Sunday, February 10, 2013

Final Semester Ever

Assalamualaikum w.b.t.

Lama sungguh blog ni takde update. Bulan lepas busy dengan final exam. Sekarang alhamdulillah dah masuk semester akhir untuk 4 tahun pengajian di UIA ni. Ini bermakna dah dekat nak masuk alam pekerjaan la! Umur pun dah makin meningkat, schoolmate pun ramai yang dah kerja. So, kena la prepare physically and emotionally untuk berkhidmat sama ada dalam sektor awam atau swasta. Memandangkan sekarang ni tengah bercuti 4 hari sempena tahun baru cina, jadi aku pun nak la update dengan benda2 baru kat sini. Banyak yang nak diceritakan. Haha.

Semester lepas, kalau nak ikutkan memang result aku jatuh sikit kalau nak banding dengan sem2 sebelum ni. Tapi aku dah memang agak pun. Banyak sebab kenapa result aku merudum. Bagi aku sem lepas adalah sem yang paling busy. Betullah seperti yang senior2 cakap sebelum ni. Praktikal kurang tapi assignment dan kerja berkumpulan teramatlah banyak. Itu belum masuk kuiz yang berlambak2, lagi2 semuanya nak buat dekat2 dengan final exam. Memang terasa penat. Lagipun sem lepas banyak subjek industry (sterilization, dosage design and quality assurance) yang aku kurang minat. Subjek2 macam ni kena banyak menghafal walhal aku ni lemah sangat dalam menghafal. Jadi, aku buat yang terbaik je asalkan lulus semua. Tak target tinggi pun. Memang result bro yang lain ada yang lagi tinggi dari aku. Tapi aku masih bersyukur dengan keputusan aku.

Bercakap mengenai result, aku tau sesetengah orang sensitif bila orang yang result tinggi2 ni bercerita pasal result exam. Ada yang rasa annoying dengan benda ni. Bagi diorang, orang yang result tinggi ni sombong and bongkak. Tapi sebenarnya tak semua orang macam tu. It's all about reaction. Orang yang dapat result bagus mestilah nak zahirkan perasaan gembira dan puas hati. Tapi tak bermakna nak menunjuk2 bagi orang lain iri hati. Aku pulak jenis tak reti nak react macam mana. Aku bukan la genius macam yazid kasani tu. Tapi aku kerja kuat ke arah tu. Setiap orang diberi kelebihan dan kekurangan masing2. Ada yang lebih dalam sukan tapi kurang dalam akademik. Ada yang lebih dalam akademik tapi kurang dalam sukan. Ada yang gifted, diberi kelebihan dalam kedua2nya. Justeru, patut bersyukur. Bila kita tau kita hanya hebat dalam sesuatu perkara sahaja, kita akan strive more dalam bidang tu supaya kita yakin untuk berhadapan dengan orang ramai pada masa akan datang.

Semester lepas memang banyak dugaan. Aku berperang dengan emosi. Tapi waktu tu la kita akan tau siapa sahabat yang sebenar. Sahabat bukan orang yang hanya berkongsi kegembiraan, lemparkan pujian yang indah2 dan menjaga hati rakan semata2 tapi dia adalah orang yang di kala kita jatuh dia bangkitkan kita walaupun bukan dengan kata2 yang menyedapkan hati dan menyedarkan kita agar berhadapan dengan realiti. Dan sahabat itu tak meminta balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat pun sebaliknya melakukannya dari hati yang ikhlas demi kebaikan rakan yang lain.


Semester yang terakhir ni, aku melangkah dengan penuh rasa tenang. Mungkin sebab bilangan subjek dah kurang. Tapi itulah yang dinanti2kan selepas sem2 sebelum ni terlalu penat dan sibuk. Namun, orang masih mempercayai aku untuk menggalas beberapa tanggungjawab. Sampai sekarang aku tertanya2 apa relevennya aku dipilih oleh lecturers untuk mewakili UIA dalam National Pharmacy Quiz yang akan diadakan di AIMST University nanti. Sedangkan ramai lagi yang CGPA tinggi2 termasuklah mereka yang dapat dean list. Risau jugak la kalau2 aku akan spoil markah kumpulan disebabkan gagal menjawab dengan betul. Huhu. Ada 6 subjek yang kena study (physiology, chemistry, pharmaceutical technology, pharmacology, pharmacy practice & clinical pharmacy). Apa2 pun, fighting!!


Lagi satu, aku baru dapat tau yang research project aku terpilih untuk sertai 8th International Medical Education Conference 2013 bertempat di IMU, Bukit Jalil. Tapi masih tak tau siapa yang akan present. Waktu buat research project hari tu, memang tak terfikir pun sampai macam ni. Target nak dapat markah yang memuaskan untuk secure result aku. Tapi disebabkan Dr. May, supervisor aku merupakan orang yang aktif menyertai pelbagai conference dan congress dalam membentangkan pelbagai kajian, jadi dia berminat hantar hasil kerja aku. Padahal tajuk aku simple je, "Stress Level Measurement among Pharmacy Students by Perceived Stress Scale (PSS) Method". Apa2 pun syukur alhamdulillah kerana mendapat peluang macam ni. 

Cukup sekadar ini. Next time nak cerita percutian keluarga ke Pulau Langkawi pulak. Ma'as salamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...