Thursday, March 24, 2011

SPM dan Masa Depan

17 pelajar terbaik SPM 2010 peringkat Terengganu

Syabas kepada calon-calon SPM 2010 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Keputusan SPM 2010 yang diumumkan semalam memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan. Sekolah Izzuddin Shah juga berbangga dengan peningkatan keputusan yang mencatatkan Gred Purata Keseluruhan 2.52 meningkat berbanding tahun lepas. Namun, apa yang menarik minat aku untuk menulis entri kali ini adalah berita gembira kejayaan adik perempuan salah seorang ROOMATEku kini yang diumumkan sebagai antara pelajar terbaik SPM 2010 peringkat kebangsaan. Bekas pelajar SMKA Tok Jiring tersebut mencatatkan 11A+ bagi keseluruhan mata pelajaran yang diambil. Untuk artikel penuh akhbar Berita Harian, klik di sini. Katanya nak mengikut jejak langkah abang untuk belajar dalm bidang farmasi. Apa2 pun syabas diucapkan! Semoga mendapat peluang belajar di institusi yang terbaik di dalam negara mahupun di luar negara dan meneruskan kecemerlangan.

To be frank, aku mula mengetahui tentang SMKA Tok Jiring ni sejak berada di INTEC. Setelah Izzuddin Jaafar, senior Kulliyyah of Pharmacy IIUM mengharumkan nama sekolahnya sebagai pelajar terbaik akademik bagi kulliyyah ini, kini kisah pelajar terbaik SPM 2010 dari sekolah yang sama pula menyusul. Jadi kesimpulan yang aku boleh buat adalah kalau nak berjaya memang tak kira kat mana. Tak semestinya kena masuk SBP atau MRSM untuk melakar kejayaan dalam akademik. Semuanya berbalik kepada cara kita belajar.

Tapi dinasihatkan kepada calon2 yang dah berjaya, kejayaan takkan kekal selamanya. You yourself must sustain the excellence. Berdasarkan pengalaman, ada segelintir pelajar yang tak mampu mengekalkan kejayaan setelah melangkah ke alam universiti. Bukan kerana kekurangan bahan atau teknikal, tapi mungkin kerana pengaruh dan kebebasan. Kalau dulu kat sekolah asrama segala perancangan dan strategi belajar dibekalkan oleh tenaga pengajar, tapi bila dah belajar di peringkat yang lebih tinggi, semuanya bergantung kepada diri. Bukan semua orang yang berjaya di peringkat sekolah akan terus berjaya seperti Nur Amalina Che Bakri yang saya labelkan sebagai ‘gifted’. Jadi usaha yang berterusan perlu diterapkan.

Cerita mengenai bidang yang diceburi pula, orang yang berjaya dalam SPM selalunya bertuah kerana dapat belajar dalam bidang yang diminati. Justeru, bersyukurlah dengan apa yang dikecapi kerana di luar sana lebih ramai lagi yang terlepas untuk belajar bidang yang dicita-citakan. Aku bersyukur kerana diberi peluang belajar bidang yang diminati sejak di bangku sekolah.

Kalau ditanya tentang perancangan dan impian meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, jawapanku mudah – aku memang tidak merancang kerana target aku adalah untuk bekerja selepas tamat pengajian ijazah pertama dan membantu keadaan sosioekonomi keluarga. Lagipun, aku memang tidak bercita-cita menjadi seorang lecturer yang memerlukan master dan PhD untuk mendapat kedudukan yang lebih baik. Kepada yang bercita-cita tinggi, gapailah impian itu setinggi yang mungkin bagi membina masa depan yang cerah. Apa2 pun, kalau dah berjaya nanti, janganlah bersikap SOMBONG. InsyaAllah orang di sekeliling anda akan turut tumpang gembira.

Wednesday, March 9, 2011

Is that me?

Semester ini hampir melabuhkan tirainya. Minggu ni merupakan minggu kedua terakhir sesi lecture sebelum study week dan final exam bermula. Then, aku akan bercuti 4 bulan setengah sebelum memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun ketiga di UIA nanti.

Dalam sibuk2 menyiapkan assignment, report dan study untuk kuiz, aku pun tengah merancang aktiviti cuti semester nanti. Kalau orang lain melancong bersama keluarga dan sibuk mencari kerja, aku tak kot. Mak aku nak sangat aku ada kat rumah tolong apa yang patut untuk wedding kakak aku. Tapi tengok la camne..

Kelmarin (7 mac), telah berlangsung dinner Rx8 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Seronok jugak malam tu. Walaupun kecewa dengan layanan pihak hotel, tapi dengan bayaran RM10 seorang berbaloi rasanya. Apa yang menarik perhatian adalah reaksi orang ramai bila aku melangkah masuk ke dalam dewan. dah la ramai sister belaka. Aduss, rasa segan bila semua orang pandang. Semuanya gara-gara pakaian aku. Bright sangat kot. Ye la, aku dah la pergi kelas dengan baju yang dull je, sekali datang dinner dengan sesuatu yang lain. Mana tak terkejut semua orang.

Pelan asal nak pakai je jubah yang dipinjam dari Alqarni sebab tema dia international. Tapi, rasa tertarik pulak untuk mencari baju yang lebih smart. Maklum la, dulu waktu AUSMAT Grand Dinner kat Grand Blue Wave Hotel, tak nak pulak bergaya sakan. Pakai kemeja putih je. Sekarang baru ada peluang nak bergaya. Memang mengidam nak pakai vest. Walaupun dinner ni baru untuk tahun kedua je. Belum final year lagi.

Apa2 pun, waktu persembahan la paling tak boleh lupa. Ade ke kena karaoke atas pentas? Dah la suara tak sedap. Idea asal aku nak suruh berqasidah je, tapi apakan daya.. idea ditolak. Las2 aku pilih jugak la lagu warisan nyanyian sudirman sebab sesuai dengan tone suara aku yang besar.

Bila aku pergi kelas semalam dan hari ni, ramai yang bertanya mana aku yang 'different' pada malam tu? Jawapan aku senang je, cinderella (putera cinderella la kan) muncul pada satu malam je.. haha.















AUSMAT Grand Dinner 2008

Annual Grand Dinner Rx8 2011





Friday, March 4, 2011

Twitter vs Facebook

Assalamualaikum wbt.

Long time no latest update make me feel to begin telling a story this time. A little leisure make me sometimes feel exhausted n a lil bit busy (rushing mostly) especially with academic progress in this campus. when it's over, then i used to have the time with this what so called blogging.

Ok, kali ni nak bercerita tentang aplikasi twitter yang makin popular kebelakangan ini. Walaupun tak sepopular facebook, tapi caranya yang berbeza mula menarik aku beralih ke twitter ni. Patutlah kengkawan yg belajar oversea dah tak aktif facebook, rupanya aktifbertwitter - lebih-lebih lagi dengan wujudnya twitter dalam Iphone n BB. Aku baru beberapa minggu buat akaun twitter, masih dalam proses mencari orang-orang yg dikenali untuk follow. Kalau kat uia ni rasanya twitter ni x popular mana kerana caranya yang amat2 berbeza. Orang yang aku follow kat uia ni ada la beberapa orang. Nak dibandingkan dengan facebook, twitter x boleh nak upload video dan gambar directly. Tapi boleh dilakukan dengan menggunakan link.

Apa yang menarik perhatian aku untuk join twitter ni adalah konsepnya yang ada "follower" kita dan orang yang kita "following". Kebanyakan artis memang ada official twitter sebab nak lebih dekat lagi dengan peminat. Kalau popular, follower akan menjadi bertambah ramai for sure. Twitter lebih kepada mengupdate maklumat terkini dan mendekatkan kita dengan orang lain walaupun jauh beribu batu dan tak taw di mana berada. Dengan hanya menaip 140 character utk satu2 status, kita boleh inform seseorang, bertanya khabar, mendapatkan respons dalam masa yang singkat dan memberitahu aktiviti kita yang terkini. Kita juga boleh inform follower kat mana kita berada pada satu2 masa. Semuanya mudah dan simple.








Tapi sesetengah orang suka sesuatu yang boleh kita komen sesuka hati. Maaf cakap twitter tiada ruang untuk anda memberi komen pada status seseorang itu sebaliknya retweet status yang menarik untuk orang lain mengetahui. Contohnya sekarang ni aku follow twitter Anwar Hadi, aku boleh dapat tahu aktiviti terkini dia kat Sydney.

Bagi aku twitter tidaklah sehebat facebook tapi dari segi manfaatnya, aku rasa better. Tiada ruang yang luas untuk sesi "komen-mengomen" (boleh jadi mengutuk kawan sendiri). Ia bercirikan moden, menjaga privacy (ada cara bagaimana status yang relate dengan kita tidak dibaca follower) dan meng'update' minda kita dengan berita2, fakta2 dan maklumat terbaru. Kalau nak baca suratkhabar akan ambil masa yang lama, tapi dengan twitter anda boleh mengetahui sari berita yang paling terbaru dengan follow official twitter akhbar dalam mahupun luar negara.

*makin gembira bila assyafiq sudi lend ipod dia untuk aku update status twitter. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...