memang bersyukur sangat dengan apa yang diperoleh.




Pada Jun yang lepas, maka berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar ijazah. Alhamdulillah keputusan ok. Tak la tinggi sangat dan tak rendah sangat. InsyaAllah konvokesyen bakal berlangsung pada bulan 11 ni. Perasaan tu memang la gembira. Dulu kita selalu dengar ungkapan ‘menggenggam segulung ijazah’. Itulah harapan semua orang agar dapat peroleh pekerjaan yang bagus. Kejayaan ni hanyalah sebahagian daripada usaha untuk membalas jasa ibu dan ayah. Bila kita lahir dari keluarga yang susah, kita akan lebih menghargai dan berusaha keras untuk memperbaiki kehidupan ahli keluarga. Seperkara lagi, tahun ni yang agak istimewa bagi aku. Sepanjang hidup ni, tak pernah lagi orang sambut birthday aku or belikan kek. Tahun ni alhamdulillah ada insan yang hadiahkan sepotong kek yang aku tak pernah duga. Memang senyum sampai ke telinga la waktu tu. Haha. Dan kenangan sambutan birthday tahun ni menjadi lebih manis dengan adanya kejutan dari Dekan, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) pada hari2 terakhir sebagai seorang pelajar. Giler kau tak suka dapat birthday surprise daripada individu2 penting dalam Kulliyyah?? Haha. Walaupun kejutan tu melampau sampai muka aku muram sebab takut & terkejut sangat, tapi terima kasih kepada semua yang prepare birthday surprise tu.


Dalam pada sibuk menguruskan segala hal berkaitan untuk konvo dan kerja, aku sempat belajar untuk mendapatkan lesen memandu bulan jun hari tu. Alhamdulillah, berkat usaha belajar dengan abah sikit beserta doa dan nasihat dari rakan2, aku lulus test hujung bulan 6 tanpa perlu mengulang. Memang nervous habis la waktu test. Dah la aku tak pernah cuba bawak kereta sorang2. Dengan umur yang macam ni, memang agak lewat la untuk baru nak belajar bawak kereta. Lepas ni, bila dah kerja nanti, boleh la mula fikir nak beli kereta apa. Sebelum2 ni bila kengkawan pakat bersembang pasal kereta, aku mampu diam je. Hehe. Ma’as salamah.  

Sunday, June 23, 2013

Membujur Lalu Melintang Patah

Aku bukanlah genius macam orang lain. Aku pun ada masalah untuk mengingat dan menghafal. Tak macam orang lain yang boleh faham dan ingat dengan sekali harung. Sebenarnya aku kerja kuat untuk dapatkan keputusan yang cemerlang setiap kali exam. Tanpa doa mak, abah dan guru2, aku bukanlah siapa2. Titik permulaan aku membina selangkah demi selangkah kejayaan adalah dengan membaca buku Dr. Tuah Iskandar Al-Haj, ‘Membina Imaginasi Cemerlang’. Aku baca buku tu waktu tingkatan 3 (2004). Memang waktu aku baca tu, aku tengah dalam grief sebab result peperiksaan I’dadi aku hanya JAYYID je. Kalau ditukarkan ke gred yang biasa kita guna, taraf C je. Rasa teruk sangat waktu tu sebab ramai rakan2 yang lain dapat MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN.

Tapi nak diceritakan, Alhamdulillah buku tu menjadi pemangkin semangat dan motivasi aku waktu tu. Jalan bahasa buku tu lebih santai dan menceritakan contoh2 situasi dan konflik sebenar dalam kehidupan. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa dan motivasi yang terbina, untuk pertama kalinya aku berjaya dapat no. 1 untuk peperiksaan pertengahan tahun untuk seluruh tingkatan 3 yang berjumlah lebih 100 orang. Memang semua orang terkejut sebab ada rakan2 lain yang lebih cemerlang lagi sebelum2 tu. Dan kecemerlangan tu diteruskan lagi sampai ke PMR dan SPM. Dari dulu, aku selalu berpegang pada prinsip ‘mungkin aku tidak sehebat mereka, tapi aku bukanlah selemah yang disangka’. Dengan prinsip ni la aku berani mencabar diri untuk menjadi cemerlang dalam kalangan bekas2 pelajar SBP dan MRSM sewaktu interview JPA (walaupun hanya memakai kemeja lengan pendek tanpa tali leher) dan menyelinap menjadi sebahagian rakan2 mereka sewaktu belajar dialam program Australian Matriculation. Aku diberitahu oleh Ketua Program AUSMAT di INTEC waktu tu, Assoc. Prof. Saadah yang ranking aku waktu SACE Exam adalah yang ke-89 daripada 300 pelajar AUSMAT kat INTEC tahun 2008. Satu pencapaian yang aku tak pernah jangka. Bukan senang nak kalahkan Chinese, Indian dan Malay yang bijak pandai. Tapi Alhamdulillah, berkat kerja keras dan doa, result yang keluar amat menggembirakan.

Kini, selepas 4 tahun, aku dah faham hikmah atas apa yang berlaku. Aku mungkin tak dapat belajar di luar negara untuk ijazah, tapi apa yang aku dapat bila belajar di IPTA ni terlalu banyak.  Peluang yang datang bila dapat memegang jawatan, mengendalikan sesebuah program, mewakili UIA dalam pertandingan dan conference, mungkin aku takkan dapat bila belajar kat negara orang. Kemanisan dalam belajar ialah apabila orang yang datang kat kita dan tanya soalan berkaitan pelajaran, dan kita dapat menjelaskan dan memahamkan dia bukan semata2 atas tiket genius dan bijak. Ianya satu kepuasan. Dan kepuasan yang lebih besar lagi adalah sewaktu hari graduasi nanti, kita dikurniakan segulung ijazah dalam keadaan kita menjalani kesemua peperiksaan dengan jujur, hadir menghadap pendidik setiap kelas yang ada dan kita cuba untuk menyenangkan hati guru2 kita. Pada aku, walaupun keberkatan tu tak nampak, tapi percayalah ianya akan dizahirkan dengan apa yang berlaku.

Perjalanan sebagai pelajar ijazah sarjana muda bukanlah mudah. Kena berdepan dengan pelbagai masalah berkait dengan emosi dan fizikal. Sejak dari tahun pertama pengajian, kelas kebanyakannya full dari pagi hingga ke petang. Tak seperti pelajar jurusan lain yang rata2 kelas mungkin hanya beberapa jam dalam seminggu.  Cuma semester yang ke-8 ni kelas dah berkurang sebab subjek berkurang. Masih lagi ingat semester ke-6 dan ke-7 yang mana subjek yang diambil ada dalam 8 atau 9. Dengan banyak hospital attachments, assignments, lab works dan reports untuk disiapkan di samping kuiz yang hampir setiap minggu, memang memenatkan. Tapi apabila memikirkan senior2  boleh laluinya dengan baik, kenapa kita tak boleh?


Hari ini, segala puji bagi Allah kerana akhirnya dapatlah menarik nafas lega apabila result dah pun keluar. Result takde la tinggi mana cuma gembira kerana dapat jugak graduate dengan Bachelor of Pharmacy (Hons.) with Second Class (Upper). InsyaAllah, majlis konvokesyen akan berlangsung pada bulan oktober ni. Hari yang bakal dinanti-nantikan. Akhirnya segulung ijazah akan digenggam! J Perancangan masa depan? Akan berkhidmat di sektor kerajaan. Mungkin nanti bila sampai waktu dah bosan bekerja, akan dipertimbangkan untuk sambung belajar balik. Harap2 dapat la buat master dalam clinical pharmacy kat UK dan berkhidmat sebagai pendidik di IPTA pulak ke, siapa tahu? Haha tak habis2 dengan angan2 nak melancong sekitar eropah. “Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang”. Ma’as salamah.





Membujur lalu melintang patah - tiada apa yang dapat menghalang / walau apa terjadi tujuan mesti dicapai.

Sunday, June 9, 2013

Finally it comes to the end


Blog ni lama sangat tak update. Nampak sangat busy. Padahal semester ni amik 5 subject je. Tapi memang busy la dengan benda2 lain. Contohnya, National Pharmacy Quiz, 8th International Medical Education Conference, Pharmacy Day, percutian ke Pulau Perhentian dan Sunway Lagoon. Benda2 macam ni la nak rasa sekarang. Bila dah kerja nanti susah nak cari masa dan pengalaman macam ni.
Sedar tak sedar, dah habis pun pengajian ijazah selama 4 tahun di UIA ni. Bukan setakat belajar dalam kelas je, belajar bagaimana memahami orang dan situasi jugak. Melibatkan diri dalam kokurikulum macam program2 persatuan dan sebagainya memang la penat, tapi siapa yang tak rasa dia takkan tahu macam mana nak handle perangai orang dan tekanan yang datang.

Belajar mengenal orang bukan satu benda yang mudah. Kadang2 apa yang kita jangka tu tak seperti apa yang terjadi. People come and go. Nak jadi cool seperti yang semua orang suka bukan senang. Orang yang mulutnya lancang akan mudah melemparkan kritikan. Peduli apa dia. Yang penting dia puas hati. Hakikatnya, jadi orang yang banyak cakap bermasalah, jadi orang yang kurang cakap pun bermasalah. Kita tak boleh nak puaskan hati setiap orang. Finally, end up with a disappointment. Bila benda  tu berlaku kat aku, aku cuba ingat balik kata2 Ustaz Hasrizal. Katanya walaupun kelompok manusia tu membuatkan kita tak selesa, tapi menyertai mereka atas nama ukhuwwah adalah lebih baik dari buat hal sorang2. Lebih kurang macam tu la. So, aku cuba untuk tak bersikap kera sumbang walaupun aku tak banyak cakap macam orang lain.

‘Tikam dari belakang’ bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Dulu aku selalu fikir benda macam tu berlaku kat dalam drama tv atau filem je. Tapi dalam kehidupan sebenar pun senang je berlaku. Bayangkan betapa sakitnya hati bila orang yang paling kita percaya tetiba khianati kita. Pergh rasa diri memang betul2 diperbodohkan. Bila benda macam tu berlaku kat aku, so aku end up with jangan buat baik sangat kat siapa2 pun. Betullah kata2 ‘buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali’. Dah terang kat situ berpada2 je, bukannya terlalu kerap sampai tak berhati2. Kalau tak, memang menyesal di kemudian hari.

Kalau nak lihat contoh, banyak yang boleh diberi. Dalam situasi belajar, contohnya si A dah siap buat assignment. Lepas tu si B mula la tanya si A tentang assignment tu dan nak mintak tengok contoh dari A yang dah siap. Si A bersikap terbuka untuk bagi dengan harapan si B dapat rough idea camne nak buat. Rupa2nya si B copy paste bulat2 semuanya. Hanya nama sahaja ditukar. Bila pensyarah pulangkan balik assignment, si A dapat markah rendah sebab dikesan meniru assignment si B yang mana si B sempat tambah hasil kerja orang lain jugak. Agaknya apa perasan si A waktu tu?

Banyak lagi contoh yang boleh diberi. Tapi sampai bila kita nak jadi seseorang yang mementingkan diri sendiri dengan menjatuhkan orang lain. Sebab tu orang2 tua berkata, makin berusia seseorang tu makin banyak dia makan garam. Maknanya dia dah merasai macam2 kerenah manusia. Kita bukanlah manusia yang perfect. Jadi tak perlu nak sombong sangat atas muka bumi ni. Penawar bagi kesilapan adalah kemaafan. Orang lain juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan pentingkan diri sendiri je. Ambil teguran orang lain sebagai jalan memperbetulkan diri. Jangan keras kepala tak nak menerima nasihat.

Sepanjang proses pengajian 4 tahun di universiti ni, banyak yang aku belajar. Kita jangan memulaukan orang lain hanya kerana dia mempunyai sikap yang annoying. Sebaliknya berkawanlah dengan semua orang dan bijak mengawal keadaan. Jangan bercakap belakang2 kerana orang yang macam tu tempatnya sentiasa di belakang. Aku selalu berharap untuk dapat rakan2 yang hebat yang aku rasa lebih yakin bersama. Tapi aku silap. I asked Allah what I want but He gives me what I need. Bila aku sedar dan terima kelemahan orang2 di sekeliling, aku lebih gembira dapat berkawan dan bantu diorang. Kegembiraan itu berlipat kali ganda daripada berkawan dengan seseorang yang pada fikiran aku dia baik sebaliknya dia mengkhianati.

 




 
 

Sunday, February 10, 2013

Final Semester Ever

Assalamualaikum w.b.t.

Lama sungguh blog ni takde update. Bulan lepas busy dengan final exam. Sekarang alhamdulillah dah masuk semester akhir untuk 4 tahun pengajian di UIA ni. Ini bermakna dah dekat nak masuk alam pekerjaan la! Umur pun dah makin meningkat, schoolmate pun ramai yang dah kerja. So, kena la prepare physically and emotionally untuk berkhidmat sama ada dalam sektor awam atau swasta. Memandangkan sekarang ni tengah bercuti 4 hari sempena tahun baru cina, jadi aku pun nak la update dengan benda2 baru kat sini. Banyak yang nak diceritakan. Haha.

Semester lepas, kalau nak ikutkan memang result aku jatuh sikit kalau nak banding dengan sem2 sebelum ni. Tapi aku dah memang agak pun. Banyak sebab kenapa result aku merudum. Bagi aku sem lepas adalah sem yang paling busy. Betullah seperti yang senior2 cakap sebelum ni. Praktikal kurang tapi assignment dan kerja berkumpulan teramatlah banyak. Itu belum masuk kuiz yang berlambak2, lagi2 semuanya nak buat dekat2 dengan final exam. Memang terasa penat. Lagipun sem lepas banyak subjek industry (sterilization, dosage design and quality assurance) yang aku kurang minat. Subjek2 macam ni kena banyak menghafal walhal aku ni lemah sangat dalam menghafal. Jadi, aku buat yang terbaik je asalkan lulus semua. Tak target tinggi pun. Memang result bro yang lain ada yang lagi tinggi dari aku. Tapi aku masih bersyukur dengan keputusan aku.

Bercakap mengenai result, aku tau sesetengah orang sensitif bila orang yang result tinggi2 ni bercerita pasal result exam. Ada yang rasa annoying dengan benda ni. Bagi diorang, orang yang result tinggi ni sombong and bongkak. Tapi sebenarnya tak semua orang macam tu. It's all about reaction. Orang yang dapat result bagus mestilah nak zahirkan perasaan gembira dan puas hati. Tapi tak bermakna nak menunjuk2 bagi orang lain iri hati. Aku pulak jenis tak reti nak react macam mana. Aku bukan la genius macam yazid kasani tu. Tapi aku kerja kuat ke arah tu. Setiap orang diberi kelebihan dan kekurangan masing2. Ada yang lebih dalam sukan tapi kurang dalam akademik. Ada yang lebih dalam akademik tapi kurang dalam sukan. Ada yang gifted, diberi kelebihan dalam kedua2nya. Justeru, patut bersyukur. Bila kita tau kita hanya hebat dalam sesuatu perkara sahaja, kita akan strive more dalam bidang tu supaya kita yakin untuk berhadapan dengan orang ramai pada masa akan datang.

Semester lepas memang banyak dugaan. Aku berperang dengan emosi. Tapi waktu tu la kita akan tau siapa sahabat yang sebenar. Sahabat bukan orang yang hanya berkongsi kegembiraan, lemparkan pujian yang indah2 dan menjaga hati rakan semata2 tapi dia adalah orang yang di kala kita jatuh dia bangkitkan kita walaupun bukan dengan kata2 yang menyedapkan hati dan menyedarkan kita agar berhadapan dengan realiti. Dan sahabat itu tak meminta balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat pun sebaliknya melakukannya dari hati yang ikhlas demi kebaikan rakan yang lain.


Semester yang terakhir ni, aku melangkah dengan penuh rasa tenang. Mungkin sebab bilangan subjek dah kurang. Tapi itulah yang dinanti2kan selepas sem2 sebelum ni terlalu penat dan sibuk. Namun, orang masih mempercayai aku untuk menggalas beberapa tanggungjawab. Sampai sekarang aku tertanya2 apa relevennya aku dipilih oleh lecturers untuk mewakili UIA dalam National Pharmacy Quiz yang akan diadakan di AIMST University nanti. Sedangkan ramai lagi yang CGPA tinggi2 termasuklah mereka yang dapat dean list. Risau jugak la kalau2 aku akan spoil markah kumpulan disebabkan gagal menjawab dengan betul. Huhu. Ada 6 subjek yang kena study (physiology, chemistry, pharmaceutical technology, pharmacology, pharmacy practice & clinical pharmacy). Apa2 pun, fighting!!


Lagi satu, aku baru dapat tau yang research project aku terpilih untuk sertai 8th International Medical Education Conference 2013 bertempat di IMU, Bukit Jalil. Tapi masih tak tau siapa yang akan present. Waktu buat research project hari tu, memang tak terfikir pun sampai macam ni. Target nak dapat markah yang memuaskan untuk secure result aku. Tapi disebabkan Dr. May, supervisor aku merupakan orang yang aktif menyertai pelbagai conference dan congress dalam membentangkan pelbagai kajian, jadi dia berminat hantar hasil kerja aku. Padahal tajuk aku simple je, "Stress Level Measurement among Pharmacy Students by Perceived Stress Scale (PSS) Method". Apa2 pun syukur alhamdulillah kerana mendapat peluang macam ni. 

Cukup sekadar ini. Next time nak cerita percutian keluarga ke Pulau Langkawi pulak. Ma'as salamah.

Thursday, November 15, 2012

2 Days 2 Nights 'Jongkakow' in Perak



Baru2 ni aku sempat hadir ke majlis walimah abang yang diadakan dua hari berturut2 (majlis pihak perempuan dan lelaki). Memang nak buat terus je berturut2 sebab rumah kedua2 pihak dekat je. Alhamdulillah pasangan mempelai berjaya diijabkabulkan pada khamis (8 November 2012) dan majlis diadakan pada 10.11.12 dan 11.11.12. Kali ni aku rasa bertuah sebab 4 orang rakan sanggup ikut datang. Mad la yang beriya2 dari awal lagi nak datang ke perak. Dalam masa yang sama aku ajak la yang lain kalau2 sudi ikut.

Alhamdulillah kami berlima (aku, mad, syak, amir n pato) selamat bertolak dari Kuantan dan tiba di rumah aku jumaat malam tu. Memang antara ramai2 ahli keluarga, aku seorang je yang takde waktu akad nikah. Dan disebabkan rumah aku agak sempit untuk kami berlima tidur, aku tolong check in diorang kat motel berhampiran. Haa suka betul sebab ada wi-fi. Lepas check in, aku balik rumah semula untuk sambung buat kerja.

Sabtu tu aku dan ahli keluarga bersiap nak ke majlis pihak perempuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Sungai Siput. Memang grand la nampak dari makanan, hiasan dalaman hingga la ke susun atur majlis. Tapi sebab dah bawa member, kena la tunggu masuk dengan diorang sekali. Aiskrim & kambing golek pun ada! Harap2 diorang puas hati la. Tapi pagi tu sebelum majlis, penat jugak la aku. Kena ikut pergi pasar beli barang dan tolong naikkan tiang cermin yang berat giler kat pelamin atas pentas tu.. Penangan nak grand sangat.. Haha.









Lepas majlis tu, aku cepat2 bersiap nak keluar dari dewan tu untuk bagi laluan member2 nak solat dan bergerak ke Taiping. Asalnya mak tak bagi aku ikut. Tapi lepas pujuk elok2 dapat jugak aku ikut. Siap janji lagi nak balik sebelum malam. Tapi terlajak jugak. Tebal jugak la muka aku nak bagi alasan kat sedara2 n keluarga pihak perempuan sebab apa nak beransur cepat. Memang aku terlepas nak tengok sesi potong kek dan bergambar di pelamin.

Petang tu kami bergerak ke Taiping untuk melawat pak sedara mad. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di sekolah mad. Ni la kali pertama aku melangkah masuk ke MCKK walaupun dah banyak kali ulang-alik ke Kuala Kangsar. Memang sesuai la pelajar2 yang cemerlang dengan kemudahan yang canggih disediakan walaupun masih mengekalkan senibina lama. Lepas puas melawat banyak bangunan di MCKK tu (termasuk la kelas mad), kami bergerak ke Taiping menggunakan highway. Rupa2nya rumah pak sedara dia belakang rumah aku yang dulu je. Sekarang dah ada orang menyewa. Memang menggamit nostalgia la. Tahun 1996 hingga 1999. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Padang permainan depan rumah mad tu la tempat aku main petang2 dengan abang. Kadang2 main layang2 dan rounders (betul ke eja?) atau besbol kat situ. Lapangan terbang lama pun tak kurang juga. Aku pernah ikut abang join latihan bola sepak kat situ. Semuanya tinggal kenangan..




Seusai melawat pak sedara mad, kami sempat pusing bandar Taiping kejap. Sempat melihat Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping dari luar. Waktu tu pun dah gelap nak Maghrib. Memang tak sempat nak rasa jalan2 ke banyak tempat waktu tu. Jadi waktu Maghrib tu kami singgah di Changkat Jering @ Bukit Berapit untuk solat Maghrib dan beli durian sikit. Masing2 pakat mengidam. J






Esoknya hari yang memang dinanti2kan sebab majlis kat rumah aku. Malam sebelum tu sibuk mengisi barang2 cenderahati untuk tetamu ke dalam beg sampai ke awal pagi. Badan penat sangat. Mak pun sempat tidur sekejap je. Kawan2 yang lain tak dapat nak tolong sebab plan nak pergi Lost World of Tambun. Jadi sepanjang hari tu boleh kata penat sikit la aku. Sakit dah bahu ni mengangkat lauk2 dalam periuk besar dari atas lori. Itu belum lagi nasi minyak yang beratnya 100 kilo dalam box tu. Waktu sibuk2 n penat tu ramai jugak yang tanya mana kawan2.  Aku hanya mampu senyum je.






Tapi seronok jugak la tengok pasangan pengantin lelaki mengenakan uniform Maritim serba putih. Warna baju pengantin perempuan pun matching je. Tapi yang tak bestnya kena berarak dalam hujan renyai2. Cuaca tak berapa cantik tengahari tu. Petang tu diorang yang pergi Tambun balik. Ingatkan semua dah penat. Lagi2 driver kena la rehat sebelum drive. Lepas makan dan solat, waktu dah ready ambil aku untuk balik Kuantan, rupanya diorang offer diri nak ber’jongkakow’! Haa nak sangat jongkakow kan. Kan dah kena basuh semua periuk, kawah n pinggan. Alhamdulillah kami bertolak balik dari rumah aku sebelum jam 11 malam dan selamat tiba di Kuantan 5 pagi esoknya. Terima kasih kerana sudi hadir ke Perak! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...