Sunday, June 23, 2013

Membujur Lalu Melintang Patah

Aku bukanlah genius macam orang lain. Aku pun ada masalah untuk mengingat dan menghafal. Tak macam orang lain yang boleh faham dan ingat dengan sekali harung. Sebenarnya aku kerja kuat untuk dapatkan keputusan yang cemerlang setiap kali exam. Tanpa doa mak, abah dan guru2, aku bukanlah siapa2. Titik permulaan aku membina selangkah demi selangkah kejayaan adalah dengan membaca buku Dr. Tuah Iskandar Al-Haj, ‘Membina Imaginasi Cemerlang’. Aku baca buku tu waktu tingkatan 3 (2004). Memang waktu aku baca tu, aku tengah dalam grief sebab result peperiksaan I’dadi aku hanya JAYYID je. Kalau ditukarkan ke gred yang biasa kita guna, taraf C je. Rasa teruk sangat waktu tu sebab ramai rakan2 yang lain dapat MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN.

Tapi nak diceritakan, Alhamdulillah buku tu menjadi pemangkin semangat dan motivasi aku waktu tu. Jalan bahasa buku tu lebih santai dan menceritakan contoh2 situasi dan konflik sebenar dalam kehidupan. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa dan motivasi yang terbina, untuk pertama kalinya aku berjaya dapat no. 1 untuk peperiksaan pertengahan tahun untuk seluruh tingkatan 3 yang berjumlah lebih 100 orang. Memang semua orang terkejut sebab ada rakan2 lain yang lebih cemerlang lagi sebelum2 tu. Dan kecemerlangan tu diteruskan lagi sampai ke PMR dan SPM. Dari dulu, aku selalu berpegang pada prinsip ‘mungkin aku tidak sehebat mereka, tapi aku bukanlah selemah yang disangka’. Dengan prinsip ni la aku berani mencabar diri untuk menjadi cemerlang dalam kalangan bekas2 pelajar SBP dan MRSM sewaktu interview JPA (walaupun hanya memakai kemeja lengan pendek tanpa tali leher) dan menyelinap menjadi sebahagian rakan2 mereka sewaktu belajar dialam program Australian Matriculation. Aku diberitahu oleh Ketua Program AUSMAT di INTEC waktu tu, Assoc. Prof. Saadah yang ranking aku waktu SACE Exam adalah yang ke-89 daripada 300 pelajar AUSMAT kat INTEC tahun 2008. Satu pencapaian yang aku tak pernah jangka. Bukan senang nak kalahkan Chinese, Indian dan Malay yang bijak pandai. Tapi Alhamdulillah, berkat kerja keras dan doa, result yang keluar amat menggembirakan.

Kini, selepas 4 tahun, aku dah faham hikmah atas apa yang berlaku. Aku mungkin tak dapat belajar di luar negara untuk ijazah, tapi apa yang aku dapat bila belajar di IPTA ni terlalu banyak.  Peluang yang datang bila dapat memegang jawatan, mengendalikan sesebuah program, mewakili UIA dalam pertandingan dan conference, mungkin aku takkan dapat bila belajar kat negara orang. Kemanisan dalam belajar ialah apabila orang yang datang kat kita dan tanya soalan berkaitan pelajaran, dan kita dapat menjelaskan dan memahamkan dia bukan semata2 atas tiket genius dan bijak. Ianya satu kepuasan. Dan kepuasan yang lebih besar lagi adalah sewaktu hari graduasi nanti, kita dikurniakan segulung ijazah dalam keadaan kita menjalani kesemua peperiksaan dengan jujur, hadir menghadap pendidik setiap kelas yang ada dan kita cuba untuk menyenangkan hati guru2 kita. Pada aku, walaupun keberkatan tu tak nampak, tapi percayalah ianya akan dizahirkan dengan apa yang berlaku.

Perjalanan sebagai pelajar ijazah sarjana muda bukanlah mudah. Kena berdepan dengan pelbagai masalah berkait dengan emosi dan fizikal. Sejak dari tahun pertama pengajian, kelas kebanyakannya full dari pagi hingga ke petang. Tak seperti pelajar jurusan lain yang rata2 kelas mungkin hanya beberapa jam dalam seminggu.  Cuma semester yang ke-8 ni kelas dah berkurang sebab subjek berkurang. Masih lagi ingat semester ke-6 dan ke-7 yang mana subjek yang diambil ada dalam 8 atau 9. Dengan banyak hospital attachments, assignments, lab works dan reports untuk disiapkan di samping kuiz yang hampir setiap minggu, memang memenatkan. Tapi apabila memikirkan senior2  boleh laluinya dengan baik, kenapa kita tak boleh?


Hari ini, segala puji bagi Allah kerana akhirnya dapatlah menarik nafas lega apabila result dah pun keluar. Result takde la tinggi mana cuma gembira kerana dapat jugak graduate dengan Bachelor of Pharmacy (Hons.) with Second Class (Upper). InsyaAllah, majlis konvokesyen akan berlangsung pada bulan oktober ni. Hari yang bakal dinanti-nantikan. Akhirnya segulung ijazah akan digenggam! J Perancangan masa depan? Akan berkhidmat di sektor kerajaan. Mungkin nanti bila sampai waktu dah bosan bekerja, akan dipertimbangkan untuk sambung belajar balik. Harap2 dapat la buat master dalam clinical pharmacy kat UK dan berkhidmat sebagai pendidik di IPTA pulak ke, siapa tahu? Haha tak habis2 dengan angan2 nak melancong sekitar eropah. “Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang”. Ma’as salamah.





Membujur lalu melintang patahtiada apa yang dapat menghalang / walau apa terjadi tujuan mesti dicapai.

Sunday, June 9, 2013

Finally it comes to the end


Blog ni lama sangat tak update. Nampak sangat busy. Padahal semester ni amik 5 subject je. Tapi memang busy la dengan benda2 lain. Contohnya, National Pharmacy Quiz, 8th International Medical Education Conference, Pharmacy Day, percutian ke Pulau Perhentian dan Sunway Lagoon. Benda2 macam ni la nak rasa sekarang. Bila dah kerja nanti susah nak cari masa dan pengalaman macam ni.
Sedar tak sedar, dah habis pun pengajian ijazah selama 4 tahun di UIA ni. Bukan setakat belajar dalam kelas je, belajar bagaimana memahami orang dan situasi jugak. Melibatkan diri dalam kokurikulum macam program2 persatuan dan sebagainya memang la penat, tapi siapa yang tak rasa dia takkan tahu macam mana nak handle perangai orang dan tekanan yang datang.

Belajar mengenal orang bukan satu benda yang mudah. Kadang2 apa yang kita jangka tu tak seperti apa yang terjadi. People come and go. Nak jadi cool seperti yang semua orang suka bukan senang. Orang yang mulutnya lancang akan mudah melemparkan kritikan. Peduli apa dia. Yang penting dia puas hati. Hakikatnya, jadi orang yang banyak cakap bermasalah, jadi orang yang kurang cakap pun bermasalah. Kita tak boleh nak puaskan hati setiap orang. Finally, end up with a disappointment. Bila benda  tu berlaku kat aku, aku cuba ingat balik kata2 Ustaz Hasrizal. Katanya walaupun kelompok manusia tu membuatkan kita tak selesa, tapi menyertai mereka atas nama ukhuwwah adalah lebih baik dari buat hal sorang2. Lebih kurang macam tu la. So, aku cuba untuk tak bersikap kera sumbang walaupun aku tak banyak cakap macam orang lain.

‘Tikam dari belakang’ bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Dulu aku selalu fikir benda macam tu berlaku kat dalam drama tv atau filem je. Tapi dalam kehidupan sebenar pun senang je berlaku. Bayangkan betapa sakitnya hati bila orang yang paling kita percaya tetiba khianati kita. Pergh rasa diri memang betul2 diperbodohkan. Bila benda macam tu berlaku kat aku, so aku end up with jangan buat baik sangat kat siapa2 pun. Betullah kata2 ‘buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali’. Dah terang kat situ berpada2 je, bukannya terlalu kerap sampai tak berhati2. Kalau tak, memang menyesal di kemudian hari.

Kalau nak lihat contoh, banyak yang boleh diberi. Dalam situasi belajar, contohnya si A dah siap buat assignment. Lepas tu si B mula la tanya si A tentang assignment tu dan nak mintak tengok contoh dari A yang dah siap. Si A bersikap terbuka untuk bagi dengan harapan si B dapat rough idea camne nak buat. Rupa2nya si B copy paste bulat2 semuanya. Hanya nama sahaja ditukar. Bila pensyarah pulangkan balik assignment, si A dapat markah rendah sebab dikesan meniru assignment si B yang mana si B sempat tambah hasil kerja orang lain jugak. Agaknya apa perasan si A waktu tu?

Banyak lagi contoh yang boleh diberi. Tapi sampai bila kita nak jadi seseorang yang mementingkan diri sendiri dengan menjatuhkan orang lain. Sebab tu orang2 tua berkata, makin berusia seseorang tu makin banyak dia makan garam. Maknanya dia dah merasai macam2 kerenah manusia. Kita bukanlah manusia yang perfect. Jadi tak perlu nak sombong sangat atas muka bumi ni. Penawar bagi kesilapan adalah kemaafan. Orang lain juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan pentingkan diri sendiri je. Ambil teguran orang lain sebagai jalan memperbetulkan diri. Jangan keras kepala tak nak menerima nasihat.

Sepanjang proses pengajian 4 tahun di universiti ni, banyak yang aku belajar. Kita jangan memulaukan orang lain hanya kerana dia mempunyai sikap yang annoying. Sebaliknya berkawanlah dengan semua orang dan bijak mengawal keadaan. Jangan bercakap belakang2 kerana orang yang macam tu tempatnya sentiasa di belakang. Aku selalu berharap untuk dapat rakan2 yang hebat yang aku rasa lebih yakin bersama. Tapi aku silap. I asked Allah what I want but He gives me what I need. Bila aku sedar dan terima kelemahan orang2 di sekeliling, aku lebih gembira dapat berkawan dan bantu diorang. Kegembiraan itu berlipat kali ganda daripada berkawan dengan seseorang yang pada fikiran aku dia baik sebaliknya dia mengkhianati.

 




 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...