Wednesday, January 19, 2011

THE REAL LIFE BEGINS IV

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan mengecapi nikmat tuhan yang tidak ternilai di muka bumi ini. Nikmat tuhan berupa iman dan islam, kesihatan yang baik, kehidupan yang selesa dan ketenangan jiwa dan fikiran sudah tentu tidak mampu dibalas oleh setiap insan di muka bumi ini. Hanya dorongan amal ibadah dan kebaikan mampu menjelmakan tanda syukur atas pemberian Tuhan yang Maha Agung.

Sedar tak sedar, dah menghampiri pertengahan semester 2 tahun kedua aku di uia ini. Pelbagai dugaan ditempuh demi menggapai tujuan dan matlamat aku berada di bumi kuantan ini. Diduga dengan ujian kesihatan membuatkan aku tersedar dari lena. Betapa berharganya setiap inci masa kita di muka bumi ini. Betapa pentingnya kita menghargai masa dengan pengisian bermanfaat agar kita bersedia apabila dipanggil menemui-Nya suatu masa nanti.

Post ni tak lain dan tak bukan adalah untuk meng'update' keadaan kesihatan aku. Dalam keadaan aku risau, kaget dan cemas dengan keadaan yang menimpa, tuhan masih memberi aku ruang untuk mengecapi kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kini. Setelah sebulan lebih aku mengambil ubat-ubatan merawat tibi, aku kini lega. Setelah aku membuat pemeriksaan doktor kali kedua pada pertengahan disember yang lepas, doktor memberi petanda bahawa apa yang aku alami adalah scar pada dada/peparu (disebabkan tiada perubahan pada x-ray). Lesion yang sama kekal tanpa sebarang perubahan (merebak atau berkurang). Berat aku naik 4 kilo (selepas cuti sem di rumah - petanda beransur pulih dari simptom tibi), muka aku dah tak cekung, aku dah tak batuk-batuk dan tiada lagi pedih di bahagian dada.

Kata Prof. Noriah, apa yang aku alami berkemungkinan adalah disebabkan tibi yang pasif (hanya aktif bila menerima sebarang bentuk rangsangan). Doktor yang aku jumpa pada temu janji kedua, Prof. How even berkata bahawa bronchoscopy seperti yang dicanangkan oleh doktor India sebelum itu memang tak perlu langsung. Ubat-ubatan aku kini dah dikurangkan daripada 4 jenis kepada 2 jenis sahaja. Kalau dulu berkotak-kotak, kini hanya zipper bag yang kecil sahaja.

Tiada lagi yang mampu aku lahirkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Nya. Namun, ini bukanlah noktah perjuangan dalam hidup ini. Kita akan sentiasa diuji dan diuji bagi mengukur tahap keimanan dan ketaqwaan di sisi Allah. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi iktibar kepada kita semua agar tidak cepat berputus asa dan sentiasa memohon kekuatan daripada-Nya.

Sunday, January 9, 2011

Kenaikan Harga Barang: Relevankah?

Terbaca sebuah entri salah seorang daripada follower membuatkan saya terfikir untuk menulis entri kali ini. Kenapa harga semua barang keperluan harian perlu naik secara mendadak? Bukan sahaja disebabkan syarikat atau kilang yang mengeluarkan barang tersebut menaikkan harga, tapi disebabkan pengurangan subsidi oleh kerajaan. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan ketiadaan stok minyak masak dalam paket di kedai-kedai runcit dan supermarket. Rasanya tahun ini masalah kewangan tidaklah seteruk sepertimana yang berlaku 2 tahun yang lepas. Tapi kelihatan kerajaan berminat untuk mengurangkan semua subsidi berkaitan barang runcit keperluan harian semata-mata ingin menampung sumber kewangan untuk perkara lain.

Kadangkala peniaga menjadi tertekan kerana mereka tiada pilihan. Kemudian keluarlah isu sorok barang runcit, sumbernya terhad dalam pasaran dan lain-lain lagi. Peniaga-peniaga seperti pengusaha kedai makan, peniaga pasar malam, penjual nasi lemak dan lain-lain memang terkena tempiasnya. Mahu atau tidak, peniaga makanan perlu menaikkan harga makanan kerana jika tidak hanya penat sahaja yang dapat. Berikut saya senaraikan harga barang runcit untuk perbandingan antara 5 tahun yang lepas dan sekarang.

Tepung gandum: (sekilo) Cap sauh – dari RM1.70 kepada RM2.70, Cap kunci (jenama biasa) – dari RM1.20 kepada RM1.35.

Gula: (sekilo) Dari RM1.45 kepada RM2.10

Beras pulut: (sekilo) Dari RM2.90 kepada RM 3.80

Bawang: (sekilo) Dari RM2 kepada RM4 (tidak menentu)

Telur: (10 biji) Dari RM2.20 kepada RM3.50 (tidak menentu)

Kelapa (berparut): Dari RM1.60 kepada RM2.20

Ubi keledek: RM1.20 sekilo ke RM2.00

Dan lain-lain: ikan, ayam, gula merah, santan

Kita perlu menjadi realistik dan menyedari hakikat bahawa usaha atau rancangan membasmi kemiskinan bukan suatu usaha yang mudah. Negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri mempunyai ramai rakyat miskin di kawasan kampung yang terpencil. Tidak ramai yang mengetahui perkara ini memandangkan kehebatan dan kecanggihan sistem pertahanan di samping pelopor kemewahan di dunia yang terdiri daripada rakyat Amerika sendiri mengaburi mata kita.

Sampai bila perlu kita ambil segala yang berlaku di negara barat (yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus menjadi miskin) ke dalam masyarakat kita? Subsidi mungkin dilihat akan memanjakan rakyat dan menjadi boros. Namun dari suatu sudut, ia menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana bukan sahaja gahnya nama di mata dunia sahaja yang dikejar sebaliknya keselesaan rakyat juga diutamakan. Bukankah meneruskan subsidi itu suatu perkara yang baik kerana dalam masa yang sama rakyat membayar cukai kerajaan tanpa merasakan terbeban? Dengan cara meneruskan subsidi kerajaan lah akan menjadikan segenap masyarakat tidak kira miskin atau kaya merasai hasil negara ini.


Monday, January 3, 2011

Hobi Baru!

Pokok bangun-bangun aku di balkoni rumah

Pokok kiambang bertaut pun ada

Rupanya minat juga aku pada aktiviti bercucuk tanam ni. Tapi bukan menanam sayur-sayuran, cuma mula mengumpul jenis-jenis tanaman herba yang banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Almaklumlah, sem ni memang kena belajar 2 subjek berkaitan herba ni; pharmacognosy dan nutraceutical. Tak cukup dengan tu, subjek EAW (dulunya EAP) aku mengambil keputusan memilih tajuk berkaitan produk herba. Jadi, apa lagi? Nak lebih faham kena la buat praktikal sikit..

Pokok herba yang aku dah tanam sebelum ni ialah pokok bangun-bangun atau nama saintifiknya Plectranthus amboinicus. Nasib baik la bilik aku ni ada verandah kecil, boleh la aku letak pokok ni untuk dapatkan cahaya matahari. Pokok ni boleh digunakan sebagai merawat batuk dengan meminum air rebusan daunnya. Haa.. berjaya jugak aku ambil dari lab pharmacognosy hari tu. Tapi bukan curi (atau senang cakap main kerat sesuka hati) sebab dah mintak izin awal-awal daripada Dr. Norazian. Dia siap explain lagi cara nak kerat dan tanam dengan betul. Pokok-pokok yang macam ni senang nak tanam sebab membiak melalui keratan batang.

Tapi sayangnya tak dapat nak ambil sedikit keratan pokok pudina sebab pokok tu membiak kebanyakannya bukan melalui keratan batang. Bau dia.. wah memang menyegarkan macam ubat gigi. Hurm, tak mengapa. Lepas ni siap la aku cari dan kumpul pokok-pokok herba ni. Mungkin boleh jumpa kat pasar tani di kawasan tempat letak kereta stadium darul makmur kat sini. Kalau tak pun, nanti akan ada lawatan subjek pharmacognosy ke Cameron Highland. Boleh la kalau nak cari pokok-pokok herba yang lain kat MARDI tu nanti.


Plectranthus amboinicus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...