Pada 9 - 11 Mac 2012 yang lepas, sempat aku mengikuti perjalanan ke bandar Kuala Terengganu. Tujuannya untuk menghadiri majlis perkahwinan (atau orang tempatan panggil 'makan gulai', betul ke?) kakak kepada Hishamudin. Aku juga sempat menginap di rumah abang aku di Padang Midin yang bekerja sebagai ahli MARITIM. Tidak ketinggalan aku sempat menikmati sotong celup tepung di kawasan berhampiran lapangan terbang. Terima kasih kepada housemate terutamanya Amirul Bukhari yang sudi menyediakan tempat tinggal malam yang berikutnya di Batu Rakit. Pada malam ahadnya (hari sabtu), kami sempat berjalan2 sekitar Padang Warisan (aka I-City Kuala Terengganu) dan Pantai Batu Buruk. :)
"Jika engkau mahukan teman, cukuplah ALLAH sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-Quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat." -Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam-
Sunday, March 18, 2012
Saturday, March 3, 2012
Dalam Kenangan
Minggu depan, genap sebulan pemergian arwah nenek yang telah pergi ke rahmatullah pada 8 Februari 2012 yang lepas. Sayu rasanya mengenangkan. Arwah seorang yang tegas namun dalam masa yang sama mengambil berat hal ahli keluarga. Arwah disahkan pergi selepas mengalami komplikasi jantung dan peparu berair. Pihak Hospital Ipoh dah mencuba sedaya upaya menyelamatkan namun ajal maut di tangan tuhan.
Bila mengenangkan cerita mak yang menjaga arwah sehari sebelum pemergiannya (semalaman di hospital), agak sedih. Komplikasi penyakit yang dialami menyebabkan arwah berada dalam keadaan tidak sedar tentang apa yang dilakukan walaupun beliau boleh melihat dan bercakap (sampai x boleh kenal siapa yang berada di sekeliling). Dari segi medical term, keadaan itu disebabkan hypoxic encephalopathy yang menyebabkan tisu2 otak mula gagal berfungsi. Sewaktu di wad, badan arwah disambung dengan alat bantuan pernafasan dan parenteral nutrition. Air mata aku hampir bergenang sewaktu mak menceritakan saat2 itu. Memang sakit keadaan arwah waktu tu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Lepas ni aku dah tak dapat dengar suara2 arwah yang selalu dilontarkan untuk aku setiap kali balik kampung. Sepi.
"Duan tu ada ke saadiah (mak) selimutnya untuk dia tidur?"
"Duan tu nak ke surau ke? Ada kain pelekatnya?"
"Dah diajak ke duan tu makan sekali?"
Kini, aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat. Dan aku tahu bermula saat ini aku akan sedaya upaya mengambil berat ibu dan bapaku dan menjaga hati dan perasaan mereka kerana aku tahu mereka nak yang terbaik untuk aku. Mak dah tak berapa sihat sejak kebelakangan ni. Buat kuih untuk dijual pun dah tak selalu. Satu hari nanti kalau aku dapat pilih tempat kerja, aku akan cuba minta hospital yang dekat2 dengan hometown aku supaya senang kalau ada apa2 yang berlaku. Mak tetap bersemangat dari dulu lagi walaupun macam2 dugaan menimpanya. Itulah yang aku jadikan pembakar semangat untuk aku teruskan hidup. Kadang2 rasa sayang tak dapat diungkap dalam bentuk perkataan. Kerana ia melebihi segalanya.

Buat nenda yang telah pergi,
Allahyarham Sabaniah binti Abdullah
Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah
dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
AL-FATIHAH

Subscribe to:
Posts (Atom)