Friday, September 3, 2010

Perlukah 'Ganyang Malaysia'?

Saya berfikir sejenak selepas melepaskan rindu terhadap emak melalui perbualan telefon. Saya tertanya-tanya mengapa emak begitu berkeras menasihatkan saya agar membatalkan sahaja niat untuk memohon mengikuti program Asia Pacific Pharmaceutical Symposium yang bakal berlangsung di Yogyakarta pada tahun hadapan. Emak kata selain daripada bencana alam yang sering melanda bandar itu, emak bimbang akan ancaman rakyat setempat terhadap para pelajar Malaysia ketika ini.

Setelah menyelak dada akhbar, barulah saya faham akan situasi yang berlaku di negara Indonesia kini. Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA) berkeras melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia' sekiranya pemimpin mereka tetap berlembut terhadap tindakan Malaysia yang dikatakan menghina bangsa dan kedaulatan Indonesia. Antara tindakan agresif yang ditunjukkan oleh mereka adalah seperti membaling telur dan ikan masin busuk ke kedutaan Malaysia, mengotorkan Jalur Gemilang dengan telur sebelum dibakar dan dilemparkan bendera yang separuh terbakar itu ke dalam kedutaan Malaysia. Selepas itu mereka mula melancarkan pemboikotan barangan buatan Malaysia dan gerakan 'weeping' rakyat Malaysia yang bersifat keterlaluan.

Persoalannya di sini, apakah rakyat Malaysia secara umumnya berhati busuk untuk menghina kedaulatan Indonesia? Untungkah pihak-pihak yang melancarkan demonstrasi jalanan yang akhirnya berkesudahan membusukkan nama negara? Adakah rakyat Malaysia secara umumnya begitu kejam sebagaimana kejamnya Israel terhadap Palestin? Sesungguhnya 'Ganyang' ini memang tidak masuk akal.

Tindakan seperti ini sungguh tidak matang. Rakyat Indonesia yang terlibat dengan demonstrasi dan ancaman ini begitu membuang masa. Adalah lebih baik jika anda membuat demonstrasi jalanan mengecam tindakan Israel terhadap Palestin dan menunjukkan semangat jihad yang tinggi. Dengan populasi masyarakat Islam antara yang teramai di dunia, perkara seperti ini memang tidak masuk akal. Saya yakin dan percaya kumpulan-kumpulan yang melancarkan 'ganyang' ini diupah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sepertimana yang dinyatakan beberapa individu di negara ini.

Bukan semua rakyat Indonesia berfikiran sempit seperti itu. Realitinya, kumpulan-kumpulan ini yang memalukan rakyat negara mereka. Saya yakin rakyat Indonesia yang bekerja di sini bersikap terbuka dan tidak berfikiran jumud seperti kumpulan-kumpulan itu. Buktinya, masakan pensyarah-pensyarah saya mempunyai kewarganegaraan Indonesia begitu ramah dengan para pelajar Malaysia.

Jika dahulu, isu kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia yang dikatakan diciplak dari keseniaan rakyat Indonesia menjadi isu yang hangat diperkatakan sehingga sesetengah rakyat Indonesia meluahkan rasa benci pada Malaysia. Namun begitu, jika difikir balik tentang asal usul orang Melayu, memang tidak dinafikan asal kita adalah dari negara seberang (Indonesia). Parameswara sendiri datangnya dari kerajaan Srivijaya yang akhirnya menjadi pemerintah Melaka. Jadi tiada alasan mengatakan rakyat Malaysia 'mencuri' kesenian masyarakat Indonesia berdasarkan asal usul. Mana mungkin rakyat Malaysia bebas dari sebarang kebudayaan bercirikan Indonesia sedangkan masyarakat Jawa, Banjar, Bugis dan Minang sudah lama bertapak di sini.

Pada hemat saya, negara Malaysia bukanlah negara yang sombong sehingga tidak mahu menerima pendapat negara lain. Cuma, pemimpin perlulah lebih bersedia dalam menyuarakan sebarang isu dan masalah agar ia dapat menjumpai jalan penyelesaian. Sekali lagi ingin saya katakan, berfikiranlah lebih matang. Jangan wujudkan ancaman sesama saudara seIslam!

2 comments:

  1. betul2..kenapalah nak ganyang saudara sendiri..tenangkanlah emosi, mmg emosi tu mcm laut, kdg2 tenang, kdg2 ombak bergelora..

    israel/musuh2 islam yg lain mesti tgh gelak terbahak-bahak..patutla mereka lgsg x takut dgn Islam/umatnya..bende kecil dibesar-besarkan, sdgkan benda lain yg lebih besar, kita kecilkan mata drpd melihatnya..(isu palestin, banjir di pakistan, isu masa depan negara islam yg dilanda perang seperti iraq, isu taliban di pakistan dan afghanistan..isu umat islam di myanmar, pattani, filipina, isu di negara republik of congo - bnyk kes rogol - 130 kes dlm masa 10 hari (courtesy of al-jazeera).....

    kalaulah kita (umat Islam) seluruhnya, masing2 buat satu list akan masalah2 umat Islam, TAHUN INI sahaja, nescaya, kita akan mendapat 1001 SEBAB UNTUK GANYANG MUSUH2 KITA.

    Awas..waspadalah akan musuh dlm selimut yg cuba mengucar-kacirkan perpaduan umat Islam, yg sememangnya telah retak dan cuma menanti belah aje. mereka ada..sudah tentu mereka ada, mereka (gunting dlm selimut) sentiasa ada..smpi saat malaikat israfil a.s meniup sangkakala pun, mrk ada..

    ReplyDelete
  2. aku ada kawan yang belajar kat Indonesia. dia cakap pada aku yang kawan2 dia kt sana bagitau orang yang buat demo tu sebenarnya diupah. itu pengakuan orang Indonesia sendiri tau...

    berbalik pada isu maling. aku rasa kalau Malaysia maling budaya diorang, negara lain pun ya...macam lagu Rasa Sayang. lagu ni pernah digunakan dalam filem Belanda dan Hindi pada tahun 50-an dan masa tu Malaysia tak wujud lagi. Batik pun ada kat Thailand, malah orang2 Malaysia beli bahan buat batik kat Thailand, bukan Indonesia. Pasal istilah 'Indon', istilah tu jugak ada digunakan di Singapura, Filipina dan Australia.Setakat ini, hanya Malaysia yang pernah meminta maaf tentang istilah 'Indon'.

    TAPI...TAK PERNAH PULAK DIORANG BUAT DEMO KAT DEPAN KEDUTAAN NEGARA2 YANG AKU NYATAKAN TADI? KENAPA MESTI MALAYSIA JUGAK YANG KENA?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...