Sunday, December 28, 2014

Manisnya Cinta? Cerita Cinta Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Assalamualaikum warahmatullah.

Minggu lepas aku sempat menonton filem 'Manisnya Cinta di Cappadocia' di pawagam berhampiran. Semuanya gara-gara nak tengok sangat fazura berlakon. Tapi pelakon-pelakon yang lain pun best. Ada Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein dan lain2. Aku mengaku la yang aku suka layan cerita romantik yang ringan2. Buat apa bayar tiket wayang untuk cerita yang buat pening kepala nak fikir kan? Lepas balik kerja mesti la nak release stress. Nak tengok cerita yang boleh kita ketawa dan tersenyum. Tapi ramai je yang tak layan cerita2 macam ni. Terpulang kepada taste masing2. Yang penting kita puas hati dan berbaloi dengan harga tiket.

Apa yang bestnya tentang cerita ni ialah latar belakang yang diambil banyak menonjolkan keindahan bumi Turki. Kemuncaknya ialah scene menaiki belon udara panas di Cappadocia. Subhanallah. Cantik. Alangkah indahnya kalau dapat menyaksikannya sendiri betul2 depan mata. Di samping itu, terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dilawati seperti Konya, Pamukkale dan Ankara. Banyak yang boleh dihayati dan dialami di bumi Al-Fatih itu. Sebenarnya, minat untuk menerokai bumi Turki ni terbit selepas baca buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'. Aku beli waktu kat KLIA sementara nak tunggu flight balik ke KK yang dalam 4 jam lagi. Sempat aku baca dalam 1/4 buku tersebut. Baru beberapa helai aku belek dah rasa sebak macam nak menitiskan air mata. Buku tersebut dimulakan dengan kisah nukilan ibu arwah mengenai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Aku menjadi kagum dengan insan bernama Ahmad Ammar ini. Indah akhlaknya, tinggi ilmunya dan taat kepada ibu bapa. Pelajar yang bijak pandai tetapi tidak sombong. Sentiasa merendah diri. Di saat umurnya yang telah mencecah 20 tahun (2 November 2013), Allah tarik nyawanya dan pemergian beliau dimuliakan sehingga ditempatkan di kawasan perkuburan Eyub Sultan, di mana Abu Ayub Al Ansari, salah seorang sahabat nabi disemadikan. Sesungguhnya, kematian beliau adalah sesuatu yang hidup, seperti yang disifatkan oleh ayahandanya, Tuan Haji Ahmad Azam. Beliau dikenali oleh segenap masyarakat setelah beliau pergi menemui Ilahi.

Indahnya pengakhiran beliau. Beliau membesar dengan kasih sayang bersulamkan nilai2 Islam yang disemai oleh mak dan ayah. Baik pekertinya, mudah disenangi oleh orang sekeliling dan mempunyai matlamat yang murni iaitu mendalami ilmu tamadun dunia untuk membina kembali kegemilangan Islam seperti suatu ketika dahulu. InsyaAllah, jika dikurniakan kesempatan dan kemudahan, ingin diri ini menziarahi pusara beliau di Istanbul untuk menghadiahkan Al-fatihah. Semoga tenang dikau di sana..

"Dunia biarlah berpenat, akhirat tempat aku berehat"



Ma'as salamah.

28 Disember 2014M (6 Rabiul Awal 1436H) 10.48 malam


Saturday, December 27, 2014

I'm back! Naa itu la tu..


Assalamualaikum warahmatullah.

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging, akhirnya aku kembali. Yeahh!! Bukan tak mahu lagi update blog, tapi kekangan masa sebagai PRP (provisionally registered pharmacist) membuatkan blog ni diabaikan sementara waktu. Banyak perkara nak diceritakan sebenarnya. Bermula dari hari melapor diri sebagai penjawat awam sehingga la sekarang ni. Alhamdulillah, dah tamat pun zaman PRP yang 'like hell' dan sekarang dah pun menjadi FRP (fully registered pharmacist).

Bila kerja kat bumi di bawah bayu ni, ramai la yang bertanya "minta kerja kat sabah ke? atau kena campak?". Dan jawapan cliche aku, "memang mintak pun. asalnya nak kerja kat semenanjung je. tapi mak yang beriya2 suruh kerja jauh2 sikit." Of course la ramai terkejut bila dengar ada mak yang cakap macam tu. Ada yang siap cakap lagi, "mak ko tak sayang ko ke?" amboi kuajaq naa.. Habis tu kalau mak ayah hantar anak ke sekolah asrama yang jauh2 tu maksudnya tak sayang anak dah ke? haha. Tapi ada juga yang bagi respon positif, "mak ridzuan ni mesti berfikiran terbuka". Entah la. Walaupun mak aku ni sekadar ada SRP, tapi pendapat dia bagi aku dah setanding orang yang ada segulung ijazah. Meskipun pendapat dia kita pada awalnya tak suka, tapi bila diikutkan, ianya adalah yang terbaik buat kita. Sebab mak ayah lebih dahulu makan garam dari kita (banyak pengalaman).

Nak adapt dengan kehidupan di Sabah ni ambil masa sikit. Aku mengaku la yang aku ambil masa 2 bulan untuk betul2 membiasakan diri dengan kelainan cara hidup, bahasa, makanan dan tradisi masyarakat sabah ni. Tapi lama-kelamaan rasa seronok pulak tinggal kat sini (maksud aku kota konabalu la, tempat lain tak pasti). Ye la.. tol x ada, subuh awal sejam, ada banyak shopping complex dan bank2, dekat dengan pantai, pulau dan gunung.. Kat semenanjung tu kat mana je ada tempat macam ni. Pergi kerja pun dalam 10-15 minit dah sampai (untuk aku yang naik motor la). Kesesakan lalu lintas tu memang ada tapi tak seteruk kat KL.

Sekarang ni bila dah habis PRP rasa lega sikit. Kalau tak, macam xde life. Pagi pergi kerja then petang balik kerja untuk siapkan logbook waktu malam. Apa2 pun lagi kesian la tengok houseman bekerja. Aku datang pagi, diorang dah kelam kabut ada kat dalam wad untuk prepare for ward round. Aku balik pukul 5 petang tu pun ada ward round yang tak habis lagi. Dengarnya diorang datang keje sebelum pukul 6 pagi dan balik lepas pukul 10 malam. Tak dapat bayangkan camne diorang rasa. Bersyukur sangat aku kerja sebagai pharmacist je.

Berbalik kepada cerita negeri Sabah ni, perkara pertama yang perlu prepare sebelum bekerja kat sini ialah untuk belajar beberapa perkataan sabah yang lain sikit dari orang semenanjung. Tapi x banyak la yang beza kalau nak banding dengan sarawak. Cuma ada beberapa perkataan kena biasakan supaya senang nak kaunseling kat pesakit. Contohnya asma - ampus, gastrik - dugal, punggung - pantat, letak - simpan, merata-rata - ampai2, sorok - tapuk, terlepas - limpas dll. Maaf kalau ada perkataan yang censored. Tapi itulah bahasa orang Sabah ni. Sebenarnya susunan ayat semasa bercakap tu yang penting. Apa2 pun practice makes perfect. Haha.

Cukup la sekadar itu dulu buat masa ni. InsyaAllah ada ruang masa lagi kita ketemu dalam dunia blog ini. Ma'as salamah.

Ahmad Ammar dalam kenangan

27 Disember 2014M (5 Rabiul Awal 1436H) 5.28 pagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...