Sunday, July 15, 2012

Kembara di Bumi Taiwan (Part 1)





Assalamualaikum w.b.t.

Jika ditanya mengenai apa yang menarik tentang Taiwan, pastinya aku akan jawab - "Taiwan ada OOLONG TEA, STINKY TOFU (TAUHU BUSUK), SKY LANTERN, MILK BUBBLE TEA & MENARA TAIPEI 101". Sememangnya Taiwan adalah sebuah negara yang unik untuk dilawati kerana terkenal dengan syurga makanan. Tetapi memandangkan kebanyakan makanannya adalah tidak halal, Taiwan bukanlah salah sebuah destinasi percutian dalam wishlist orang Islam.

Cerita mengenai aku mengikuti simposium yang dinamakan "11th Asia pacific Pharmaceutical Symposium (APPS) 2012 Taiwan" bermula dengan pelawaan seorang rakan. Memang setiap tahun, program seperti ini diadakan di pelbagai negara di rantau Asia Pasifik. Sebagai contoh, ianya pernah diadakan di Pulau Pinang, Malaysia (2009), Seoul, Korea Selatan (2010) dan Yogyakarta, Indonesia (2011). Walau bagaimanapun, memandangkan kos pengangkutan dan yuran program yang tinggi, bukan semua orang mampu ikut serta. Pada asalnya, aku juga agak keberatan untuk pergi kerana untuk program di Taiwan ini, belanja keseluruhannya mencecah RM2k. Namun, disebabkan tak sampai hati untuk menolak pelawaan rakan untuk hadir ke program ilmiah seperti ini, kuturutkan jua. :)

Program seperti ini terbuka kepada para pelajar farmasi, pensyarah mahupun pegawai farmasi yang merupakan ahli persatuan farmasi dari negara2 yang terpilih di rantau Asia Pasifik. Walau bagaimanapun, terdapat juga penyertaan dari negara2 lain seperti UK, India dan Australia. Program ini dianjurkan oleh International Pharmaceutical Students Federation (IPSF) khususnya di bawah kelolaan Asia Pasific Regional Office (APRO). Program yang berlangsung selama seminggu ini diisi dengan pelbagai simposium, seminar, kempen, pelantikan jawatankuasa APRO yang baru, malam kebudayaan antarabangsa dan lawatan ke tempat2 menarik di negara tuan rumah.


Pada tahun ini, Taiwan diberi penghormatan menjadi tuan rumah setelah berjaya membida pada tahun 2010. Program kali ini berlangsung di Taipei di mana Taipei Medical University (TMU) dan National Taiwan University (NTU) banyak mengemudikan lokasi program. Dengan yuran program yang hanya € 225 (~RM900), pihak penganjur menyediakan penginapan bertaraf 4 bintang dengan kemudahan yang lengkap. Yuran tersebut termasuklah makanan dan pengangkutan kami sepanjang program beserta bayaran untuk memasuki ke tempat2 menarik sewaktu seharian untuk Explore Taiwan.

Sebaik sahaja melangkah ke bumi Taiwan, banyak perkara yang menarik perhatian aku. Kalau di Malaysia kita ada kemudahan LRT, di Taiwan pun apa kurangnya. Mereka ada MRT. Kalau nak dibandingkan, hanya terdapat dua aliran (line) sahaja di Kuala Lumpur iaitu aliran Ampang dan aliran Kelana Jaya. Tapi di Taiwan (Taipei) terdapat lebih banyak aliran yang dibezakan mengikut warna. Justeru, lebih banyak tempat mampu diterokai dengan hanya menaiki MRT yang kosnya lebih murah. Apa yang lebih menakjubkan aku adalah stesen MRT mereka. Jika LRT Putra (aliran Kelana Jaya) hanya ada 1 tingkat dalam tanah, mereka ada beberapa tingkat di dalam tanah dengan aliran yang berbeza. Kadang2 rasa penat juga kerana terpaksa turun sampai ke tingkat paling bawah sekali dalam tanah untuk kejar MRT yang betul.

Di hadapan Taipei Main Station

Di puncak Maokong



Suasana di lobi @ tempat makan Holiday Inn Hotel

Selain itu, dengan pengenalan kepada kad Easycard @ Meet Taiwan Card (kalau di Malaysia kita ada Touch n Go), pembayaran untuk pengangkutan awam lebih mudah. Hanya topup dalam NT$100 - NT$200 (~RM10-RM20), sweep sahaja kad tersebut ketika hendak menaiki MRT atau bas. Yang bagusnya, bayaran menjadi lebih murah dengan kad tersebut. Contohnya, perjalanan kami hari tu yang berharga NT$20 jika dibayar dengan wang, akan mendapat diskaun menjadi NT$16 sahaja jka dibayar dengan Easycard. Selain itu, kad ini lebih bermanfaat jika dibandingkan dengan kad Touch n Go kerana ianya boleh juga digunakan untuk membeli makanan dan memasuki tempat2 menarik (contohnya hari tu kami guna untuk membeli makanan & minuman di 7-eleven dan menaiki gondola/kereta kabel).


Banyak lagi untuk diceritakan mengenai program kami di Taiwan. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang!

4 comments:

  1. menarik..siapakah rakan itu ye..hmmm

    ReplyDelete
  2. Ridzuan, nk dapatkan email address blh? nk tya somthing..important...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...