Monday, December 10, 2012

Rehlah di Kampung Kempadang

“Assapek, aku memang takde apa2 kerja untuk rehlah ke?”
 “Owh, bukan taknak bagi tapi sebab korang akademik dah banyak keje kat kelas, kitorang rehatkan. Tapi kalau ko nak ok jugak. Ada kekosongan untuk accommodation”

 “Ok je.”

Sejak tu aku mula terlibat sebagai antara committee rehlah.

“Tapi kalau ko nak bantu aku ok jugak. Committee aktiviti x cukup orang.”
“Boleh je.”

Haa, sape suruh offer diri. Kan dah dapat macam2. 4 Oktober 2012, kitorang semua committee sempat buat site visit untuk tengok Kempville Beach Resort yang bertempat di Kg Kempadang (berhampiran pantai sepat, kuantan). Sempat menjengah kemudahan yang disediakan. Chalet yang ada pun memang memuaskan. Dah banyak organisasi2 besar buat program kat situ. Ada tasik dan pantai. Sesuai untuk tenangkan minda.

Amir, hafizza dan aku kena handle aktiviti. Untuk accommodation kerja dia senang je. Tu yang sampai aku boleh offer diri. Memang tak dinafikan committee aktiviti kena handle semua games bermula dari explorace, aktiviti berkayak, wire bridge dan spider web sampai la ke sukaneka. Bukan setakat handle tapi memastikan semua aspek teknikal terurus. Memang penat.



Sebenarnya untuk explorace tu, checkpoint asalnya lebih banyak. Tapi kitorang cut off sebab risau semua kumpulan tak dapat habiskan sebelum pukul 12 tengahari. Sepatutnya ada 2 lagi checkpoint kat Padang MPK sebelah masjid negeri dan kompleks sukpa. Tapi dah cancel out. Akhirnya, bila dah tiba hari kejadian, lain pulak yang berlaku. First group tiba di kg. kempadang (final checkpoint) pada pukul 9.45 pagi! Haa sape suruh awal sangat sampai, kan dah x tau nak buat apa. Tapi kalau ikut format game, yang sampai awal tak semestinya menang. Format ni dibuat macam tu sebab  kami tak cukup committee nak jaga setiap checkpoint. Tak boleh la anggap macam running man sangat. Haha. Cuma yang sampai awal dapat markah tambahan. Yang menang explorace adalah orang yang berjaya habiskan semua task dengan baik. Banyak group kantoi kat checkpoint untuk makan sarapan selama 3 minit n skipping. Jadi kita bagi telur ayam je la.:)

 Komiti aktiviti

Sebenarnya kesian kat tuan driver. Kena drive banyak kali ke semua checkpoint serata kuantan tu. Waktu kitorang tak habis lagi tampal klu pada pagi sabtu tu, group pertama dah pun call tanya pasal kedai Eng Hong yang x buka lagi. Wow, advance betul! Sebenarnya aku silap jugak sebab kertas masterplan untuk explorace ni aku letak kat atas meja sebelum pergi tampal klu. Balik2 tgok dah berterbangan dah kertas tu. Em, boleh jadi ada yang dah tengok ni. Haha.

Pukul 2.30 petang tu, semua berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Semua tak sabar nak berkayak bagai. Yang peliknya keselamatan ditanggung sendiri. Aku dah la tak pandai berenang. Harap kat amir je la kot untuk jadi life saver. Tapi memang setiap orang yang terlibat kena pakai life jacket. Alhamdulillah takde peristiwa yang tak diingini berlaku. Kecuali ada beberapa orang yang terjatuh waktu buat wire bridge. Sempat la jugak aku merasa berkayak dan lalu wire bridge tanpa suit penyelamat tu! Hehe.




Malam tu kitorang lega sikit sebab biro catering yang handle bbq dan aktiviti dalam dewan (game regu, bunga api etc.). Tapi, kitorang tak duduk relaks je. Kena kira markah explorace n isi air dalam belon. Badan dah mula2 sengal2. Bila buat wire bridge tu memang terasa lenguh kat bahu. 





Esoknya awal2 lepas solat subuh terus bersiap2 ke pantai untuk set up game sukaneka. Mula-mula bila tengok ada anak sungai pemisah kempville dengan pantai, ingat nak buat sukaneka kat padang je. Rupa-rupanya air cetek takat betis je. So berpanas la semua orang sampai tengahari. Kalau tak buat kat situ, tak merasa la keindahan pantai. Game sukaneka asalnya ada 7. Tapi sebab lambat start, sempat main 5 je. Yang 2 lagi tu sepatutnya game bola beracun n main bola kaki berikat. Tapi dapat 5 pun dah syukur. Dari awal pagi sampai la ke pukul 11 lebih kitorang bertiga berpanas kat pantai tu. Biro prep & tech pulak takde. Kena angkat semua barang2 aktiviti tu sendiri merentasi sungai. Memang terbakar habis la muka kitorang lepas program tu. Tak sempat nak apply sunblock dulu. Hehe. 






Semoga program sebegini menjadi sebahagian dari memori batch rx8 iium kuantan. Lepas ni rasanya dah takde rehlah. Nak prepare untuk AGD final sem depan. Ma’as salamah.

Thursday, November 15, 2012

2 Days 2 Nights 'Jongkakow' in Perak



Baru2 ni aku sempat hadir ke majlis walimah abang yang diadakan dua hari berturut2 (majlis pihak perempuan dan lelaki). Memang nak buat terus je berturut2 sebab rumah kedua2 pihak dekat je. Alhamdulillah pasangan mempelai berjaya diijabkabulkan pada khamis (8 November 2012) dan majlis diadakan pada 10.11.12 dan 11.11.12. Kali ni aku rasa bertuah sebab 4 orang rakan sanggup ikut datang. Mad la yang beriya2 dari awal lagi nak datang ke perak. Dalam masa yang sama aku ajak la yang lain kalau2 sudi ikut.

Alhamdulillah kami berlima (aku, mad, syak, amir n pato) selamat bertolak dari Kuantan dan tiba di rumah aku jumaat malam tu. Memang antara ramai2 ahli keluarga, aku seorang je yang takde waktu akad nikah. Dan disebabkan rumah aku agak sempit untuk kami berlima tidur, aku tolong check in diorang kat motel berhampiran. Haa suka betul sebab ada wi-fi. Lepas check in, aku balik rumah semula untuk sambung buat kerja.

Sabtu tu aku dan ahli keluarga bersiap nak ke majlis pihak perempuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Sungai Siput. Memang grand la nampak dari makanan, hiasan dalaman hingga la ke susun atur majlis. Tapi sebab dah bawa member, kena la tunggu masuk dengan diorang sekali. Aiskrim & kambing golek pun ada! Harap2 diorang puas hati la. Tapi pagi tu sebelum majlis, penat jugak la aku. Kena ikut pergi pasar beli barang dan tolong naikkan tiang cermin yang berat giler kat pelamin atas pentas tu.. Penangan nak grand sangat.. Haha.









Lepas majlis tu, aku cepat2 bersiap nak keluar dari dewan tu untuk bagi laluan member2 nak solat dan bergerak ke Taiping. Asalnya mak tak bagi aku ikut. Tapi lepas pujuk elok2 dapat jugak aku ikut. Siap janji lagi nak balik sebelum malam. Tapi terlajak jugak. Tebal jugak la muka aku nak bagi alasan kat sedara2 n keluarga pihak perempuan sebab apa nak beransur cepat. Memang aku terlepas nak tengok sesi potong kek dan bergambar di pelamin.

Petang tu kami bergerak ke Taiping untuk melawat pak sedara mad. Tapi sebelum tu kami sempat singgah di sekolah mad. Ni la kali pertama aku melangkah masuk ke MCKK walaupun dah banyak kali ulang-alik ke Kuala Kangsar. Memang sesuai la pelajar2 yang cemerlang dengan kemudahan yang canggih disediakan walaupun masih mengekalkan senibina lama. Lepas puas melawat banyak bangunan di MCKK tu (termasuk la kelas mad), kami bergerak ke Taiping menggunakan highway. Rupa2nya rumah pak sedara dia belakang rumah aku yang dulu je. Sekarang dah ada orang menyewa. Memang menggamit nostalgia la. Tahun 1996 hingga 1999. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Padang permainan depan rumah mad tu la tempat aku main petang2 dengan abang. Kadang2 main layang2 dan rounders (betul ke eja?) atau besbol kat situ. Lapangan terbang lama pun tak kurang juga. Aku pernah ikut abang join latihan bola sepak kat situ. Semuanya tinggal kenangan..




Seusai melawat pak sedara mad, kami sempat pusing bandar Taiping kejap. Sempat melihat Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping dari luar. Waktu tu pun dah gelap nak Maghrib. Memang tak sempat nak rasa jalan2 ke banyak tempat waktu tu. Jadi waktu Maghrib tu kami singgah di Changkat Jering @ Bukit Berapit untuk solat Maghrib dan beli durian sikit. Masing2 pakat mengidam. J






Esoknya hari yang memang dinanti2kan sebab majlis kat rumah aku. Malam sebelum tu sibuk mengisi barang2 cenderahati untuk tetamu ke dalam beg sampai ke awal pagi. Badan penat sangat. Mak pun sempat tidur sekejap je. Kawan2 yang lain tak dapat nak tolong sebab plan nak pergi Lost World of Tambun. Jadi sepanjang hari tu boleh kata penat sikit la aku. Sakit dah bahu ni mengangkat lauk2 dalam periuk besar dari atas lori. Itu belum lagi nasi minyak yang beratnya 100 kilo dalam box tu. Waktu sibuk2 n penat tu ramai jugak yang tanya mana kawan2.  Aku hanya mampu senyum je.






Tapi seronok jugak la tengok pasangan pengantin lelaki mengenakan uniform Maritim serba putih. Warna baju pengantin perempuan pun matching je. Tapi yang tak bestnya kena berarak dalam hujan renyai2. Cuaca tak berapa cantik tengahari tu. Petang tu diorang yang pergi Tambun balik. Ingatkan semua dah penat. Lagi2 driver kena la rehat sebelum drive. Lepas makan dan solat, waktu dah ready ambil aku untuk balik Kuantan, rupanya diorang offer diri nak ber’jongkakow’! Haa nak sangat jongkakow kan. Kan dah kena basuh semua periuk, kawah n pinggan. Alhamdulillah kami bertolak balik dari rumah aku sebelum jam 11 malam dan selamat tiba di Kuantan 5 pagi esoknya. Terima kasih kerana sudi hadir ke Perak! 

Saturday, October 27, 2012

Kenangan COHSAS 2010 & 2012


Assalamualaikum.

Blog ni dah mula berhabuk sebab lama sangat tak update. Ok kali ni nak cerita sikit tentang aktiviti dengan masyarakat orang asli. Ini kali kedua aku menyertai Community & Health Services for Aborigines (COHSAS) yang dianjurkan oleh IIUM Pharmacy Students’ Society (IPhA). Program yang dilaksanakan di perkampungan orang asli ini melahirkan kesan positif kepada penduduk orang asli dan para pelajar. Kalau dulu (2010), aku sempat menjejakkan kaki ke Kg. Sg. Mas, Sg. Lembing, kali ni aku berkesempatan merasai suasana kehidupan masyarakat Jakun di Kg. Batu 14, Gambang.

Memang kalau nak dibandingkan kedua2nya, aku lebih suka yang kat Gambang ni. Mungkin sebab kemudahan yang ada kot. Lagipun kali ni ramai rakan rx8 yang join. Cuma dari segi penginapan, kali ni mencabar sikit sebab lelaki kena tidur dalam khemah.  Nasib baik takde nyamuk. Cuma panas la. Itu pun sekejap je sebab dalam pukul 3 pagi tu hujan pulak.

Waktu di Kg. Sg. Mas dulu, aku dilantik oleh Kak Arifah Kasmi sebagai headcom public relation. Lepas berurusan dengan JHEOA negeri Pahang, so aku la yang decide nak buat kat Sg. Lembing tu lepas pegawai JHEOA bagi beberapa pilihan kawasan penempatan orang asli. Dalam masa yang sama, aku ditugaskan untuk memanggil wakil akhbar untuk membuat liputan. Akhirnya aku berjaya mendapatkan wakil Sinar Harian yang dengan gahnya membawa masuk kancil Sinar Harian yang unik tu. Waktu di sana, kitorang hadapi masalah bekalan air. Water shortage sebab waktu tu tengah musim panas. Akhirnya bila dah sampai waktu malam dan badan pun dah berlengas sebab berpeluh seharian, apa lagi kitorang pun redah je mandi bawah jambatan. Meskipun air sungai cetek takat paras peha je, kitorang tak kisah. Asalkan badan segar dan wangi lepas tu. Haha.

COHSAS 2010









Waktu tu pelajar perempuan tidur di balai raya. Kami pelajar lelaki pula dapat bermalam di dalam surau dua tingkat – tingkat bawah untuk kelas tadika. Berhadapan dengan surau tu ada bangunan sekolah rendah. Kat situ la pelajar2 Kulliyyah of Dentistry buat demonstrasi cara2 untuk memberus gigi dengan betul kepada anak2 orang asli. Antara kenangan yang tak dapat lupa adalah pengalaman belajar menyumpit dengan orang asli. Boleh tahan jugak berat sumpit tu. Melalui program waktu tu jugak aku mula kenal kak Syafiqah yang duduk Sg. Siput jugak dan kak Mahfuzah (isteri bro. Syafiq Yusof).

Untuk program COHSAS di Gambang ni, aku jadi subcom special task je. Memang aku saje pilih unit ni sebab taknak kerja berat sangat. Cukup la dengan jawatan dalam NPSC yang memenatkan fizikal, mental dan emosi. Kerja special task ni takat cari barang sumbangan kepada penduduk kampung, hadiah cabutan bertuah, cenderamata untuk penceramah dan tok batin dan buat nametag. Sejak sem lepas lagi aku dan amir pakat nak masuk unit ni. Lagipun unit ni ketuanya norliana rosli. Senang sikit nak berlawak dan kenakan dia walaupun at last aku pulak yang kena. So bila buat kerja takde la stress. Haha.

COHSAS 2012










Overall, aku patut puji masakan unit catering yang memang sedap. Barisan subcom dia pun boleh tahan hebat. Lagi2 part kupas bawang tengah2 malam. Memang respect! Haha. Kek yang Hidayah Centre provide pun apa kurangnya. Banyak jugak la aku makan. Meskipun penat, tapi sebab respon penduduk kampung terhadap program ni yang amat menggalakkan, aku rasa program ni memang berbaloi untuk siapa2 pun participate. Semoga program ni diteruskan untuk masa2 yang akan datang. Terima kasih buat program manager, rezuan ahmad dan juga kak sarah saharudin yang bagi peluang untuk aku join (padahal kena kerah dengan si rezuan). Haha. Dan terima kasih juga kepada liyana dan jihan yang bagi aku peluang untuk handle kaunseling waktu health screening session. Ma'as salamah.

 *Gambar courtesy dari fb IPhA, Nasrin Rahman & Fatin Amirah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...