Monday, October 3, 2011

Hujung Minggu di Sungkai

Lembaran bulan Oktober 2011 dibuka dengan perjalanan ke majlis perkahwinan rakan sekolah kepada rakan sebilik aku, Rezuan. Pada sabtu yang lalu (1 Oktober 2011), kami berangkat dari Kuantan ke Felda Residence, Sungkai melalui jalan singkat Genting Highland untuk menghadiri majlis tersebut. Dengan menaiki Proton Persona, kami berlima bertolak dari Kuantan jam 8.30 pagi. Walaupun aku dilihat seperti pulang ke negeri sendiri, tapi sebenarnya Sungkai dengan Sungai Siput (U) bukanlah dekat. Ia mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke kampung halamanku jika bertolak dari Sungkai.


Majlis tersebut yang menyaksikan dua pasang mempelai (adik-beradik) bersanding dilihat begitu unik dan meriah. Dari segi kos mengadakan majlis tersebut, ia pastinya lebih menjimatkan berbanding mengadakan dua majlis perkahwinan yang berlainan tarikh. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di felda resort, trolak, majlis tersebut berjalan dengan ceria. Terima kasih kepada tuan rumah yang mengalu-alukan kedatangan kami.Majlis ini juga dilihat sebagai medan reunion bagi pelajar SMK Sungai Kruit (batch 2002-2004) yang terdiri dari anak-anak atau cucu-cucu peneroka felda.

Pada sebelah petang, kami berpeluang untuk mandi kolam air panas di Sungai Klah Hot Spring. Ini merupakan kali kedua aku bersauna di Sg. Klah ini selepas pertama kali menjejakkan kaki ke sini sewaktu tingkatan 4 ketika mengikuti kursus kepimpinan pelajar di Kem Nur Ni'man (berhampiran dengan Sg. Klah Hot Spring). Kali ini tempat pelancongan ini menampakkan pembaharuan apabila terdapat satu kolam yang besar (bukan kolam air panas) yang sudah siap dibina untuk orang ramai mandi-manda. Sesungguhnya, sauna bagus untuk kesihatan kulit. Alhamdulillah, kami selamat pulang pada malam tersebut meskipun berlaku satu kemalangan yang membabitkan trailer dan sebuah kereta kancil ketika melalui jalan lama dari Tanjung Malim ke Kuala Kubu Bharu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...