Sunday, February 19, 2012

Terus Melangkah

Assalamualaikum.

Terasa begitu lama tak meng'update' blog ni sejak semester baru ni bermula. Dah 2 minggu kelas berjalan. Sebenarnya rasa risau jugak la nak melalui semester kali ni. Dengar2 daripada senior katanya sem ni la yang paling sibuk dengan kelas yang banyak (8 subjek teras dan 2 subjek elektif). Tapi subjek elektif aku pilih Research Project je sebab Dr. May invite aku dan syak untuk assist research beliau. Ditambah pula dengan cerita daripada senior yang subjek CNS dan AICA senang untuk fail, lagi bertambah berdebar.

Pejam celik pejam celik, tinggal 3 sem lagi sebelum program degree aku ni habis. Senior 4th year tinggal beberapa bulan je lagi. Sama jugak la dengan kawan2 aku yang hanya ambil setahun program matrikulasi sebelum ni. Diorang akan graduate tahun ni jugak. Ramai orang dah mula berbicara tentang hala tuju dan matlamat selepas menamatkan pengajian ijazah ni. Ada yang nak sambung belajar dan tak kurang juga ada yang nak terlibat dalam bisnes. Memang betul bisnes boleh menjadikan anda kaya dalam masa yang singkat. Tidak seperti kerja makan gaji yang hanya tunggu kenaikan gaji dan pangkat.

Matlamat jangka pendek aku adalah graduate pada tahun 2013 (tahun depan) dengan CGPA atas 3.00. Dan seperti orang lain, aku pun ada matlamat selepas tamat pengajian ni. Yang pastinya aku akan bekerja di hospital sebagai provisional registered pharmacist (PRP) selama setahun dan fully registered pharmacist (FRP) selama setahun bagi mendapatkan lesen penuh sebagai pegawai farmasi berdaftar.

Kemudian, aku merancang untuk kekal berkhidmat sebagai penjawat awam walaupun aku tahu gaji yang ditawarkan tak setinggi pekerja swasta. Namun, kalau ada pelung untuk menyambung pelajaran selepas beberapa tahun bekerja, aku memasang impian untuk menyambung di peringkat master dalam bidang clinical pharmacy dan kembali semula berkhidmat di hospital kerajaan. Orang lain mungkin waktu tu mempertimbangkan tawaran ke syarikat2 farmaseutikal ataupun membuka kedai farmasi sendiri yang membolehkan mereka memperoleh income yang tinggi. Dengarnya pasaraya Guardian menawarkan sehingga RM6k - RM8k untuk fresh pharmacy graduate. Tapi bagi aku berkhidmat dengan kerajaan (penjawat awam) banyak kemudahannya. Pekerja swasta mungkin perlu membuat insuran perubatan atau kesihatan sedangkan penjawat awam boleh mendapatkan kos rawatan percuma di hospital kerajaan termasuklah ibu bapa dan anak2.

Satu lagi, apabila bekerja sebagai penjawat awam, sebenarnya bukan mudah untuk senang2 dipecat kerana 'bos' yang paling besar adalah mereka2 yang berpangkalan di SPA dan prosesnya agak memakan masa. Melainkan anda melakukan kesalahan yang terlalu besar dan serius, ada kemungkinan jawatan akan dilucutkan. Tak seperti kerja swasta yang majikannya adalah orang bekerja di atas kita. Kalau kita tak memberikan khidmat yang sepenuhnya dan majikan merasakan kita banyak membawa banyak masalah, ada kemungkinan kita boleh dipecat.

Satu lagi, perbezaan yang ketara adalah bilangan cuti dan pencen. Penjawat awam ada banyak cuti tahunan yang boleh digunakan untuk sebab2 tertentu dan persaraan membolehkan pencen. Kalau penjawat swasta, selepas bersara mungkin hanya akan dapat wang saguhati yang banyak tapi mungkin hanya sekali dua je la.

Walau apapun, masa depan setiap orang masing2 yang tentukan. Nak cepat kaya, beralih kepada sektor swasta. Kalau nak secure, teruskan sahaja berkhidmat dalam sektor awam. Aku bersyukur kerana telah sampai ke peringkat ini. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, aku bertambah2 bersyukur kerana dapat belajar dalam bidang yang memang aku berminat sejak dari bangku sekolah. Pada tahap aku ni, aku kena prioritize the priority. Dan keutamaan aku sekarang adalah tolong mak ayah aku. Aku faham kekangan sosioekonomi keluarga banyak membataskan aku tapi aku berazam dan faham bahawa keadaan inilah yang memberi motivasi kepada aku saban hari.

Walaupun pernah kecewa kerana tak dapat pilihan pertama dalam borang UPU yang diisi (asasi farmasi UIA), namun hari ni Allah mengurniakan rezeki kepada aku dengan membolehkan aku belajar farmasi dalam UIA ni. Alhamdulillah. Meskipun aku tak berjaya belajar di luar negara, aku dah dapat merasakan bahawa jalan ini adalah yang terbaik buat aku. Memang dari kecil aku tak pernah mengimpikan untuk belajar di luar negara. Yang terlintas dalam kepala hanyalah keinginan untuk belajar di IPTA terkemuka seperti UM, USM dan UKM. Semoga jalan yang dipilih ini diberkati oleh-Nya. Ma'as salamah.

2 comments:

  1. one more thing, antara disadvantage bila bekerja kt private sector ni, bila kita nak buat loan dgn bank cthnya, interest yg dikenakan sgt berbeza iaitu 24% as compared bila kita jd penjawat awam just 4% je..ni based on pengalaman sedara mara la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. lagipun kalau jd pnjawat awam, bank pulak yg beria2 tawarkn loan x kira la peribadi atau perumahan atau lain2. siap tolong isikan pun ada. kalau swasta mmg complicated je proses n jd susah plak.. nmpk sgt lainnya bank2 ni layan antara pnjwat awam n swasta.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...