Friday, January 27, 2012

SBP: Satu Kebanggaan

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah antara impian para pelajar yang memasuki alam sekolah menengah. Bukanlah keseronokan yang dikejar tetapi kebanggaan menjadi salah seorang daripada warga sekolah2 berprestij amat diharapkan. SBP ada ‘market’nya tersendiri. Apatah lagi rata2 setiap SBP ada singkatan nama yang mudah diingati. ASiS, SESERI, SASER, SAS, SSP, SAINA, SEDAR, STF, TKC, SESTER, SEMESTA, MCKK, STAR, SHAH Pekan dsb. adalah antara SBP yang terkenal di seluruh Malaysia. Sekolah2 seperti ini saban tahun akan mengisi senarai sekolah terbaik bagi keputusan SPM yang mana menjadi tempat menuntut ilmu bagi para pelajar cemerlang. Diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini akan menjadi salah satu agenda para pelajar yang meraih keputusan cemerlang sama ada dalam peperiksaaan UPSR mahupun PMR untuk dipohon.

Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Sekolah Dato' Abdul Razak (SEDAR), Seremban

Pada tahun 2004, tatkala peperiksaan percubaan PMR pada tahun itu telah berakhir, pihak sekolah ada membuka peluang kepada para pelajar sekolah aku yang memperoleh keputusan yang baik waktu trial exam untuk mengisi borang SBP. Sehinggalah borang tersebut sampai ke tangan aku untuk diisi, entah mengapa aku agak keberatan. Mungkin 3 tahun berada di bumi Izzuddin membuatkan aku tidak sampai hati untuk meninggalkannya. Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak mengisinya dan dibiarkan elok disimpan di meja kelas aku. Waktu tu ada juga terlintas sekiranya keputusan peperiksaan PMR sebenar baik dan aku ditawarkan untuk ke mana2 SBP, mungkin aku dan keluargaku tidak keberatan untuk aku mendaftar di sana.

Itu kisah yang berlaku pada tahun 2004. Sebenarnya ada lagi kisah rakan kelas aku mengenai permohonan ke SBP yang tak perlu la nak dinyatakan kat sini. Tapi yang peliknya, aku ok je isi borang permohonan ke sekolah menengah teknik dan alhamdulillah dapat juga tawaran ke SM Teknik Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang (tapi tak pergi pun).

Entri kali ni aku berminat nak bercerita tentang SBP bukan sebab apa, baru ni sepupu aku dapat tawaran menyambung pelajaran ke tingkatan 4 di SBPI Gombak. Sejak aku masuk INTEC, aku tau sekolah ni memang antara yang terkenal dari segi kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum. Keputusan SPM sahaja memperlihatkan SBPI Gombak dapat menduduki ranking 20 sekolah terbaik di Malaysia saban tahun. Kokurikulum pula menampakkan sekolah tersebut yang gah dalam pertandingan debat ala parlimen dan sebagainya.

Waktu tingkatan 4 dan 5, aku selalu je baca majalah fokus SPM yang mana sekolah2 SBP seperti ni gah mencipta nama berikutan para pelajarnya yang cemerlang dan aktif. Waktu tu aku selalu meletakkan ‘high standard’ pada pelajar2 SBP. Aku pun ada dengar yang SBP seperti ASiS mempunyai beberapa guru pakar (berstatus lepasan PhD) dalam subjek2 tertentu seperti add math yang boleh menyumbang ke arah result terbaik.

Semenjak dua menjak ni pun, aku selalu sangat tonton di youtube persembahan2 wind orchestra dan pancaragam yang mana sekolah2 SBP ni selalu ambil bahagian. Ye la, sekolah aku tak jumpa benda2 ni. Aku akui yang aku pun minat pada muzik lebih2 lagi yang melibatkan alat2 muzik yang susah nak belajar. Dulu waktu kecik2 aku selalu pasang angan2 nak sertai kumpulan pancaragam atau orchestra waktu sekolah menengah tapi tak kesampaian. Haha.

Walau apapun, aku gembira sebab aku dikelilingi oleh para pelajar cemerlang dari sekolah2 SBP dan MRSM sejak belajar di INTEC hinggalah sekarang. Bagi mereka, tradisi belajar di luar negara akan sentiasa diteruskan setiap tahun. Sebab itulah diorang mempunyai rakan2 dan senior2 yang belajar di serata dunia termasuklah US, UK, Australia, New Zealand, Perancis, Jerman, Korea, Jepun, Russia, Indonesia, India, Mesir, Ireland dan lain2. Dan aku masih tetap meletakkan level yang tinggi pada mereka untuk meraih keputusan cemerlang dalam setiap exam yang mana inilah yang membuatkan aku untuk terus bersaing dengan mereka. Semoga kita orang melayu mampu bersaing untuk cemerlang dengan pelajar2 dari bangsa lain. Jazakumullah.


Saturday, January 14, 2012

Sekalung tahniah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai akhirnya exam semester ni. Walaupun dengarnya dulu dari senior yang sem 1 tahun ketiga ni agak santai sebab kurang kelas, tapi subjeknya boleh tahan susah! Rasa seperti hilang segala beban bila habis sem ni. Kalau boleh dah tak nak ingat balik soalan2 exam sem ni. Agak mengecewakan. Sama2 la berdoa agar lulus semua subjek. Nak target A atau A-? Tinggal harapan je kot.

Bila buka facebook, aku memang teruja la tengok kawan2 waktu kat intec yang baru je graduate disember lepas. Aku memang suka tengok majlis konvo, lagi2 tengok jubah yang dipakai. Haha. Tapi tak tau kenapa aku lagi suka suasana konvo universiti kat aussie sebab ada yang buat dalam open environment, kawasan lapang tak berbumbung dengan skrin yang besar giler!

Ni Firdaus Romli, roomate aku kat kolej cendana. Dia antara orang yang terawal yang aku kenal bila masuk INTEC. Orangnya memang kuat baca novel lagi2 novel inggeris. Dulu siap cerita kat aku apa kesudahan sekuel harry potter bila dia habis baca novel yang ketujuh tu. So, awal2 lagi la aku dah tau yang Harry akan berkahwin dengan Ginny. Haha. Dan dia ni jugak kalau baca novel memang laju la. Sekarang dia dah graduate dari University of Melbourne dalam biotechnology kalau tak silap.


Yang ni pulak Aina Eliana, classmate aku kat INTEC (kelas Perth). Dia baru je graduate dari Australian National University, Canberra dalam bidang biotechnology. Dia la yang mula2 mengajar dan memperkenalkan aku dengan dunia adobe photoshop. Baru je belajar buat gambar waktu tu, terus kena buka booth jual gambar edit menggunakan photoshop waktu entrepeneur's day. Boleh tahan laku booth kitorang. As a credit, sekarang ni aku pun dah pandai la sikit design banner, bunting, backdrop and poster.

Haa, yang ni antara senior AUSMAT 18 yang aku kenal. Kak Nasoha Aras ni happy go lucky orangnya. Dia belajar biasa je, takde la sampai struggle habis. Tapi akhirnya result dia ok je. Dan disember lepas dah pun graduate dari University of South Australia, Adelaide dalam bidang farmasi. Rasa macam baru semalam je jumpa kak nasoha ni nak beli buku dia. Memang takkan lupa la kak nasoha ni jual semua buku teks + nota + exam & questions compilation dengan harga RM70! Kalau nak beli buku teks satu2 (fotostat) mau lebih seratus ringgit. Sekarang ni dah habis dah pun 4 tahun dia belajar degree kat sana.

Ni pulak Syed Mazuan (kiri) & Syed Umar Faruq (kanan). Sorang belajar kat MRSM Taiping, sorang lagi belajar kat MRSM Jasin. Kedua2 Syed ni baru je graduate dari University of Melbourne dalam bidang sains kalau tak silap. Mazuan ni roomate aku kat kolej cendana. Orangnya cool je. Umar ni pulak aku kenal melalui Amir Said & Fakarudin.

Entri ni memang dibuat untuk mengucapkan sekalung tahniah buat rakan2 yang dah graduate dalam bidang masing2. Tapi kebanyakan kawan2 aku yang belajar farmasi kat aussie, diorang akan graduate hujung tahun ni (4 tahun). Yang mana dah graduate selepas 3 tahun degree (eg. biotechnology, science), diorang dalam proses menyambung untuk buat satu tahun Honours. Aku kat sini graduate hujung tahun depan. Woho, such a long journey to go. Buat rakan2 yang nak masuk tahun akhir kat aussie tu, good luck! Jangan sekadar mencecah awan, tapi biarlah sampai menggapai bintang! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...