“Assapek,
aku memang takde apa2 kerja untuk rehlah ke?”
“Owh, bukan
taknak bagi tapi sebab korang akademik dah banyak keje kat kelas, kitorang
rehatkan. Tapi kalau ko nak ok jugak. Ada kekosongan untuk accommodation”
“Ok je.”
Sejak tu
aku mula terlibat sebagai antara committee rehlah.
“Tapi kalau
ko nak bantu aku ok jugak. Committee aktiviti x cukup orang.”
“Boleh je.”
Haa, sape suruh
offer diri. Kan dah dapat macam2. 4 Oktober 2012, kitorang semua committee
sempat buat site visit untuk tengok Kempville Beach Resort yang bertempat di Kg
Kempadang (berhampiran pantai sepat, kuantan). Sempat menjengah kemudahan yang
disediakan. Chalet yang ada pun memang memuaskan. Dah banyak organisasi2 besar
buat program kat situ. Ada tasik dan pantai. Sesuai untuk tenangkan minda.
Amir, hafizza
dan aku kena handle aktiviti. Untuk accommodation kerja dia senang je. Tu yang
sampai aku boleh offer diri. Memang tak dinafikan committee aktiviti kena
handle semua games bermula dari explorace, aktiviti berkayak, wire bridge dan spider
web sampai la ke sukaneka. Bukan setakat handle tapi memastikan semua aspek
teknikal terurus. Memang penat.
Sebenarnya
untuk explorace tu, checkpoint asalnya lebih banyak. Tapi kitorang cut
off sebab risau semua kumpulan tak dapat habiskan sebelum pukul 12 tengahari.
Sepatutnya ada 2 lagi checkpoint kat Padang MPK sebelah masjid negeri dan
kompleks sukpa. Tapi dah cancel out. Akhirnya, bila dah tiba hari kejadian,
lain pulak yang berlaku. First group tiba di kg. kempadang (final checkpoint)
pada pukul 9.45 pagi! Haa sape suruh awal sangat sampai, kan dah x tau nak buat
apa. Tapi kalau ikut format game, yang sampai awal tak semestinya menang.
Format ni dibuat macam tu sebab kami tak
cukup committee nak jaga setiap checkpoint. Tak boleh la anggap macam running
man sangat. Haha. Cuma yang sampai awal dapat markah tambahan. Yang menang
explorace adalah orang yang berjaya habiskan semua task dengan baik. Banyak
group kantoi kat checkpoint untuk makan sarapan selama 3 minit n skipping. Jadi
kita bagi telur ayam je la.:)
Komiti aktiviti
Sebenarnya
kesian kat tuan driver. Kena drive banyak kali ke semua checkpoint serata
kuantan tu. Waktu kitorang tak habis lagi tampal klu pada pagi sabtu tu, group
pertama dah pun call tanya pasal kedai Eng Hong yang x buka lagi. Wow, advance
betul! Sebenarnya aku silap jugak sebab kertas masterplan untuk explorace ni
aku letak kat atas meja sebelum pergi tampal klu. Balik2 tgok dah berterbangan
dah kertas tu. Em, boleh jadi ada yang dah tengok ni. Haha.
Pukul 2.30
petang tu, semua berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Semua tak sabar nak
berkayak bagai. Yang peliknya keselamatan ditanggung sendiri. Aku dah la tak
pandai berenang. Harap kat amir je la kot untuk jadi life saver. Tapi memang
setiap orang yang terlibat kena pakai life jacket. Alhamdulillah takde peristiwa
yang tak diingini berlaku. Kecuali ada beberapa orang yang terjatuh waktu buat
wire bridge. Sempat la jugak aku merasa berkayak dan lalu wire bridge tanpa
suit penyelamat tu! Hehe.
Malam tu
kitorang lega sikit sebab biro catering yang handle bbq dan aktiviti dalam
dewan (game regu, bunga api etc.). Tapi, kitorang tak duduk relaks je. Kena kira markah
explorace n isi air dalam belon. Badan dah mula2 sengal2. Bila buat wire bridge
tu memang terasa lenguh kat bahu.
Esoknya
awal2 lepas solat subuh terus bersiap2 ke pantai untuk set up game sukaneka.
Mula-mula bila tengok ada anak sungai pemisah kempville dengan pantai, ingat
nak buat sukaneka kat padang je. Rupa-rupanya air cetek takat betis je. So
berpanas la semua orang sampai tengahari. Kalau tak buat kat situ, tak merasa
la keindahan pantai. Game sukaneka asalnya ada 7. Tapi sebab lambat start,
sempat main 5 je. Yang 2 lagi tu sepatutnya game bola beracun n main bola kaki
berikat. Tapi dapat 5 pun dah syukur. Dari awal pagi sampai la ke pukul 11
lebih kitorang bertiga berpanas kat pantai tu. Biro prep & tech pulak takde.
Kena angkat semua barang2 aktiviti tu sendiri merentasi sungai. Memang terbakar
habis la muka kitorang lepas program tu. Tak sempat nak apply sunblock dulu.
Hehe.
Semoga
program sebegini menjadi sebahagian dari memori batch rx8 iium kuantan. Lepas ni
rasanya dah takde rehlah. Nak prepare untuk AGD final sem depan. Ma’as salamah.