Saturday, January 14, 2012

Sekalung tahniah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai akhirnya exam semester ni. Walaupun dengarnya dulu dari senior yang sem 1 tahun ketiga ni agak santai sebab kurang kelas, tapi subjeknya boleh tahan susah! Rasa seperti hilang segala beban bila habis sem ni. Kalau boleh dah tak nak ingat balik soalan2 exam sem ni. Agak mengecewakan. Sama2 la berdoa agar lulus semua subjek. Nak target A atau A-? Tinggal harapan je kot.

Bila buka facebook, aku memang teruja la tengok kawan2 waktu kat intec yang baru je graduate disember lepas. Aku memang suka tengok majlis konvo, lagi2 tengok jubah yang dipakai. Haha. Tapi tak tau kenapa aku lagi suka suasana konvo universiti kat aussie sebab ada yang buat dalam open environment, kawasan lapang tak berbumbung dengan skrin yang besar giler!

Ni Firdaus Romli, roomate aku kat kolej cendana. Dia antara orang yang terawal yang aku kenal bila masuk INTEC. Orangnya memang kuat baca novel lagi2 novel inggeris. Dulu siap cerita kat aku apa kesudahan sekuel harry potter bila dia habis baca novel yang ketujuh tu. So, awal2 lagi la aku dah tau yang Harry akan berkahwin dengan Ginny. Haha. Dan dia ni jugak kalau baca novel memang laju la. Sekarang dia dah graduate dari University of Melbourne dalam biotechnology kalau tak silap.


Yang ni pulak Aina Eliana, classmate aku kat INTEC (kelas Perth). Dia baru je graduate dari Australian National University, Canberra dalam bidang biotechnology. Dia la yang mula2 mengajar dan memperkenalkan aku dengan dunia adobe photoshop. Baru je belajar buat gambar waktu tu, terus kena buka booth jual gambar edit menggunakan photoshop waktu entrepeneur's day. Boleh tahan laku booth kitorang. As a credit, sekarang ni aku pun dah pandai la sikit design banner, bunting, backdrop and poster.

Haa, yang ni antara senior AUSMAT 18 yang aku kenal. Kak Nasoha Aras ni happy go lucky orangnya. Dia belajar biasa je, takde la sampai struggle habis. Tapi akhirnya result dia ok je. Dan disember lepas dah pun graduate dari University of South Australia, Adelaide dalam bidang farmasi. Rasa macam baru semalam je jumpa kak nasoha ni nak beli buku dia. Memang takkan lupa la kak nasoha ni jual semua buku teks + nota + exam & questions compilation dengan harga RM70! Kalau nak beli buku teks satu2 (fotostat) mau lebih seratus ringgit. Sekarang ni dah habis dah pun 4 tahun dia belajar degree kat sana.

Ni pulak Syed Mazuan (kiri) & Syed Umar Faruq (kanan). Sorang belajar kat MRSM Taiping, sorang lagi belajar kat MRSM Jasin. Kedua2 Syed ni baru je graduate dari University of Melbourne dalam bidang sains kalau tak silap. Mazuan ni roomate aku kat kolej cendana. Orangnya cool je. Umar ni pulak aku kenal melalui Amir Said & Fakarudin.

Entri ni memang dibuat untuk mengucapkan sekalung tahniah buat rakan2 yang dah graduate dalam bidang masing2. Tapi kebanyakan kawan2 aku yang belajar farmasi kat aussie, diorang akan graduate hujung tahun ni (4 tahun). Yang mana dah graduate selepas 3 tahun degree (eg. biotechnology, science), diorang dalam proses menyambung untuk buat satu tahun Honours. Aku kat sini graduate hujung tahun depan. Woho, such a long journey to go. Buat rakan2 yang nak masuk tahun akhir kat aussie tu, good luck! Jangan sekadar mencecah awan, tapi biarlah sampai menggapai bintang! :)

4 comments:

  1. Wan, hujung tahun ni aku nak masuk blog kau jugak. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt tolng msukkan gmbar akak grad jugak -kak nani

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...