Sunday, January 9, 2011

Kenaikan Harga Barang: Relevankah?

Terbaca sebuah entri salah seorang daripada follower membuatkan saya terfikir untuk menulis entri kali ini. Kenapa harga semua barang keperluan harian perlu naik secara mendadak? Bukan sahaja disebabkan syarikat atau kilang yang mengeluarkan barang tersebut menaikkan harga, tapi disebabkan pengurangan subsidi oleh kerajaan. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan ketiadaan stok minyak masak dalam paket di kedai-kedai runcit dan supermarket. Rasanya tahun ini masalah kewangan tidaklah seteruk sepertimana yang berlaku 2 tahun yang lepas. Tapi kelihatan kerajaan berminat untuk mengurangkan semua subsidi berkaitan barang runcit keperluan harian semata-mata ingin menampung sumber kewangan untuk perkara lain.

Kadangkala peniaga menjadi tertekan kerana mereka tiada pilihan. Kemudian keluarlah isu sorok barang runcit, sumbernya terhad dalam pasaran dan lain-lain lagi. Peniaga-peniaga seperti pengusaha kedai makan, peniaga pasar malam, penjual nasi lemak dan lain-lain memang terkena tempiasnya. Mahu atau tidak, peniaga makanan perlu menaikkan harga makanan kerana jika tidak hanya penat sahaja yang dapat. Berikut saya senaraikan harga barang runcit untuk perbandingan antara 5 tahun yang lepas dan sekarang.

Tepung gandum: (sekilo) Cap sauh – dari RM1.70 kepada RM2.70, Cap kunci (jenama biasa) – dari RM1.20 kepada RM1.35.

Gula: (sekilo) Dari RM1.45 kepada RM2.10

Beras pulut: (sekilo) Dari RM2.90 kepada RM 3.80

Bawang: (sekilo) Dari RM2 kepada RM4 (tidak menentu)

Telur: (10 biji) Dari RM2.20 kepada RM3.50 (tidak menentu)

Kelapa (berparut): Dari RM1.60 kepada RM2.20

Ubi keledek: RM1.20 sekilo ke RM2.00

Dan lain-lain: ikan, ayam, gula merah, santan

Kita perlu menjadi realistik dan menyedari hakikat bahawa usaha atau rancangan membasmi kemiskinan bukan suatu usaha yang mudah. Negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri mempunyai ramai rakyat miskin di kawasan kampung yang terpencil. Tidak ramai yang mengetahui perkara ini memandangkan kehebatan dan kecanggihan sistem pertahanan di samping pelopor kemewahan di dunia yang terdiri daripada rakyat Amerika sendiri mengaburi mata kita.

Sampai bila perlu kita ambil segala yang berlaku di negara barat (yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus menjadi miskin) ke dalam masyarakat kita? Subsidi mungkin dilihat akan memanjakan rakyat dan menjadi boros. Namun dari suatu sudut, ia menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana bukan sahaja gahnya nama di mata dunia sahaja yang dikejar sebaliknya keselesaan rakyat juga diutamakan. Bukankah meneruskan subsidi itu suatu perkara yang baik kerana dalam masa yang sama rakyat membayar cukai kerajaan tanpa merasakan terbeban? Dengan cara meneruskan subsidi kerajaan lah akan menjadikan segenap masyarakat tidak kira miskin atau kaya merasai hasil negara ini.


1 comment:

  1. Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
    Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di universiti malaya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...