Sunday, April 17, 2011

Post-Sem Recall

Assalamualaikum.

Semester ni dah pun melabuhkan tirainya. Seperti biasa, memang aku jarang update blog sebab kesibukan yang berkaitan dengan akademik dan perkara2 lain. Awal semester hari tu lagi dah ada yang bagitau, senior cakap sem 2 year 2 ni la antara yang paling hard sekali sepanjang 4 tahun belajar ni. Aku waktu tu x berapa terfikir lagi apa yang sibuknya tentang sem ni. Kalau nak kira bilangan subjek, semester2 akan datang pun x kurang banyaknya. Tapi lepas melalui 4 bulan yang baru berlalu ni, then i know what does it mean.

Sem ni banyak subjek body system, dah tu banyak la topik pharmacology yang banyak melibatkan case study - the hardest part in those subjects. Lagi2 bila subjek tu diajar oleh dean. Student faham2 je la gaya dia mengajar. Tak datang kelas, parah la. yang datang kelas pun x konpem boleh faham. Tang praktikal pulak, terlalu banyak lab session. Report submission pulak ditangguh2kan. Jadi bertimbun la kerja di hujung sem. Itu belum tambah lagi assignment2 yang berlambak2. When i told my mum regarding this, i just added these words at the end, "takpe la mak, kesibukan dan kesusahan belajar farmasi ni akan terbalas bila dah dapat kerja nanti. gaji yang dapat nanti berbaloi dengan kesukaran sepanjang belajar 4 tahun ni." Orang lain tak tau la camne. Mungkin gaji dalam RM4K untuk Pegawai Farmasi U41 tak cukup bagi segelintir.

Sebenarnya entri kali ni nak highlight perkara2 penting sepanjang sem ni. Sori mungkin agak personal sikit. Tapi rasa nak cerita punya pasal, aku update la. Sebab macam student Rx8 yang lain, aku pun rasa terbeban sikit sem ni.

1. Awal sem dimulakan dengan sedikit kekeliruan menguruskan timetable subjek EAW. Penat arrange dengan course coordinator dgn eassistant dia. Ada sekali tu sampai kelas kat KOP terpaksa ponteng untuk datang kelas EAW kat library. 2 jam 30 min kelas EAW di KOM malam khamis merupakan perkara biasa.

2. Digemparkan dengan pemberontakan di Mesir. Mostly kawan2 aku balik Malaysia lepas dipindahkan ke Jeddah buat seketika.

3. Gempa bumi di Christchurch, NZ. Student2 Malaysia kat sana dalam kerisauan.

4. Tsunami di Jepun. Begitu mengejutkan dengan laporan gegaran skala richter mencecah 8.9. Ditambahi dengan kes letupan atau kebocoran loji nuklear. Risau dengan keadaan rakan yang belajar di Fukushima.

5. Berada di HTAA dari pagi hingga ke petang untuk membuat survey EAW. Tertekan jugak dengan sikap segelintir pelawat yang enggan untuk melihat kertas survey apatah lagi nak isi. Lagi tertekan dengan alasan "saya tak faham apa yang awak cakap". Rasanya aku cakap macam orang lain cakap je xde beza. Owh rupanya pelawat2 HTAA bukan semuanya Malaysian dan Melayu.

6. Misunderstanding waktu tempah poster pharmacognosy. Dah bagitau suruh buat saiz A1, orang kedai print ikut saiz banner pulak. Dah tu buat silap xnak mintak maaf. Dia suruh bayar ikut harga banner lagi ada. Tapi dengan rebellious type of Rezuan Ahmad, last2 surrender jugak orang kedai tu. Siap orang kedai tu cakap "jangan nak tunjuk belagak la kat sini". Apa punya tak beradab la orang kedai ni kat customer. Serik dah dengan kedai tu. Adoyai.

7. Appointment dengan doktor klinik respiratori HTAA beberapa kali sem ni menyebabkan aku terpaksa skip beberapa kelas. Paling tak dapat terima bila skip kelas Prof. Tariq sekali tu. Dah la subjek dia ajar kena ada penumpuan dalam kelas. Ralat jugak bila sem ni banyak kelas tak datang kerana sebab2 macam ni.

8. Dengan jawatan ketua biro akademik batch, banyak perkara kena settle. Yang aku kecewa kenapa la biro aku ada 2 brothers je. Camne la aku nak arrange banyak benda. Kesal jugak la dengan rehlah rx8 yang x berapa menarik. Tapi apa pun, aku dan ahli2 biro dah usaha sedaya upaya organize program tersebut. Harap kepimpinan sem depan lagi mantap. Terima kasih juga pada wakil2 setiap biro yang tolong fotostatkan lecture notes. Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda.

Apa pulak ceritanya cuti sem selama 4 bulan setengah ni? Hurm, standard la tu kat uia ni kalau academic session sibuk sangat tapi bila cuti sem, boring yang teramat sebab panjang sangat. Bila tengok kat facebook dan dengar sendiri daripada rakan rx8, macam2 la program. Paling penting adalah mencari kerja. Yup, mestilah nak kumpul duit, takkan nak duduk rumah saja2. Lagi2 bila tahun depan ada perancangan trip kelas ke luar negara.

Kalau aku, macam orang lain mestilah nak cari kerja. Tapi hometown aku kecik kot. As usual, sirih pulang ke gagang. Balik rumah tolong mak jual kuih bila xde apa2 mmg kemestian. Tapi dengarnya kawan abang aku tengah mencari orang (lelaki preferably) untuk jadi assistant kepada pakar optometri hospital dia bekerja. Nak cari part-time promoter dan translator untuk produk rawatan LASIK dia tu. Mungkin kerja ni lari sikit dari apa yang aku belajar. Tapi belum cuba belum tahu. Kalau dapat kerja nanti boleh improve communication skill and gain new knowledge.

LASIK

Bile bercerita tentang trip kelas ke Australia tahun depan pulak, memang mencabar la task aku sebagai public relation. Tengah survey tempat2 yang nak pergi kat sana. Mdm. Rohani prefer Charles Sturt University, tempat Prof. Boyle kerja. Bila cek kat internet, lokasi dia kat New South Wales (NSW), particularly Wagga Wagga campus (school of pharmacy). Ni nak kena tanya kak arisya ni (UNSW graduated student). Mungkin dia tau lokasi dan selok belok NSW. Sebelum ni plan nak pergi Gold Coast (nak lawat Griffith University), tapi tak jadi kot. Perlu faham yang perjalanan antara city ke city atau state ke state kat Australia makan masa yang lama dan boleh jadi sampai sehari dua. Kita jalan2 kat NSW je pun dah ok sangat dah.


Charles Sturt University, New South Wales

Apa2 pun aku akan sedaya upaya cari maklumat dan jalankan tanggungjawab ni. Tapi for sure, aku x pergi (participate) ke Australia rasanya. Daripada aku habis dekat RM3k untuk trip seminggu ke Australia ni, lebih baik aku menabung untuk kerjakan umrah. Paling kurang boleh tunaikan salah satu ibadah sebagai umat Islam. :) Ma'as salamah.

3 comments:

  1. rehlah tu dh ckup best la rzed..best sngt!! sbb ak x prnh main boling sblm ni..at least merasa gak gi hantok bola ke lorong2 tu..haha

    ReplyDelete
  2. btol2.. aku sokong mas! bowling 2 best! at least dpt la release tensen quiz beberape minggu 2.. thanx a lot 4 ur hardwork n u've done a great job as the head for acad..:) btw, korg print poster 2 ktne?

    ReplyDelete
  3. thanx a lot. biro kitorg (kredit to kak syikin, ika n others) dah buat sehabis baik utk program tu. disbbkn kurgnye brothers, jd bnyk la keje yg aku kne buat.

    ani> kitorg print kat area blkg sara thai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...