Thursday, April 19, 2012

Rumah Siap, Pahat Masih Berbunyi

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku salute dengan mainboard, HOD & HC yang lain untuk program 5th MyPSA National Pharmacy Sports Carnival 2012 ni. Bukan senang nak handle banyak benda. Kalau handle national event macam ni tanpa perlu hadir ke kelas takpe la jugak. Istilah hectic memang tak dapat dipisahkan. Lagi2 program manager yang pening kepala dengan macam2 masalah berlaku sejak 6 bulan yang lepas sehingga la berakhirnya program ni.

Program yang mempertandingkan 8 acara (futsal, bola tampar, ping pong, bola jaring, bola keranjang, tenis, sepak takraw dan badminton) disertai oleh 8 IPTA dan IPTS yang mempunyai fakulti farmasi (UIA, UiTM, UKM, USM, UM, Monash, CUCMS & UCSI). Julung2 kalinya diadakan di UIA Kuantan, penganjur mempamerkan Kompleks Sukan yang baru sahaja siap dibina tahun lepas. Aku masih ingat lagi bahwa mantan presiden IPhA kita, saudara Syamil Zahari yang membida UIA sebagai penganjur pada tahun ini ketika beliau menyertai National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) 2 tahun lepas.


Alhamdulillah, UIA sekali lagi merangkul gelaran juara keseluruhan bagi tahun kedua (atau ketiga? tak pasti) dengan mengalahkan USM di tangga kedua. Tapi bagi aku kemenangan UIA untuk futsal lelaki lebih membanggakan. Kalau kalah futsal lelaki rasanya macam serba kekurangan je. Yang penting aku nak si fawwaz or mirul jadi keeper tahun depan. :)

Aku tak tau masalah yang biro lain mungkin alami. Tapi apa yang aku tau biro aku (catering) paling banyak masalah yang memeningkan kepala sewaktu hari kejadian. Aku bersyukur kerana subcom aku adalah yang terbaik dan berdedikasi. Susah senang yang aku tanggung, diorang pun sama2 rasa. Aku mengaku, pertama kali menggalas tugas sebagai headcom biro ni, banyak benda aku terlepas pandang. Macam2 kekalutan berlaku sepanjang program tu.

Yang pertama, subcom yang aku tugaskan untuk bertugas di Hotel D'Embassy memang tak cukup. bayangkan aku dgn hazwan je kena mengangkat berplastik2 makanan dan berkotak2 air mineral dari bilik ke bilik peserta untuk edarkan makanan dan minuman. Bahagian sister tak kurang juga kesiannya. 4 orang sister memang tak cukup untuk edarkan ke semua bilik peserta perempuan. Memang malam tu bermandi peluh la. Balik je terus tidur kepenatan. Dan aku jadi agak kurang ceria bila dapat tau menu malam tu terlalu pedas. Mengalir jugak air mata aku menahan pedas bila makan.

Esoknya untuk sarapan, ada salah faham lokasi program oleh caterer. Dia dah siap nak distribute makanan kat stadium dah. Padahal program kami di kompleks sukan indoor kat atas bukit. Kat stadium ada program olahraga SBP2 pantai timur. Akibatnya, kelam kabut nak bagi makanan kat peserta. Lagi satu, caterer tak terfikir pulak yang kena sediakan sudu untuk sarapan tu. Kesian aku tengok sebahagian peserta cina yang guna serpihan polystyrene untuk jadikan sudu. Nasib baik subcom aku bergegas pergi beli sudu plastik kat Eng Hong.

Waktu tengahari pulak, makanan lambat sikit sampai. Aku dah tension kepenatan sebab pergi distribute berkotak2 air mineral ke banyak gelanggang. Rasa nak pitam dan macam nak tercabut je pinggang waktu tu. Haha. Lagi panas hati bila ada yang paksa suruh cepat. Sabar boleh tak? Bukan kitorang tak buat kerja. Nak jaga makanan lagi. Nak ambil air mineral 29 kotak dari kuliyah farmasi ke sports complex lagi. Nak bergerak dari satu gelanggang ke gelanggang lagi. Memang panas hati dengan yang takde budi bahasa. Huh, sabar je la..

Petang tu pulak ada minum petang. Ada la kuih sikit untuk para peserta. Tapi mendukacitakan sikit bila pekerja caterer terhantar makanan depan tangga besar. Ada salah faham sebab pekerja dia lain dengan yang hantar waktu tengahari. Jauhnya nak mengangkat dari depan tu sampai ke bahagian cafe untuk distribute makanan. Hanya bertawakkal dan bersabar je dengan keringat yang ada. Tapi kepenatan terbalas dengan kuih karipap dan seri ayu. Hehe. Aku rindu kuih yang mak aku buat!

Malam tu seawal 7.30 lagi aku dah berangkat ke Main Hall, Administration Building untuk majlis penutup NPSC 2012. Menu malam tu nasi beriyani, ayam goreng berempah dan dalca. Memang menyelerakan. Kami dah bersemangat untuk buat kerja. Tapi akhirnya tension jugak sebab ada masalah berlaku. Pertamanya, air tak cukup. Pelik kan? Sebelum program tu caterer cakap air dia akan buat lebih. Memang aku nampak ada tong air spare. Tapi tetap habis. Yang kedua, lauk tak cukup. Lagi2 ayam goreng berempah tu. Aduh, rasa nak pengsan je waktu tu sebab dah tak tau nak buat apa. Caterer cakap memang dia lebihkan makanan dalam 50 orang.

Dengan kepenatan and kebingungan, aku pun call caterer banyak kali. Tak tau mana silapnya. Lepas program, baru la dapat tau apa yang silapnya. Sepatutnya biar je subcom aku kautkan lauk untuk peserta. Tapi ada 'manusia2' yang datang complain kat aku, "kenapa tak bukak dua barisan je? lambat la kalau bukak satu je". Dan manusia2 ini la yang menyebabkan 40 orang committee tak dapat makan malam tu. Sebab apa? Sebab ramai peserta yang tak tau malu ambil sampai tiga empeat ketul ayam. dan ada jugak yang bawak penyokong tambahan - tak bayar duit tapi makan jugak malam tu. Mana boleh!

Kalau setakat aku n subcom aku tak dapat makan malam tu aku tak kisah. Ni sekali dengan biro closing yang tak dapat makan. Tapi diorang tetap berkeras nak makan. Aduh! Kami biro catering yang uruskan makanan orang lain tapi tak dapat makan, kami masih boleh pertimbangkan. Tapi kenapa korang terlalu mendesak. Tension aku. Bertambah tension lagi dengan seorang peserta USM yang berkeras nak makanan 'special' dia. Dia tak tulis pun dalam borang yang dia ada allergy ayam dan telur tapi tetap berkeras. Memang tak tau malu! (i had to say). Then caterer terpaksa la cari ikan goreng kat kedai2 makan berhampiran. Makan je la nasi n dalca tu. Still nasi beriyani kan. Papadom n buah tembikai kan ada.




Dengan kelaparan dan kepenatan, kitorang biro catering pun berkemas la lepas program habis. Nasib baik la ada orang sudi teman aku makan KFC kat Teluk Cempedak tengah2 malam tu. Kurang sikit tension aku. Apa2 pun aku selaku ketua unit catering NPSC 2012 memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan kami sepanjang program berlangsung. Alhamdulillah PM NPSC 2012 berpuas hati dengan apa yang biro kami buat.

p/s: Caterer untuk program NPSC 2012 ni - Syakahar Enterprise memang senang bekerjasama dan senang untuk tawar harga. Kalau ada yang minat boleh hubungi Kak Syafrinie - 019-9931650. Setakat ni aku dah merasa nasi minyak, nasi beriyani, pulut kuning, rendang ayam, ayam goreng berempah dll. Memang sedap.

Wednesday, April 18, 2012

REAL LIFE BEGINS V

Assalamualaikum.

Berserak indah bunga melati,
Tersemat kuntuman bersimbah cahaya,
Segala puji bagi Ilahi,
Nikmat di dunia tiada terhingga.

Agak sebulan juga menanti untuk post kali ini. Memang aku mencari masa yang sesuai untuk update blog ni tetapi kekangan masa membatasi. Melihatkan tajuk di atas, barangkali semua orang dapat mengagak apakah yang nak diceritakan di sini.

Pertengahan bulan februari yang lalu, aku buat kesekian kalinya hadir ke klinik respiratori HTAA. Kali ni staff nurse tak minta aku buat sputum AFB. Katanya tak perlu dah. Cuma dia minta aku buat chest x-ray. Kalau nak dikirakan, aku pun dah tak terkira berapa puluh kali dah aku buat chest x-ray semenjak tahun 2008. Pendek kata, lepas jumpa doktor tu aku pun dah discharge dari klinik respiratori tu. Cuma doktor pesan kalau ada lagi timbul simptom2 yang sama seperti sebelum ni, dia minta aku datang balik klinik tu.



Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Apa yang Kau rancang adalah yang terbaik. Cuma hamba-Mu yang lemah ini gagal menafsirkannya dari mula. Sem ni memang banyak belajar tentang penyakit TB. Siap aku yang kena present tajuk penyakit ni under Lower Respiratory Tract Infection untuk seminar Anti-infective & Cytotoxic Agents. Subject Clinical Pharmacy II pun tak kurang jugak. Kena belajar signs & symptoms of TB. Tu yang menyebabkan aku lebih memahami dengan 'kawan' aku ni.

Lepas belajar, apa yang aku boleh simpulkan tentang apa yang telah aku lalui ialah aku bermula dengan dormant TB, tiada simptom yang dapat dikesan waktu aku buat chest x-ray ketika aku membuat permohonan visa pelajar untuk belajar di luar negara (2008). Tapi selepas 2 tahun (2010), simptom2 mula timbul. Mungkin disebabkan sistem imun berkurang waktu tu. TB berbahaya tapi kalau langkah pencegahan diambil, insyaAllah penularan jangkitan ini dapat diatasi. Sewaktu temujanji dengan doktor kali terakhir hari tu, memang chest x-ray yang kali ni jauh lebih berbeza dengan yang 2 tahun lepas. Kali ni apa yang boleh aku cakap, x-ray peparu aku sebelah kiri dah clear.


Kita merancang, Tuhan juga merancang. Dan rancangan-Nya adalah yang terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...