Monday, August 19, 2013

'Awesome 2013 Awaits'

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya, marilah kita doakan kesejahteraan pejuang2 Islam di Mesir yang kian hari bertambah bilangan yang mati syahid. Mereka (pengikut2 Dr. Morsi dan ahli ikhwanul muslimin) berjuang bagi menumbangkan pemerintahan yang zalim dan rakus yang mengorbankan banyak nyawa. Mungkin kita tidak mampu membantu dari aspek fizikal, namun paling kurang sokongan berbentuk doa amat2 diperlukan. Justeru, marilah kita sama2 membaca doa qunut nazilah pada rakaat terakhir setiap kali solat. Semoga Allah membantu mereka menegakkan Islam di bumi yang padanya mengalir Sungai Nil.


Masih belum terlambat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’ buat semua umat Islam khususnya yang mengenali diri ini. Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan selama sebulan. Semoga ibadah kita diterima Allah hendaknya.

Aku terpanggil untuk menulis pada waktu ni kerana teringat sebuah gambar yang diambil berhampiran Pantai Chenang, Pulau Langkawi (belakang chalet tempat kami tinggal sewaktu bercuti di sana) awal tahun ini. Terpampang ‘Awesome 2013 Awaits’ yang sempat aku coretkan pada pasir pantai tersebut. Bila terkenang semula perkara2 yang berlaku sepanjang tahun ini, aku tersenyum. Sebenarnya, itu hanyalah sekadar harapan. Siapa2 pun boleh berharap. Tapi untuk mengecapi apa jua harapan atau impian bukan sesuatu yang senang.


Bermula dengan Kuiz Farmasi Kebangsaan yang berlangsung di Semerling, Kedah, pada awal Mac yang lalu. Memang tak pernah sangka boleh menang naib johan. Memang kami sepasukan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mengharumkan nama UIA. Alhamdulillah, berkat usaha group discussion setiap minggu dan doa yang tak putus2 dari semua warga KOP, kami berjaya walaupun Piala Tariq dah bertukar tangan. Aku tau, sumbangan aku dalam kumpulan tak berapa banyak kalau nak dibandingkan dengan ahli yang lain. Tapi paling kurang ada sedikit kenangan manis yang sempat berkongsi dengan diorang. Melalui program ni jugak, aku jadi rapat dengan Sr. Khadijah Edueng & Dr. Amira selaku guru pengiring.


2 minggu selepas tu, aku sekali lagi menggalas tugas berat untuk membentangkan hasil kajian bersama pensyarah aku dari Myanmar yang merangkap supervisor, Dr. May Khin Soe dalam 8th International Medical Education Conference di IMU Bukit Jalil. Debaran memang terasa la dari awal. Bukan calang2 punya conference. Ni yang antarabangsa punya. Bila tengok senarai nama peserta, hampir kesemuanya adalah professor dan pendidik dari serata dunia (ada yang dari UK, US, Sweden, Belanda, Afrika Selatan, Arab Saudi, Korea, Indonesia, Australia, India dll.). Sewaktu pembentangan, ada 3 juri yang menilai – Ray Peterson (Australia), N.G. Patil (Hong Kong) & Gary Mires (UK). Memang gugup habis. Tapi tak letak harapan pun untuk menang sebab kajian yang aku buat simple je. Tapi, peluang untuk dapat sertai program macam tu (sijil disertakan), yuran (RM450) yang dibiayai penuh oleh Kulliyyah dan kos perjalanan ditanggung supervisor bukan semua orang dapat. Memang bersyukur sangat dengan apa yang diperoleh.




Pada Jun yang lepas, maka berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar ijazah. Alhamdulillah keputusan ok. Tak la tinggi sangat dan tak rendah sangat. InsyaAllah konvokesyen bakal berlangsung pada bulan 11 ni. Perasaan tu memang la gembira. Dulu kita selalu dengar ungkapan ‘menggenggam segulung ijazah’. Itulah harapan semua orang agar dapat peroleh pekerjaan yang bagus. Kejayaan ni hanyalah sebahagian daripada usaha untuk membalas jasa ibu dan ayah. Bila kita lahir dari keluarga yang susah, kita akan lebih menghargai dan berusaha keras untuk memperbaiki kehidupan ahli keluarga. Seperkara lagi, tahun ni yang agak istimewa bagi aku. Sepanjang hidup ni, tak pernah lagi orang sambut birthday aku or belikan kek. Tahun ni alhamdulillah ada insan yang hadiahkan sepotong kek yang aku tak pernah duga. Memang senyum sampai ke telinga la waktu tu. Haha. Dan kenangan sambutan birthday tahun ni menjadi lebih manis dengan adanya kejutan dari Dekan, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) pada hari2 terakhir sebagai seorang pelajar. Giler kau tak suka dapat birthday surprise daripada individu2 penting dalam Kulliyyah?? Haha. Walaupun kejutan tu melampau sampai muka aku muram sebab takut & terkejut sangat, tapi terima kasih kepada semua yang prepare birthday surprise tu.


Dalam pada sibuk menguruskan segala hal berkaitan untuk konvo dan kerja, aku sempat belajar untuk mendapatkan lesen memandu bulan jun hari tu. Alhamdulillah, berkat usaha belajar dengan abah sikit beserta doa dan nasihat dari rakan2, aku lulus test hujung bulan 6 tanpa perlu mengulang. Memang nervous habis la waktu test. Dah la aku tak pernah cuba bawak kereta sorang2. Dengan umur yang macam ni, memang agak lewat la untuk baru nak belajar bawak kereta. Lepas ni, bila dah kerja nanti, boleh la mula fikir nak beli kereta apa. Sebelum2 ni bila kengkawan pakat bersembang pasal kereta, aku mampu diam je. Hehe. Ma’as salamah.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...