Tuesday, July 17, 2012

Kembara di Bumi Taiwan (Part 2)

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei

Setelah tiba di Taoyuan International Airport, Taipei, lebih kurang jam 4 petang waktu tempatan, kami mengambil bas ke Taipei Main Station untuk check-in hostel yang telah kami book sejak di Malaysia. Hostel tersebut terletak di tingkat 7 bangunan K-Mall, berhadapan dengan Taipei Main Station. Perjalanan dari lapangan terbang ke hostel kami mengambil masa sekitar 45 minit dengan tambang berharga NT$125 seorang.

Setelah chek-in hostel dan menyimpan barang, kami bersiap untuk keluar pada malam itu. Seusai makan malam, kami berjalan-jalan menghala ke menara taipei 101 sehinggalah kami terserempak dengan para peserta Leaders in Training (LIT). Apip pun ada sekali. Sambil berjalan, aku sempat la bersembang dengan dia. Rupa-rupanya, dia dah seminggu kat Taiwan. Dah hampir satu Taiwan dia pusing. Malam tu, dialah yang guide kami jalan2 sehinggalah kami tiba di ShiDa Night Market yang berhampiran dengan asrama peserta LIT (National taiwan Normal University). Tetapi memandangkan jam pun dah hampir mencecah 12 tengah malam, banyak gerai dah pun ditutup. Hajat untuk mencari souvenir malam tu tak kesampaian.

Di hadapan taipei Main Station

Esoknya, seawal 8 pagi, kami berangkat meninggalkan hostel dan bertolak ke Holiday Inn East Hotel yang terletak berhampiran Shenkeng dengan menaiki MRT dan teksi. Hotel tersebut merupakan tempat penginapan kami selama seminggu sepanjang simposium berlangsung. Kami tiba di lobi hotel sekitar jam 10 pagi untuk mendaftar. Memandangkan kami hanya boleh check-in bermula jam 4 petang, kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke tempat menarik sekitar bandar Taipei. Akhirnya kami mengorak langkah ke Maokong Gondola (perkhidmatan kereta kabel) dengan menaiki bas ditemani oleh 2 orang Reception Committee (RC) - Yun Ju & Lumi. Apa yang boleh aku katakan, perkhidmatan kereta kabel ini amatlah murah kalau nak dibandingkan dengan yang di Malaysia. Dengan hanya NT$50 (RM5) sahaja, kami dapat menikmati perjalanan pergi balik ke Maokong Station yang berada di puncak bukit (perjalanan sehala mencecah 2km).






Di Maokong Station, kami singgah di kawasan tempat makan untuk mengisi perut yang kosong. Akhirnya kami memilih untuk menjamah stinky tofu dan ais kacang. Terima kasih Atiqah Hasman kerana sudi belanja. Dalam masa yang sama, masing2 sempat merasai milk bubble tea kecuali aku yang memilih iced jasmine tea. Apa rasanya stinky tofu?  Bagi aku rasa dia biasa sahaja, seperti tauhu2 yang lain. Cuma sos dan sayur kobis dia yang agak masam. Lepas mengunyah, barulah perasan yang mulut berbau disebabkan tauhu tersebut. Yang peliknya, aku boleh pulak makan dengan takde perasaan. Main baham je. Rupa-rupanya kewangian jasmine tea mask bau stinky tofu tersebut.

Tauhu busuk (stinky tofu)

Omnomnomnom!!!

Antara persinggahan di puncak Maokong

Di muzium penghasilan teh Oolong

Petang tu, lepas check-in dan masuk ke bilik kami, wow! Memang puas hati. Dengan hanya 2 orang ditempatkan untuk sebilik, TV yang besar dengan hampir 50 saluran ASTRO dan kemudahan yang lengkap dan selesa, rasanya memang berbaloi aku bayar yuran program untuk seminggu tu. Selepas menyimpan barang2, kami bersiap untuk Welcome Party bertempat di Ballroom hotel tersebut. Dengan mengenakan uniform Kadet Remaja Sekolah kepunyaan adik aku yang sempat aku capai sewaktu menyelongkar almari di rumah, aku hadir untuk makan malam. Alhamdulillah, makanan halal yang disediakan tidak mengecewakan. Memang sejak di Malaysia lagi kami diberitahu untuk mengenakan uniform sekolah atau unit beruniform semasa Welcome Party. Sempat aku terpandang si Darren yang mengenakan uniform pengakap, takde la aku rasa alone je beruniform Malaysian. Sister UIA yang lain pun ayu je berbaju kurung sekolah. :)

Halal food untuk makan malam

Antara suasan di Ballroom, Holiday Inn East Hotel

Atiqah & Sarah mengenakan baju batik & uniform sekolah

Untuk aktiviti malam tu, banyak jugak la game yang menarik yang pihak penganjur sediakan untuk ice breaking. Cuma ada yang aku kurang gemar apabila pihak penganjur menyediakan persembahan tari-menari. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk duduk di ceruk belakang atas sebab RC tidak membenarkan peserta pulang ke bilik selagi program belum berakhir. Selepas program malam tu berakhir, kami bersama2 peserta dari Malaysia yang lain memulakan latihan untuk persembahan Global Village Night lusanya. 

Denda untuk peserta yang gagal mencari ahli kumpulan sendiri

Dengan hanya menggerakkan kepala, orang ni boleh tukar topeng dalam sesaat!

Persembahan orkestra daripada National Taiwan University

Latihan dikir barat untuk Global Village Night

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...